1 Neelofa
Jika ingin dibilang berapa kali pengacara dan entreprenur, Neelofa pernah bertandang ke kota Paris, rasanya kami perlu melihat kembali semua fail gambar yang ada merakamkan aksinya di sana.
Namun terbaru, Neelofa terbang ke Paris untuk bersama-sama dengan jenama Lancome. Du sana, dia telah berjumpa bersama Lisa Eldridge yang merupakan seorang artis solekan, pengarah kreatif, penulis dan juga YouTuber kegemaran Neelofa (dan kegemaran kami juga!) untuk sesi mekap #discoveringlamcome menggunakan produk terbaru mereka.
Klik sini untuk menyaksikan video Neelofa di sana yang baru dimuat naik dua hari lepas.
2 Marion Caunter
Tak kisahlah sama ada Marion Caunter di Paris atau di Kuala Lumpur, mata kami memang tak lekang daripada memerhatikan stail peribadinya. Marion berada di kota Paris tahun lalu sempena Minggu Fesyen Paris Spring Summer 2018.
Antara gaya yang mencuri tumpuan kami tentunya gaya all-black ensemble yang disarung Marion sebelum memasuki ruang pertunjukan fesyen Louis Vuitton di Muzium Louvre.
Selain itu, dia juga sempat untuk bergambar bersama idola fesyen ramai, Chiara Ferragni di L’Avenue dan Will Smith serta Jaden Smith di Place Vendome. Walaupun hanya berada di Paris selama 3 hari demi jenama mewah tersebut, ramai yang memuji cara penggayaan Marion di sana.
3 Fattah Amin & Fazura
Alahai, kami semua sebenarnya jealous bila melihat kehidupan seorang yang bernama Nur Fazura ini selepas bernikah pada akhir tahun lalu bersama gandingannya di dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
Bagaikan Cinderella sebenar, mereka berdua terlebih dahulu meluangkan masa di kota Jakarta Disember lalu bagi memberi laluan kepada Fazura yang perlu melakukan sidang media dan menghadiri sesi pratonton bagi filem lakonannya, Ayat-Ayat Cinta 2.
Namun, foto mereka berdua menghabiskan tempoh bulan madu di Paris membuatkan peminat dan followers tidak habis-habis merakamkan komen ‘sweet sangat’ di akaun Instagram masing-masing. Followers dah tak tengok baju T Givenchy dan kaca mata hitam Chanel yang disarung Fazura. Semua mata tertumpu pada aksi kandid-tapi-tak-kandid #fattzura hehe.
Terbaru, Fattah, Fazura dan team kini berada di Amsterdam Belanda.
4 Scha Alyahya & Awal Ashaari
Nampaknya, Scha Alyahya dan Awal Ashaari juga tak melepaskan peluang untuk menyambut tahun 2018 di Paris. (Are we missing something in life? Definitely!)
Namun, berlainan dengan beberapa selebriti lain yang sebelum ini teruja untuk menjadikan kota Paris sebagai set OOTD, Scha dan Awal dilihat betul-betul cuba untuk menyelami tempat menarik di kota tersebut mengikut cara mereka sendiri.
Tambahan pula tanpa kehadiran Lara Alana semasa trip percutian kali ini, ia boleh dianggap umpama bulan madu kedua buat power couple tersebut. Selain menyambut detik 2018 di Arc De Triomphe, mereka juga sempat berkunjung ke Muzium Van Gogh.