Terlalu banyak pantang larang yang sering didengar mengenai peraturan mengecas telefon bimbit.
Ada juga segelintir individu yang terlalu percayakan kepada mitos-mitos ini sehingga begitu taksub mengikut setiap kepercayaan karut ini.
Tidak dinafikan sesetengah daripadanya adalah benar dan jika bateri telefon bimbit dijaga dengan baik, ia mampu bertahan sehingga tiga ke lima tahun.
Berikut merupakan lima mitos yang ingin REMAJA kongsikan berkaitan dengan peraturan mengecas telefon bimbit anda. Semoga bermanfaat.
1. Mitos: Menggunakan alat pengecas daripada jenama lain akan merosakkan bateri.
Fakta: Pengecas telefon bimbit daripada jenama lain adalah baik selagi ia bukanlah produk tiruan.
Ramai yang mendakwa bahawa penggunaan daripada alat pengecas telefon bimbit lain akan memberi kesan pada bateri telefon. Ia terbukti hanya mitos semata-mata kerana alat pengecas daripada jenama lain juga sama mempunyai fungsi yang sama.
Prestasi yang ditunjukkan mungkin tidak optimum tetapi ia tidak sampai mengakibatkan bateri telefon bimbit anda rosak.
2. Mitos: Cas telefon sewaktu tidur malam sehingga pagi akan memberi kesan pada bateri.
Ads
Fakta: Bateri telefon bimbit anda akan berhenti mengecas setelah penuh.
Mesti korang selalu dengar cakap-cakap orang tentang tidak bagus untuk mengecas telefon bimbit sewaktu anda ingin masuk tidur.
Yang jelas, apabila ia sudah mencapai caj maksimum, ia akan berhenti dengan sendirinya. Ini bermakna, telefon bimbit anda tidak akan dicas sepanjang waktu malam tersebut.
3. Mitos: Dilarang menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.
Fakta: Guna telefon bimbit sewaktu dicas adalah tidak mengapa selagi alat pengecas yang diguna itu adalah original.
Ads
Terdapat kebimbangan oleh pengguna telefon bimbang tentang situasi ini. Ada yang mengatakan anda kan terkena kejutan elektrik jika menggunakannya semasa di caj. Terdapat insiden yang benar-benar berlaku di mana telefon tersebut meletup.
Walau bagaimanapun, dalam semua kes yang dilaporkan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan. Jika anda menggunakan telefon bimbit daripada pengilang yang diluluskan, maka tiada risiko telefon akan meletup.
4. Mitos: Jangan pernah matikan telefon bimbit.
Fakta: Mematikan telefon bimbit dapat membantu bateri tahan lebih lama.
Ads
Menurut seorang pakar jenama Apple, mematikan telefon bimbit anda dari semasa ke semasa dapat memaksimumkan jangka hayat bateri.
Jika kamu pengguna tegar telefon bimbit, dinasihatkan agar mematikan telefon pada waktu malam untuk memastikan bateri telefon bimbit anda sentiasa dalam keadaan yang baik.
5. Mitos: Cas telefon bimbit pada waktu ia benar-benar ‘low’.
Fakta: Cas berkala adalah lebih baik
Kenyataan mengecas telefon bimbit pada masa benar-benar kritikal adalah tidak benar sama sekali kerana pada waktu itu, bateri menjadi agak tidak stabil. Lebih baik cas telefon anda dalam kadar berkala.
FAKTA BONUS – Keadaan panas dapat merosakkan bateri telefon bimbit anda.
Tidak dapat dinafikan bahawa pemanasan mampu untuk merosakkan bateri telefon bimbit. Jadi, jika anda meletakkannya di tempat yang panas, kemungkinan bateri tersebut akan rosak.
Begitu juga jika suhu terlalu sejuk turut memberi kesan kepada bateri. Bateri akan lebih cepat mati dalam keadaan suhu yang rendah.
Sumber: curiousmob
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan semua orang kini sangat bergantung kepada penggunaan teknologi, termasuklah urusan perjalanan ‘atas jalan raya’. Sudah menjadi kemestian sebelum memandu, kita akan tanya saja pada Mr. GPS semua boleh settle.
Namun begitu, korang perlu berhati-hati dan jangan terlalu percaya 100 peratus kerana aplikasi GPS dan seringkali terlepas simpang kerana arahan yang diberikan tidak berapa jelas?
Kalau jadi macam ni mesti cuak gila kan?
Tapi lepas ini korang tak perlu risau lagi, kerana korang boleh lihat maps dan street view di Google Maps dalam masa yang sama dengan menggunakan ciri Split Screen. Akan tetapi ciri ini hanya ada di peranti Android sahaja buat masa sekarang.
Cara aktifkan ciri split-screen:
Buka Google Maps di peranti Android korang dan search destinasi yang ditujui
Tekan pada View Mode menu (butang bulat) dan pilih Street View
Tekan pada mana-mana sahaja di bahagian peta untuk zoom in ke Street View dan ianya akan dibuka di bahagian atas skrin kecil di atas
Boleh juga tekan pada anak panah kecil di window Street View untuk ubah antara splint-screen dan full view
Jadi bila Street View ni diaktifkan, korang boleh lihat titik biru pada maps. Korang boleh tekan titik biru tersebut untuk tengok gambar perjalanan yang korang bakal lalui sekaligus memastikan korang tak akan terselah masuk atau keluar simpang. Tapi alang-alang dah boleh guna Split-Screen, buat apa nak tengok gambar satu tu je kan.
OKay senang je nak buat kan. Ciri terbaru dari Google Maps ini boleh didapati di versi terbaharu di Google Play Store. Buat semua pengguna Apple jangan risau, mungkin update ini akan tiba juga di AppStore pada masa akan datang. Biasanya Google Maps memang akan support Android terlebih dahulu.
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk penjenamaan semula syarikat gergasi media sosial itu dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan.
Menurut laporan The Verge, langkah ini diambil kerana posisi Facebook platform media sosial telah mengaburi anak syarikat yang lain di bawah jenama mereka.
Dengan penjenamaan baharu ini, kesemua syarikat yang berkait dengan Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali sebagai sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.
Walau bagaimanapun, jurucakap Facebook enggan mengulas tentang perkara ini.
Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan ini untuk mengikuti perkembangan tentang penjenamaan syarikat gergasi media sosial ini.
Agak-agak korang, nama apa yang bakal menggantikan Facebook nanti?
Kalau bercakap mengenai Teknologi Generasi Kelima (5G), memang sampai kesudah tak habis punya. Ini kerana seluruh penduduk dunia sedang ternanti-nantikan teknologi tersebut.
Negara kita juga nampaknya enggan tertinggal dalam perkembangan ini. Justeru, satu ujian kepantasan teknologi 5G akan dilakukan di lima buah negeri dalam masa terdekat!
Ia termasuklah Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut Menteri Komunikasi & Multimedia iaitu Gobind Singh Deo, ujian kepantasan itu adalah berikutan permintaan tertinggi teknologi 5G oleh 5 buah negeri tersebut selepas Cyberjaya dan Putrajaya.
“Banyak syarikat dari 5 negeri ini yang bertanyakan tentang 5G. Dari negeri lain pun ada tetapi buat masa ini, kita fokus kepada 5 negeri sebagai permulaan. Dan kita tak akan berhenti di situ. Kita akan kembangkan mengikut keadaan dan tuntutan,” kata beliau kepada rakan media di AWANI pada hari ini.
Untuk menjayakan ujian 5G, pelbagai aspek akan dinilai termasuklah keselamatan, infrastruktur baru dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.
Dari situlah, mereka akan menilai apakah masalah yang timbul dan bagaimana hendak menyelesaikannya.
Untuk pengetahuan korang, Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan mereka akan melakukan Ujian 5G Secara Langsung yang pertama di Malaysia, 3 hari lalu.
Ia akan dijalankan di ibu pejabat Celcom dan sekitar Petaling Jaya Sentral selama 6 bulan ini.
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...