Kamu kenal satu sama lain sejak berusia 10 tahun lagi. Boleh dikatakan dialah adik-beradik kamu yang berlainan ayah dan mak. Apa jua yang kamu buat pasti dia ada di sisi. Susah senang serta segala pahit manis pengalaman banyak berlingkar antara kamu berdua. Namun, akhir-akhir ini dia semakin renggang dengan kamu.

Bercakap pun sudah semakin jarang apatah lagi bertemu muka. Itulah perkara yang cukup memeritkan buat kita bila merasakan kehilangan kawan baik. Berbeza dengan hubungan romantik biasanya rasa kecewa itu tidak terlalu lama, namun putus kawan ia memang makan dalam. Betul ke putus kawan lebih perit dari putus cinta?

TAK JANGKAKAN HUBUNGAN BOLEH PUTUS

5 Sebab Mengapa Putus Kawan Lagi Besar Ertinya Berbanding Putus Cinta

Bila kamu bercinta, sedikit sebanyak kamu akan mengjangkakan ia mungkin boleh work out atau tidak. Secara tidak langsung kamu sebenarnya mungkin bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Berbeza dengan persahabatan, ia berlainan sekali. Bukan mudah untuk kita jadikan seseorang sebagai kawan baik. Dengan kepercayaan, persefahaman dan saling menghormati; ia bukan perkara mudah untuk diperolehi.

Ads

BILA BERSAMA MEREKA SENANG JADI DIRI SENDIRI

5 Sebab Mengapa Putus Kawan Lagi Besar Ertinya Berbanding Putus Cinta

Ini bukanlah bermakna kamu seorang yang fake bila bergaul dengan orang lain. Maksudnya di sini kamu lebih senang dan selesa untuk bebas menjadi diri sendiri. Malah, kamu jauh sekali ada rasa segan dan malu bila bersama kawan baik. Perkara ini hanya boleh muncul bila kearaban itu terjalin.

RAPAT DENGAN KAWAN LEBIH CEPAT

5 Sebab Mengapa Putus Kawan Lagi Besar Ertinya Berbanding Putus Cinta

Ads

Ya, kamu boleh hasilkan pelbgai memori indah bila bercinta. Tapi berbeza dengan persahabatan ia muncul dengan lebih cepat. Bila bercinta pada awalnya masih ada sempadan dan dinding yang kamu bina. Tapi dengan kawan baik ia berlaku dengan pantas tanpa disedari.

ARTIKEL BERKAITAN: Korang Syak Boyfriend Curang? Perhatikan 5 Petanda Besar Ini!

SALING BERKONGSI DUNIA

5 Sebab Mengapa Putus Kawan Lagi Besar Ertinya Berbanding Putus Cinta

Ads

Kamu perkenalkan kawan baik kepada keluarga lebih cepat kerana kamu tiada sebarang halangan rasa awkward dan sebagainya. Kamu tak perlu fikir sama ada keluarga kamu suka dia atau tidak sebab yang penting dia adalah kawan baik kamu; berbeza kekasih hati yang mungkin perlu berdepan banyak soalan dari famili.

RAHSIA KAMU, RAHSIA DIA

5 Sebab Mengapa Putus Kawan Lagi Besar Ertinya Berbanding Putus Cinta

Jika berdepan masalah, kawan baik kamu mesti jadi orang pertama yang dihubungi. Bukan senang untuk kita meluahkan serta berkongsi apa jua rahsia dengan seseorang. Lagipun, dia merupakan pendengar yang paling setia. Ada masalah? Call your best friend and have an ice cream together while sharing your problem. Ingatlah mereka akan sentiasa di sisi.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI