Kami pasti ada di antara lepasan SPM di luar sana yang tengah terfikir-fikir sama ada ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau terus masuk Form 6.
Sedikit penerangan tentang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia untuk korang yang masih confused tu, ada beberapa perkara boleh dipertimbangkan sebelum memilih untuk meneruskan pelajaran to the next level.
1. Yuran lebih murah
Fyi, STPM sama taraf dengan diploma tetapi yang lebih baiknya adalah yuran pembelajaran tidak sampai RM500 untuk 1 ½ tahun. Kalau korang melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej dan dapat pula institusi pengajian swasta, setakat RM20-30k tu memang tak lari untuk bayaran yuran satu course yang diambil.
2. Terus sambung degree
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, korang boleh terus sambung pelajaran ke peringkat ijazah dan ini sangat menjimatkan masa. Jika peringkat Diploma atleast dua tahun setengah barulah korang boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
3. Ulang subjek gagal
Pelajar dibenarkan mengulang semula peperiksaan untuk subjek yang gagal atau jika korang memang tak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
4. Peluang ke IPT
Kebanyakan pointer CGPA minimum 2.8 dah diterima untuk sambung degree ke IPT dan ada juga yang mengatakan peluang untuk diterima lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain.
5. Boleh pilih sekolah
Untuk menyambung ke peringkat Form 6, korang boleh pilih sekolah yang terdekat. Jimat masa dan kos. Kebanyakan guru yang mengajar Form 6 ini juga memang berpengalaman kerana sudah lama bertugas.
6. Setaraf A Level
Boleh terus sambung pengajian ijazah di luar negara seperti di Singapura.
7. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam STPM, korang juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuklah untuk ke luar negara.
8. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
Sama macam sekolah, Form 6 juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan ia merupakan satu kelebihan bagi pelajar bangsa lain untuk mahir menggunakan bahasa ibunda Malaysia.
Nah, apa-apa pun kami tak katakan yang ambil diploma terus adalah satu tindakan yang salah. Pokok pangkal, terpulang pada pilihan masing-masing kay?