Tak dapat REMAJA nafikan, TWICE merupakan antara grup K-pop wanita yang paling popular di Korea dan dunia. Dianggotai oleh seramai 9 orang gadis cantik yang terdiri daripada Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chayoung dan our personal favourite, Tzuyu!
Grup yang ditubuhkan sejak tahun 2015 ini juga telah menampilkan album baru mereka kira-kira dua bulan lalu iaitu ‘What Is Love?’.
Dan berita baik untuk peminat TWICE di Malaysia kerana mereka akan datang ke nagara kita pada 28 Julai nanti bagi menjayakan konsert ‘TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park’ bertempat di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam.
Korang semua sudah biasa melihat wajah mereka yanhs sentiasa tampil cantik di dalam muzik video dan program TV, bukan? Pernah tengok wajah mereka yang polos dan tanpa mekap?
Haaa, jom ikuti paparan K-pop istimewa REMAJA kali ini.
1.
MOMO
Dia biasanya tak takut mencuba bereksperimen dengan wajahnya. Tapi dengan wajah tanpa solekan pun still nampak ayu gitu!
2.
CHAEYOUNG
Walaupun tanpa solekan, wajahnya masih bersinar. Masil comel & kyeopta! 🙂
3.
NAYEON
Digelar visual goddess di kalangan peminat. Well, no wonder why!
4.
JIHYO
Lihat saja kulit Jihyo yang licin tanpa sebarang solekan. Woah!
5.
DAHYUN
Bak kata orang kalau dah cantik memang tak perlu try hard sangat!
6.
SANA
Nampak macam malu-malu dengan wajah tanpa solekan. Don’t worry Sana, you look great!
7.
TZUYU
Maknae atau ahli paling muda TWICE yang berasal dari Taiwan ini merupakan definisi kecantikan luar biasa.
8.
JEONGYEON
Nampak macam tomboi tapi masih kekal cantik tanpa solekan.
9.
MINA
Your girl next door! Nampak innocent sangat Mina tanpa solekan.
Tiada Lagi Bahang Ketika Balik Kampung, Peraturan Baru Cermin Tinted Tarik Soalan Cepumas Netizen
Jika dahulu, golongan pemandu ditegah daripada menggelapkan cermin kereta mereka secara keterlaluan.
Tetapi sekarang peraturan itu telah dilonggarkan bermula hari esok untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga. Selesalah korang untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Cuma, penulis memerhatikan ramai netizen yang mempunyai pelbagai jenis soalan bagi tujuan clarification mengenai isu ini.
Antara soalan atau komen netizen yang paling kerap beruland di ruang komen termasuklah..
Mengapa Perlu Bayar RM50?
Fi permohonan dan pemprosesan baru ini diperkenalkan oleh kerajaan dan pemohon dikenakan caj RM50 atas setiap kelulusan menggunaan cermin yang lebih gelap.
Ramai bertanya mengapa adanya caj ekstra ini? Menurut Abthony, ia bertujuan untuk “meningkatkan hasil pendapatan kerajaan.”
Kenapa Sekarang Baru Boleh?
Sebelum ini, Kementerian tidak mengenakan bayaran pemprosesan. Pemandu hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sejak 2011 hingga 2018, sebanyak 20,000 kenderaan pernah diluluskan untuk menggelapkan cermin. Disebabkan jumlah yang tinggi itu, caj yang dikenakan sedikit sebanyak boleh menambah pendapatan negara.
Bagaimanapun, bagi pemandu yang mempunyai pengesahan bertulis sah daripada pakar perubatan kerajaan untuk menggelapkan cermin atas faktor kesihatan, korang boleh dikecualikan daripada sebarang caj.
Siapa Yang Boleh Memohon?
Permohonan boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam (seperti Grab) dan barangan saja. Tujuannya adalah untuk faktor keselesaan, keselamatan (terutamanya untuk pemandu wanita keseorangan) dan juga kesihatan.
Bermaksud Semua Orang Boleh Memohon?
Tak semua. Jika pemohon mempunyai kes jenayah dan kes saman tertunggak, JPJ dan kementerian mempunyai hak untuk menolak permohonan. Dia harus menjelaskan terlebih dahulu bayaran saman tersebut.
How Dark Is Too Dark?
Kadar ketelusan cahaya untuk bahagian hadapan tidak boleh kurang daripada 70 peratus manakala untuk cermin sisi kanan dan kiri pemandu segelap 50 peratus saja.
Menariknya, cermin belakang, cermin sisi kanan penumpang belakang dan cermin sisi kiri penumpang belakang tidak mempunyai had kadar ketelusan cahaya!
Sedaplah korang nak tidur dekat belakang semasa balik kampung nanti.
Pelik Tapi Benar, Dua Lipa Disaman Paparazzi Kerana Guna Gambarnya Sendiri?
Jika sebelum ini selalunya selebriti memfailkan saman terhadap paparazzi.
Tapi lain pula yang berlaku kepada penyanyi Dua Lipa. Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi perasaannya mengenai industri muzik yang boleh menjadi keji kepada seseorang kerana impak ‘troll’ dalam dunia maya terhadap kerjaya dan kesihatan mentalnya.
Terbaru, Dua Lipa yang merupakan penyanyi dan juga ikon fesyen, berdepan saman daripada seorang jurugambar paparazzi apabila memuat naik gambarnya yang dirakam oleh paparazzi itu tanpa izin di Instagram.
Menurut laporan, gambar yang menjadi pertikaian ini adalah gambar Dua Lipa sedang berdiri di sebuah lapangan terbang pada tahun 2019 di mana dia kemudiannya berkongsi gambar itu di laman Instagram miliknya. Berdasarkan dokumen itu, gambar berkenaan dikongsi ‘tanpa keizinan dan kebenaran’.
I’m confused. A photographer can take a photo of a celebrity without their consent and make money on it. But said star can’t post the picture stolen from them without consent. Or they’ll be sued. That seems a messed up law, right? https://t.co/XTqrbbvdWC
— Rebecca J Fletcher (@rebeccajsmithw1) July 9, 2021
Tak ke pelik? Itu kan gambar dia sendiri….
Walaubagaimanapun, gambar ‘kontroversi’ tersebut ketika ini sudah dipadam daripada laman Instagram Dua Lipa. Paparazzi itu meminta pampasan bernilai USD150,000 (RM628,000) daripada penyanyi tersebut.
Rata-rata peminat Dua Lipa mengecam tindakan paparazzi tersebut dan mengatakan ia adalah satu tindakan licik kerana paparazzi itu juga tidak beretika kerana merakam gambar Dua Lipa secara tanpa izin dan menggunakan gambar tersebut untuk keuntungan diri sendiri. Begitulah dunia…semua mementingkan wang sekarang ni.
Untuk info, Paparazzi merupakan fotografer yang bertugas mengambil foto orang-orang terkenal secara rahsia.
Sumber : Insider
KL20x20 Photo Project Pamer Kreativiti Anak Muda Dalam Bidang Fotografi
Hari ini, aktiviti mengambil gambar bukan lagi satu perkara yang payah. Ditambah pula dengan kamera yang menjadi antara aksesori terpenting bagi sesebuah telefon pintar, menjadikan kerja mengambil gambar ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira siapa, masa dan lokasi.
Melihatkan itulah ramai jurugambar amatur yang mampu dilahirkan, meskipun di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai latar pendidikan yang khusus dalam dunia fotografi ini.
Sesuai dengan memberi peluang kepada ramai jurugambar muda berbakat, satu pameran fotografi KL20x20 PHOTO PROJECT memaparkan Kuala Lumpur sebagai “subjek” melibatkan 18 jurugambar muda berbakat besar berlangsung sekarang ke 20 September 2020.
REMAJA sempat menemuramah dua jurugambar muda berbakat besar yang karya mereka terpilih dalam pameran tersebut iaitu Fitri Jalil dan Daniel Adams yang berkongsi cita-cita dan misi mereka.
Memilih subjek The Malay, karya Fitri Jalil memaparkan seni warisan Melayu iaitu pakaian tradisional iaitu kain pelekat, baju Melayu, songkok, baju kurung dan lain lagi. Sementara Daniel Adams memilih subjek seni An Illuminated Road memaparkan model terdiri dari Muhammad Azfar Firdaus, Alicia Amin, Maybelline Wong, Hong Yi, Hammada Bamadhaj, Roshan Menon dan lain lagi sebagai pameran karya seninya.
Berkongsi minat dalam dunia fotografi, Fitri Jalil berkata, asalnya dia bukanlah seorang jurugambar.
“Saya sendiri asalnya, bukanlah individu yang mendalami dunia seni fotografi ini. Saya merupakan seorang jurutera yang mempunyai latar pendidikan dalam dunia kejuruteraan. Namun pengalaman bekerja di luar negara selama dua bulan, telah membuka mata saya tentang pelbagai perkara,” jelas Fitri Jalil, memulakan perbualan.
Melihatkan masyarakat di sana yang lebih meletakkan budaya negara lain sebagai ikutan ketika menyambut lebaran (sedangkan masyarakat ini merupakan bangsa Arab), menjadikan Fitri mula terfikir. Dia bimbang kiranya masyarakat di Malaysia yang sangat indah dengan budaya kaum masing-masing juga, akan pupus satu hari nanti. Disebabkan rasa itu, Fitri mula mendekati dan mendalami cara hidup orang Melayu sebaik sahaja pulang ke tanahair.
“Sebagai anak Melayu, pastinya budaya ini lebih dekat dengan saya. Dalam masa yang sama, ramai juga yang bertanya; mengapa saya menzahirkan segala yang tersirat di jiwa menerusi gambar, bukan penulisan yang menjadi minat saya sejak dulu? Ada beberapa faktor, namun kepuasan melihat dan mendengar pelbagai pandangan yang diberikan menerusi hasil bidikan, lebih menarik minat saya,” ujarnya lagi.
Lain pula kisahnya dengan Daniel Adams yang sudah mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi ini sejak kanak-kanak lagi lagi. Pemberian sebuah kamera kompak oleh ibu dan ayahnya sewaktu berusia sembilan tahun, menjadikan kecintaan Daniel terhadap dunia fotografi ini semakin mendalam.
“Biarpun terpaksa bersaing dengan teknologi hari ini yang begitu pantas, namun gambar-gambar daripada lensa yang saya acu, tidak pernah mengecewakan. Walaupun ada di antaranya tidak mampu menggembirakan hati semua, tetapi skil dan kreativiti yang digunakan, semakin mendewasakan saya dalam dunia fotografi ini,” katanya bersemangat.
KL20x20 Medan Terbaik Pamer Gambar Menggunakan Cetakan Mesin Pencetak Canon
Ibarat mendaki sebuah gunung yang penuh onak sebelum berjaya tiba di kemuncak, begitu jugalah perjalanan yang dilalui oleh Fitri dan Daniel sebelum ini. Biarpun adakalanya semangat yang ada hampir luntur, namun berkat kesabaran dan usaha keras yang tidak pernah luntur, kejayaan buat mereka mereka semakin menampakkan diri.
Terpilih dalam kumpulan 18 orang jurugambar muda yang berpotensi untuk dihimpunkan dalam satu pameran, merupakan antara kejayaan peribadi yang boleh dibanggakan oleh kedua-dua anak muda ini. Tambahan pula bila mereka merupakan kumpulan akhir yang telah disenarai pendek daripada hampir 80 orang jurugambar di peringkat awal.
Lebih menarik, cetakan hasil karya kesemua jurugambar ini menggunakan mesin pengimbas profesional Canon image PROGRAF PRO-500 dan pengimbas rata UV Arizona 460 GT.
Canon kamera terbaik & diyakini ramai
“Projek fotografi KL20x20 yang julung-julung kali diadakan, pastinya menjadi medan terbaik buat kami yang terlibat. Selain menjadi gelanggang untuk kami berkongsi idea kreatif kami selama ini, sudah pasti ia menjadi penanda aras dalam kerjaya kami sebagai juru gambar,” jelas kedua-duanya dalam nada ceria sambil menambah penggunaan kamera Canon EOS 5D Mark lll (milik Daniel) dan Canon EOS 700D (milik Fitri) yang digunakan oleh mereka berdua dalam pameran fotografi ini berjaya menghasilkan karya seni terbaik.
“Sejak dulu lagi kami menyakini kamera keluaran Canon. Teknologi yang diguna bagi setiap kamera berjaya menghasilkan kualiti gambar yang terbaik. Bagi saya sendiri, ini kali kedua saya bekerjasama dengan Canon dalam pameran karya seni. Kali pertama tahun lepas bagi pameran A Love Once Lost,”kata Daniel.
Rahsia hasilkan gambar terbaik ialah melalui pembacaan & pergaulan
Berkongsi rahsia agar hasil kerja mereka terus berada pada momentum yang terbaik, Fitri memastikan amalan membaca yang menjadi kegemarannya sejak dahulu tidak ditinggalkan. Selain menambah ilmu pengetahuan, tradisi dan budaya masyarakat Melayu yang menjadi subjeknya sebelum ini perlulah sentiasa diperkemaskan.
Berlainan pula buat Daniel yang lebih menekankan aspek pergaulan dalam menambah nilai seni dan kreativiti dalam dirinya. Dapat bertukar-tukar idea dan seni kreativiti, memberikan anak muda ini peluang untuk meneroka lebih jauh dalam dunia seni fotografi ini.
“Kami sedar, bukan semua menggemari dengan kreativiti yang kami tonjolkan menerusi gambar-gambar yang kami potretkan selama ini. Percaya dengan nilai kreatif yang tiada titik limit, kami teruskan sahaja langkah dengan harapan agar garapan kami ini mampu dinikmati oleh semua pihak. Sesungguhnya semua individu di dunia ini berhak untuk berkarya,” ujar Fitri mengakhiri perbualan.
Bagi pembaca yang minat dalam dunia fotografi, boleh kunjungi Pameran KL20x20 Photo Project atau layari https://www.kl20x20.com/