Ketika peminat sedang asyik menyambut berita gembira mengenai pertunangan ahli grup Big Bang, Taeyang petang tadi, satu berita buruk pula menyinggah ke pengetahuan peminat dunia K-Pop.
Ahli grup SHINee dan vokalis utamanya, Kim Jong-Hyun atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Jonghyun telah ditemui mati di kediamannya, di Chungdam Korea Selatan.
Dalam kejadian petang tadi sekitar jam 4.42 petang waktu Korea Selatan, kakak kepada Jonghyun menelefon balai polis untuk membuat laporan bahawa adiknya itu akan membunuh diri pada bila-bila masa.
“Kami ke bangunan kediamannya dan mendapati mangsa telah terbaring bersama disisinya, arang batu yang dibakar di dalam bekas. Anggota kecemasan ada bersama kami di tempat kejadian dan mangsa terus dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk dalam keadaan jantung mangsa tidak stabil.”
Malangnya, penyanyi berusia 27 tahun ini meninggal dunia setelah tiba di bahagian kecemasan hospital terbabit. Polis telah mengesahkan kematian itu sebagai kes bunuh diri selepas semua tanda-tanda yang dicatatkan menjurus kepada kesimpulan tersebut.
Punca kematian berkait rapat dengan arang batu yang dibakar di rumahnya dan Jonghyun dilaporkan mati akibat gas beracun karbon monoksida.
Dalam pada itu, Jonghyun baru saja menamatkan konsert solo siri pertama bertajuk INSPIRED yang mencatakan jualan tiket yang cukup memberansangkan. Pihak pemasaran berjaya menjual kesemua tiket. Sejak tahun 2015, Jonghyun sudah beberapa kali menjayakan konsert solo seperti ‘The Story By Jonghyun’, ‘Jonghyun x Inspiration’ dan ‘The Letter – Jonghyun’ walaupun dia masih aktif dengan grupnya, SHINee.
영상으로 만나는 #JONGHYUN SOLO CONCERT [#INSPIRED]
서로가 서로의 INSPIRATION이 되었던 순간들을 모아보았습니다??
#171209 #171210#종현 #샤이니 #SHINee#샤이니월드 #SHINeeWORLD pic.twitter.com/md5RdZZVRc
— SHINee (@SHINee) December 10, 2017
Penyakit Mental Tidak Boleh Dibawa Main
Kes bunuh diri seperti ini diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai simptom penyakit mental. Ini kerana mangsa tidak dapat berfikir secara waras dan berada dalam situasi memerlukan bantuan serius pada masa kejadian.
Walau seceria manapun seseorang itu kelihatan di hadapan orang lain seperti Jonghyun yang terkenal dengan wataknya yang banyak bercakap, itu tidak bermaksud hati dan mindanya berada dalam keadaan tenteram.
Rest In Peace, senior Jonghyun.
Thank you for everything.
You will be missed. You won’t be forgotten. We love you! #RestInLoveSHINEEJonghyun— ARIN (@arindeIle) December 18, 2017
Kadangkala rasa pahit, dendam, kesedihan melampau dan rasa putus asa dipendam saja seorang diri sehinggakan pada satu saat, mangsa tidak boleh lagi menerima tekanan itu.
Sekiranya korang mengenali kenalan rapat yang mempunyai simptom emosi tidak stabil, ataupun kamu sendiri merasakan diri memerlukan bantuan pakar, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak yang boleh membantu. Antaranya ialah mereka di Befrienders Kuala Lumpur yang sentiasa boleh dihubungi dalam apa jua situasi.
Hubungi nombor 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan.