Minuman air bergas atau disebut bersoda memang tak asing pun pada kita. Kalau lepak masuk McD, KFC atau mana-mana restoran makanan segera, air bergas inilah yang dihidangkan bersama. Betul tak?
Bagi siapa yang suka minum air bergas, ini sedikit info yang korang kena tahu. Setiap satu tin dengan berat 300 ml, sembilan sudu besar gula digunakan untuk memberi rasa enak kepada minuman bersoda ini.
Kalau sehari minum bertin-tin, kiralah sendiri berapa sudu gula masuk ke badan korang. Kiranya memang mudahlah nak kena kencing manis bila dah tua nanti. Ini realiti dan bukan nak takutkan ya.
Masa yang sama, korang perasan tak, sesetengah air bergas tertulis perkataan Diet Soda! Diet soda ini apa? Apa bezanya dengan air gas bersoda biasa? Mana lebih baik diminum?
Gambar hiasan
Memikirkan ada perkataan “DIET”, maka mereka yang dalam proses menguruskan badan biasanya akan memilih diet soda sebagai pilihan kerana kata mereka minuman ini tiada gula maka menjadikannya bebas kalori.
Tetapi sebelum diteruskan dengan sikap suka minuman bergas, ini fakta yang harus korang ambil peduli dan mesti prihatin dengannya.
Mengikut Pegawai Dietetik U44, Puan Rafidah binti Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kajian yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, menemui sesuatu yang sangat mengejutkan.
Ads
“Golongan dewasa yang minum diet soda setiap hari berhadapan risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk mengidap sakit jantung. Berbanding 22 peratus bagi mereka yang tidak atau jarang mengambilnya.
“Sementara kajian daripada Universiti Texas, San Antonio pula berkata, jika minuman bergas ini diambil dua kali sehari, ia mampu mengembangkan ukuran pinggang sebanyak enam kali ganda,” katanya yang tidak menggalakkan pengambilan minuman bergas ini kerana ia tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.
Puan Rafidah
Boleh atau tidak minuman diet soda ini diamalkan?
Pengambilan pemanis tiruan ini masih menjadi kontroversi dan ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya Pengurusan Makanan dan Dadah (FDA) serta Persatuan Dietetik Amerika (ADA) sudah menetapkan berapakah had selamat untuk mengambil pemanis tiruan oleh seseorang dalam sehari.
Ads
Ada empat jenis pemanis tiruan diklasifikasi popular digunakan dan jika berlebihan boleh mendatangkan mudarat ialah ‘aspatame’; ‘saccharin’; ‘sucralose’ dan ‘acesulfame K’. Ia dihasilkan bukan secara semulajadi jadi, justeru mereka perlu tahu batasan yang boleh diambil agar tidak memudaratkan kesihatan.
Selain itu, umum juga perlu mengetahui minuman diet soda atau soda biasa mempunyai tahap keasidan yang rendah iaitu PH 3.2 termasuk dalam kategori asid yang boleh merosak dan menghakis gigi jika diminum lebih daripada tiga tin sehari.
Bahkan bukan itu saja mengikut kajian yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan Harvard, minum soda sebanyak dua kali sehari akan menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang yang bukan disebabkan oleh gula, tetapi oleh pemanis tiruan. Fungsi buah pinggang dikatakan akan merosot disebabkan oleh pemanis yang digunakan jika mengambilnya sebanyak dua tin sehari.
Ads
pix hiasan
Kajian lain pula menyatakan bahawa pengambilan satu tin diet soda sehari boleh mengganggu metabolisme sekali gus menyebabkan lambakan lemak di pinggang dan menyumbang penyakit jantung. Pemanis tiruan juga dikatakan menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti.
Ada juga kajian mengatakan minuman diet soda ini mengandungi ‘sodium benzoate’ atau ‘potassium benzoate’ yang menyebabkan kerosakan teruk kepada sel DNA badan, malah ia juga dikaitkan dengan gatal-gatal, asma, dan alahan apabila berlebihan pengambilannya.
Bagi yang gemar sangat minum tu, hati-hatilah ya.
Panduan Dietari Malaysia 2010 menggariskan saranan untuk mengurangkan pilihan makanan dan minuman yang bergula ini mungkin berguna untuk korang.
Katanya, kurangkan pengambilan gula kurang daripada 6-8 sudu termasuk gula tersembunyi dalam makanan, makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut, banyakan minum air kosong serta jangan tambah susu pekat manis dalam kadar berlebihan pada minuman.
Kesihatan kena jaga terutama yang masih muda. Tak adalah nanti muka saja muda tapi badan dah macam orang tua umur 70 tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penantian 21 tahun India di pertandingan ratu cantik Miss Universe akhirnya sampai ke garisan penamat setelah Harnaaz Sandhu, 21 dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 pada hari ini.
Jelitawaan berdarah Punjabi ini mengidolakan Priyanka Chopra sebagai pelakon wanita kegemarannya. Tidak keterlaluan jika kami katakan prestasi Harnaaz di pentas akhir Miss Universe 2021 mirip Priyanka dahulu di Miss World 2000.
Sebagai pelakon baharu yang telah menemui penonton menerusi filem Punjabi seperti Bai Ji Kuttange dan Yaara Diyan Poo Baran, Haarnaaz cuba untuk mengikut jejak langkah Priyanka dalam bidang lakonan.
Jom kita lihat lima fakta menarik mengenai kemenangan Harnaaz Sandhu pada hari ini.
Harnaaz Sandhu dilahirkan pada 3 Mac 2000. Ia juga merupakan tahun sama di mana wanita kedua dari India iaitu Lara Dutta memenangi gelaran Miss Universe 2000. Lara memenanginya pada 12 May 2000. Ini bermakna Harnaaz belum dilahirkan lagi sewaktu kemenangan Lara itu!
02
Kali pertama India memenangi gelaran Miss Universe adalah menerusi Sushmita Sen pada tahun 1994.
Menariknya, Sushmita, Lara dan Harnaaz dinobatkan sebagai pemenang sewaktu pertandingan Miss Universe dilangsungkan di negara selain Amerika Syarikat. Sushmita memenanginya di Filipina, Lara di Cyprus manakala Harnaaz di Israel.
03
Bercakap mengenai Lara Dutta, jelitawan Bollywood itu pantas menyambut kemenangan Harnaaz menerusi Twitter.
Tahniah @HarnaazSandhu03!!!! Selamat datang ke kelab (pemenang Miss Universe dari India bersama-sama dengan pemenang sulung dari India, Sushmita Sen) !!! Kami telah menantikannya selama 21 tahun untuk impian ini!!! Anda telah membuatkan kami amat, amat bangga!!! Berbilion impian telah menjadi realiti!!! @MissDivaOrg @MissUniverse.
Selain Lara, Miss World 2000 dan pelakon antarabangsa India iaitu Priyanka Chopra turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan bersejarah Harnaaz ini. Menerusi hantaran video di Instagram Story, Priyanka berkata, “Dan Miss Universe baharu ialah… Miss India. Tahniah Harnaaz Sandhu… dia membawa pulang gelaran tersebut setelah 21 tahun.”
04
Semasa Suhsmita Sen memenangi gelaran Miss Universe 1994, India telah menyambut kemenangan berganda menerusi Aiswarya Rai yang merupakan Miss World 1994.
(Dari kiri) : Sushmita Sen (Miss Universe 1994) dan Aishwarya Rai (Miss World 1994)
Pada tahun 2000 pula, India sekali lagi meraikan kemenangan berganda menerusi Lara Dutta sebagai Miss Universe 2000 manakala gelaran Miss World 2000 pula jatuh kepada Priyanka Chopra.
Dari kiri : Lara Dutta (Miss Universe 2000), Dia Mirza (Miss Asia Pacific 2000) dan Priyanka Chopra (Miss World 2000).
Untuk pengetahuan, pertandingan Miss World bakal dilangsungkan di Puerto Rico pada 16 Disember ini. Adakah India sekali lagi akan menang berganda untuk kali ketiga menerusi wakilnya, Manasa Varanasi?
05
Soalan pertama yang diterima Harnaaz daripada pelakon The Bold & The Beautiful, Rena Sofer adalah berkaitan dengan perubahan iklim dunia yang mendadak. Agak mengejutkan apabila Harnaaz mendapat topik tersebut kerana dia sendiri merupakan penyokong tegar pemantauan dan penjagaan iklim dunia serta alam semulajadi dari sudut penggunaan bahan dan proses penghasilan fesyen (sustaibale fashion). Kebetulan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti dan usahawan muda, Vivy Yusof sememangnya pandai memenuhi citarasa masyarakat Malaysia apabila jenama kosmetiknya dUCK kini telah bekerjasama dengan Tealive untuk projek lipstick terbaru mereka.
The Limited Edition dUCk Boba Lipstick Set diberi nama daripada inspirasi minuman boba 70% Sugar (Mauve Rose), Pudding Please (Soft Pink Nude), Brown Sugar (Warm Plum), Warm Boba (Soft Brick Nude) dan Extra Pearls (Neutral Pink).
Vivy mengakui dia seorang yang sukakan minuman boba dan sering mengidam sepanjang waktu mengandung dahulu. Dan mungkin kerana disebabkan itu, wanita berkerjaya ini mengambil peluang untuk mengeluarkan koleksi terhad lipstiknya dengan kerjasama jenama minuman boba terkenal, Tealive.
Dengan hanya berharga RM50, korang juga boleh mendapat diskaun sebanyak 10% untuk minuman Tealive di 50 cawangan yang terpilih. Tunjuk sahaja The Limited Edition dUCk Boba Lipstick korang tu, dan dapatkan diskaun sepanjang bulan Mac ini. Pelanggan juga akan menerima minuman mereka dalam cawan Tealive x dUCk khas (sementara stok masih ada).
Difahamkan juga, setiap pembelian set lipstik ini, korang akan mendapat keahlian Tealive seumur hidup.
Wah, berbaloi-baloi tawaran edisi kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak nak bentuk wajah berseri, anjal, cengkung dan tirus ala ahli kumpulan Blackpink Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa. Jangan risau, korang masih boleh diselamatkan walaupun berwajah gemuk dan tembam.
Gunakan beberapa ‘trik’ dari bintang Korea ini untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing.
Anting-anting bersaiz besar/Dangling Earring
Anting-anting bersaiz besar dan panjang boleh membuatkan bentuk muka si pemakai kecil. Hal ini kerana anting-anting menarik perhatian dan memberikan penampilan rahang yang lebih tajam dan leher lebih tinggi.
Aksesori Rambut
Aksesori rambut seperti cekak atau hairclip mampu memberi tumpuan kepada seseorang, apatah lagi jika anda memakai aksesori yang bold, contoh pada Bae Suzy. Bahkan aksesori juga membantu si pemakai kelihatan lebih muda dan segar.
Kaca Mata
Tahukah anda bahawa kaca mata yang bersaiz besar mampu membuatkan muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Tapi pastikan anda mendapatkan saiz yang betul mengikut bentuk muka. Cat-eye, bersegi dan kaca mata bulat adalah pilihan selebriti Korea, bentuk ini mempuyai kesan pelangsingan untuk si pemakai.
Bucket Hat
Satu lagi cara mereka ialah mengenakan bucket hat. Katanya bucket hat mampu memberi ilusi kecil pada wajah si pemakai. Semakin besar saiz topi semakin kecil wajah anda kelihatan. Mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang harus memakai topi yang lebih kecil, walaupun dengan fedora.
Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...