Dalam minggu ini, agak kecoh tentang isu jumlah perbelanjaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V apabila nilai perbelanjaan bagi tempoh 16 bulan pemerintahan dikatakan mencecah RM250 juta seperti ditulis oleh tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Ekoran isu itu, rakyat mula sangsi sehingga netizen mengeluarkan berbagai kenyataan bercampur baur. Kes ini mendapat perhatian dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata, satu kertas siasatan dan dakwaan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Bukan RM250 Juta Hanya RM79 Juta, Perbelanjaan Agong  Rendah  Berbanding Kerajaan Beraja Di Dunia

Isu ini turut mendapat perhatian dari Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, adalah tidak wajar perbelanjaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dipolemikkan.

Susulan isu ini yang mana dilihat rakyat begitu bebas bersuara di media sosial selari dengan Malaysia Baru, adalah sewajarnya sebelum mengkritik atau memberikan pandangan, amat wajar sekali mendapatkan fakta dan sumber sahih.

Memandangkan isu ini agak panas, Friends Of Istana Negara dalam satu kenyataan di laman rasmi facebook mereka berkata jumlah sebenar perbelanjaan Agong hanya RM79,284,717.50 dan disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya seperti dilaporkan iaitu RM250 juta bagi 16 bulan tempoh pemerintahan.

Kos ini meliputi pertabalan Baginda serta melibatkan beberapa istiadat rasmi. Malah apa yang baiknya, jumlah perbelanjaan Sultan Muhamad V ini jauh lebih rendah berbanding kerajaan beraja negara jiran iaitu Thailand yang memperuntukkan USD123 juta bagi Raja Thailand.

Ads
Bukan RM250 Juta Hanya RM79 Juta, Perbelanjaan Agong  Rendah  Berbanding Kerajaan Beraja Di Dunia
Pewatakan warak Agong, Sultan Muhammad V sering mendapat perhatian rakyat yang menyanjung tinggi pekertinya
Bukan RM250 Juta Hanya RM79 Juta, Perbelanjaan Agong  Rendah  Berbanding Kerajaan Beraja Di Dunia
Sultan Muhammad V dalam satu lawatan ke pusat tahfiz yang terbakar tahun lalu

Baca kenyataan penuh di sini.

Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara.

Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai.

Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana.

Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan.

Ads

Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.

Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong.

Bukan RM250 Juta Hanya RM79 Juta, Perbelanjaan Agong  Rendah  Berbanding Kerajaan Beraja Di Dunia

Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain.

Ads

Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. (sumber: https://www.reuters.com/.…/thailand-proposes-palace-budget-o…). Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand.

Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit. (sumber https://www.republic.org.uk/…/Royal-Expenses-Report-2017_0….
https://www.coventrytelegraph.net/.…/how-much-royal-family-c…)

Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

Daulat Tuanku

#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI