Sekarang ni dah banyak perkongsian tentang DIY skincare di media sosial yang rata-rata daripada masyarakat kita pun memang percaya dan mengamalkannya.
Namun begitu, sejauh mana keberkesanan skincare ini pada kulit korang?
Menurut DrNorbaizura Mohd Ismail di laman Facebooknya, hati-hati ketika menggunakan DIY skincare .
Apa itu DIY skincare?
Mesti ramai yang pernah cuba skincare DIY ni kan? Ambil yogurt lepas tu campur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), lepas tu tempek dekat muka. Haa, kalau korang biasa buat macam ni, hati-hati tau.
Terdapat banyak kes peradangan/burn (contact dermatitis) yang doktor ini terima di klinik akibat skincare DIY. Paling banyak kes yang ditemui adalah burn disebabkan menggunakan kunyit, bawang putih, limau, baking soda pada muka. Sampai terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yang penuh naik jerawat nanah di muka.
Euww, seram kan?
Apa yang dijelaskan lagi oleh doktor Norbaizura, DIY skincare ni bukan semuanya tak bagus tapi ada bahan-bahan termasuk bahan alami yang sebenarnya dapat menjadi punca alergik, iritasi atau kulit terbakar.
So, jangan sesekali letak sebarangan benda pada muka korang. Walaupun daripada bahan alami/semula jadi pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan alergik. Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarang bahan pada muka.
Senang cerita, tak semua bahan yang digunakan sesuai dengan kulit masing-masing. Mungkin, untuk mereka yang berkongsi tip memang serasi dengan bahan tersebut, tetapi tidak untuk kulit korang.
Kalau tak nak berlaku sebarang komplikasi, lebih baik rujuk pada yang arif kan?