Walaupun belum di tayangkan di televisyen Malaysia, sudah ramai yang menonton drama Gantung The Series melalui media sosial.
Nama Ikmal Amry menjadi bualan apabila watak Ray yang dipegang olehnya berjaya mencuri perhatian penonton.
Mana tidaknya, daripada jumlah followers yang hanya lebih kurang 190,000 di Instagram naik mendadak sebaik saja drama itu mular tular.
Jejaka kelahiran Melaka yang merupakan Top 7 Hero Remaja 2017 ini memang dari dulu lagi menjadi antara finalis favourite dan pernah juga membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle.
Rasanya mesti ramai lagi nak mengenali jejaka kacak ini dengan lebih dekat kan? Jom kami bongkarkan 10 perkara tentang Ikmal Amry yang mungkin korang tak tahu.
Nah, kami belanja korang gambar ‘Ray’ dalam Gantung The Series.
“Dan Gelaran Hero Remaja 2017 Jatuh Kepada…”
Tahniah diucapkan kepada Alif Muhaimin, 23, atas kejayaan merangkul gelaran Hero Remaja 2017! Setelah berakhirnya episod finale sebentar tadi, Alif berjaya untuk menidakkan peluang enam orang finalis lain yang bertanding di pentas akhir tadi dalam suasana yang cukup sengit.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada peserta dari Negeri Sembilan, Farhan Asri manakala Harris Annuar, 24 berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.
Episod terakhir tadi terbahagi kepada 3 segmen utama. Segmen pertama membabitkan sesi photoshoot mereka di Bukit Gambang Resort City, Pahang yang membabitkan tujuh jenis haiwan berbeza.
Setiap seorang perlu bergambar dengan tema safari chic bersama haiwan yang tidak mereka sangkakan seperti ular sawa, unta, kuda malah burung helang! Rata-rata kesemua finalis menerima respon positif terhadap foto masing-masing daripada panel juri.
Segmen kedua pula berlangsung pada malam finale di mana mereka bertujuh ditemani oleh 13 orang lagi finalis Hero Remaja 2017 yang telah tersingkir untuk mempersembahkan sebuah pertunjukan runway di hadapan penonton yang hadir.
Dengan membawakan pakaian daripada jenama terkenal, Rizman Ruzaini, penonton turut disajikan dengan persembahan live oleh Kaka yang membawakan lagu ‘Bukan Hal Aku’ dan ‘Uptown Funk’.
Siapa Yang Berjaya Menyakinkan Juri Dengan Jawapan Akhir?
Segmen terakhir pula hadir mendebarkan apabila masing-masing perlu mengharungi sesi Q&A bersama soalan yang dikeutarakan oleh pengacara, Scha Alyahya. Di sinilah detik di mana seorang Hero Remaja dipisahkan dengan pesaing lain apabila Scha mengumumkan 2 orang finalis bakal disingkirkan di atas pentas tersebut.
Ikmal Amry dan Safwan Nazri terpaksa menerima penyingkiran secara live selepas juri bersepakat bahawa performance lima orang lagi finalis lain lebih menonjol lalu melayakkan mereka untuk berada di dalam Top 5.
Setelah Nabil Aqil diumumkan sebagai Hero Favourite hasil undian peminatnya secara online (sebanyak 16,410 undian) di www.remaja.my/hero, kini tiba masanya untuk menobatkan siapakah Hero Remaja 2017. Nasib ternyata menyebelahi Alif Muhaimin dengan performance konsisten serta pakej yang ada pada dirinya untuk melangkah ke hadapan sebagai Hero Remaja.
Tahniah juga REMAJA ucapkan kepada Adam Yusuf, 24 yang memperoleh anugerah khas Hero Inspirasi setelah dia membuktikan berjaya melakukan melakukan transformasi jauh dari peringkat awal sehinggalah peringkat finale.
Untuk melihat foto Behind The Scene dan apa yang berlaku di majlis tayangan gala Hero Remaja 2017 sebentar tadi yang bertempat di TGV One Utama, klik profil Instagram @pencarianheroremaja.
[VOTE] Hero Remaja Challenge: The Perfect Match
Hero Remaja x RAV Design. 15 minutes | 1 Style. Who got it right. Jom vote stail Hero Remaja Favorite korang sekarang!
Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 – Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
Dalam lambakan pelakon lelaki yang ada di Malaysia ini, sebahagian besar daripada mereka sebenarnya bermula dari program Pencarian Hero Remaja.
Bermula dari zaman Azhar Sulaiman (Hero Remaja 1990) yang membintangi Astana Idaman dan Cinta Antara Benua. Kemudian, Norman Hakim (Hero Remaja 1993/1994) pula menjadi kegilaan ramai apabila beliau memasuki dunia lakonan dengan filem Pasrah dan Gerak Khas The Movie.
Ramai lagi hero lain menyusul selepas itu. Zed Zaidi (Hero Remaja 2000/2001), Ryzal Jaafar (Hero Remaja 2004), Kamal Adli, Fizo Omar dan Idris Khan (masing-masing daripada Hero Remaja 2008) sehinggalah ke era Hero Remaja 2011/2012.
Edisi terakhir itu menyaksikan sekitar tujuh hingga lapan orang Hero Remaja berjaya meletakkan diri mereka dalam industri lakonan. Bukan sekadar muka pelapis tetapi sebagai pemain industri yang mempunyai gaya lakonan signature pada mata peminat drama Melayu di negara ini.
Oleh sebab itulah, penulis merasakan cabaran lakonan adalah amat penting untuk diberikan kepada finalis Hero Remaja 2017. Penantian itu berakhir dengan episod keempat, minggu lepas.
Kesemua Top 9 telah diberikan tugasan ini untuk membuktikan, mereka bukanlah hanya wajah-wajah ‘pretty boys’ yang menemui penonton setiap hari Khamis di layar kaca. Tetapi mereka juga mempunyai substance untuk diketengahkan kepada para pengarah dan produser industri drama dan filem di Malaysia.
“Pegang Macam Nak Bunuh Orang” – Ezmir Terima Teguran
Untuk cabaran ini, para finalis telah dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada dua naskah filem yang pernah mencapai kutipan memberansangkan serta drama rantaian popular.
Kumpulan pertama terdiri daripada Ezmir Sadriq, Harris Annuar dan Ikmal Amry. Mereka telah menerima watak yang dipopularkan oleh Ungku Ismail dalam drama ‘Dendam Aurora’. Bergandingan dengan pelakon dan penyanyi berpengalaman, Faradhiya, Ezmir yang merupakan peserta pertama daripada 9 yang lain kelihatan agak gementar sedikit sebelum memasuki set.
“Kami bertiga diberitahu akan ada perubahan pada skrip beberapa minit sebelum kami memulakan challenge ini. Walaupun Dato’ Yusuf Haslam memberitahu bahawa perubahan pada skrip adalah perkara normal dalam set penggambaran, oleh kerana ini adalah kali pertama saya berlakon di hadapan kamera jadi saya tak dapat sembunyikan rasa cuak tu,” kata Ezmir selepas gilirannya tamat.
Mungkin cuak sehingga Ezmir ‘terkam’ terus lengan Faradhiya ketika sedang berlakon?
“Saya tahu dia rasakan, untuk menjiwai watak dia perlu berlaku sedemikian. Tetapi Ezmir juga perlu tahu ada batasnya terhadap perempuan. Jika selepas ini Ezmir terlibat dengan scene tegang seperti ini, dia perlu memberitahu dahulu kepada pelakon gandingannya apa yang ingin dilakukan terlebih dahulu. Tak adalah aktres itu terkejut,” tegur Faradhiya.
Untuk kumpulan pertama ini, panel juri yang terdiri daripada Pak Nil, Dato’ Yusuf Haslam dan wakil daripada Astro Drama, Sharifah memuji projection suara peserta yang lantang. Walaupun diganggu keadaan cuaca hujan, angin kuat dan persekitaran outdoor yang dipenuhi penonton, mereka tak terganggu dengan faktor-faktor tersebut. Bahkan ‘memberi’ saja apa yang juri inginkan.
Kumpulan kedua (Adam Yusuf, Alif Muhaimin dan Safwan Nazri) pula terlibat dalam adegan KL Gangster yang melibatkan Taiko terulung Malaya, Adam Corrie! Peluang untuk berlakon dengan pelakon senior tersebut tak seharusnya dilepaskan begitu saja. Mungkin disebabkan itu, ketiga-tiga finalis ini tak putus-putus berlatih sebelum memasuki set.
Ini juga adalah kali pertama Adam Yusuf berlakon dalam scene yang melibatkan 100% dialog berbahasa Malaysia. Dan juri dapat menangkap perkara itu serta-merta apabila Adam perlu mengulang scene selama tiga kali. Not a bad try per say, cuma juri berpendapat Adam agak terkejar-kejar apabila melontarkan dialog dan gementar semasa berhadapan dengan Adam Corrie.
Safwan dan Alif, walau bagaimanapun mengejutkan juri. Walaupun baru pertama kali berlakon tetapi intonasi suara, ekspresi muka dan attitude di dalam set menampakkan potensi yang ada pada mereka berdua. “Dua gaya lakonan berbeza walaupun watak yang diberi adalah sama. Tetapi saya yakin mereka boleh pergi jauh dalam dunia drama,” kata Sharifah.
Namun, tegur Pak Nil, ketiga-tiga peserta kumpulan ini perlu belajar untuk menyusun dialog. “Jangan terburu-buru menyebut perkataan. Kalau penonton tidak faham apa yang pelakon ingin sampaikan dalam percakapan, bermakna dia gagal memberikan lakonan yang mantap,” kata Pak Nil.
“Nama Dia Izzah Ibu, Izzah!”
Wow, dapat ke Nabil, Aiman Rahman dan Farhan memikul watak Haris lakonan Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu?
Di antara mereka bertiga, pujian harus diberikan kepada Farhan Asri yang mendalami scene tersebut sehinggakan Dato’ Yusuf Haslam tersilap menyebut nama Harris apabila ingin memberikan komen kepada Farhan.
“Farhan bagi saya mempunyai bakat dalam dunia lakonan. Campaklah dia ke dalam drama atau filem mana pun, saya rasakan dia boleh memberi impak sekiranya dia berusaha untuk mendalami sesuatu watak itu,” puji pengarah serta pemenang Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di FFM 2017 itu.
Faradhiya pula berpendapat, Aiman dan Nabil punya rupa yang boleh diolah untuk watak drama. Cuma mereka perlu banyak lagi belajar tentang lenggok suara dan body language. “Ekspresi itu penting buat seseorang pelakon. Tapi tak bermakna pelakon tersebut perlu selalu bergerak tak henti-henti seperti yang dilakukan Nabil.”
“Mereka berdua juga perlu versatilkan lagi suara ketika berdialog. Dan ‘jantankan’ diri di hadapan kamera. Act like a hero jika diberikan watak utama. But overall, good job,” kata Faradhiya lagi.
Apa pendapat korang, setuju dengan komen yang diberikan panel juri kali ini?
Saksikan recap episod keempat program Hero Remaja 2017 malam ini di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123) untuk mengimbas kembali performance mereka. Dan jangan lupa untuk menyaksikan episod kelima MALAM INI pada pukul 9.00 malam.
Siapa yang akan meninggalkan Hero Remaja 2017? Sama-sama kita saksikan.