Ya, mungkin semua peminat Haqiem Rusli telah mendengar berita ini.
Haqiem Rusli menerusi temu ramah di konti Hot FM dan akaun Instagram-nya sendiri telah mengumumkan dia tidak jadi untuk bersara daripada karier nyanyian.
“Salah satu sebab utama yang buatkan saya tidak berhenti adalah atas sokongan kelab peminat saya yang awesome, Qiemilio.” Haqiem turut mengumumkan bahawa dia telah bersedia untuk melancarkan single seterusnya, hari ini.
“Jujurnya, lagu dan video klip untuk single Selamat Tinggal Sayang ini telah disiapkan dua bulan lepas. Tetapi, timing tidak kena..” Kenyataan Haqiem Rusli ini menerima banyak sokongan peminat, namun sama ramainya juga mereka yang mengecam. Mereka mengatakan ia sekadar gimik dan Haqiem sanggup menipu peminat.
Eh, mana yang betul ni? Jom baca jawapan Haqiem ketika ditemu ramah oleh Hot FM semalam.
Tipu atau gimik ni?
Jahat sangat ke saya ni sampaikan saya perlu menipu peminat. Sejak awal saya dah siapkan lagu baru ini tetapi saya minta ia untuk ditangguhkan kerana saya perlukan masa. Jadi, tak ada makna untuk saya menipu kerana saya juga tidak katakan saya akan 100 peratus berhenti.
Tak rasa macam attention seeker bila buat cerita macam ni?
Ramai yang berpendapat sebegitu tapi mereka tak rasa apa yang saya rasa. Di Twitter, sampai ada yang mewujudkan Thread dengan 5,000 retweet yang mengecam saya tanpa sebab.
Tapi kalau nak jadi artis, kenalah hadap semua itu.
Ada yang kata saya cepat koyak, tetapi macam yang saya cakap, mereka tak rasa perasaan saya sewaktu itu. Saya tidak kisah jika mereka membahan, permainkan kenyataan saya. Ramai juga yang bash saya di Instagram dan tidak fikirkan hati saya. Bila saya jatuh, mereka nak saya jatuh lagi.
Ads
Mungkin salah saya juga kerana memuat naik status (ingin berhenti dari dunia nyanyian) di Instagram dan Twitter kerana rasa tertekan, dan ia buatkan mereka tertanya-tanya. Mungkin ia boleh dijadikan pengajaran agar selebriti lain (yang tertekan) tidak mengikut langkah yang saya buat itu.
Gunakan penyakit sensitif seperti depresi untuk dibuat main?
Mungkin perkataan depresi itu saya salah gunakan, tapi ya saya tertekan. Saya pun tak sangka ia akan viral. Semasa Raya lepas, saya duduk saja di rumah untuk lima hari. Kes tekanan itu bukanlah gimik, ia perkara betul yang terjadi dalam hidup saya.
Tak ada kawan ke untuk Haqiem luahkan rasa tekanan?
Ads
Semasa kejadian hari itu (memadam posting di Instagram), ramai yang call saya seperti Zizan Razak dan Neelofa. Tapi itulah, lebih ramai yang membenci di luar sana. Tapi tak apa, bila ada yang buat buruk kepada kita, saya belajar untuk beri kebaikan semula kepada mereka. Dari benci mungkin boleh berubah jadi sayang. Lawan jadi sahabat.
* * * * *
Takut pula bila dengar soalan bertalu-talu daripada peminat dan netizen, tetapi itulah antara soalan yang selalu ditanyakan kepada penyanyi Jatuh Bangun ini di media sosial.
Haqiem juga sempat untuk menyimpul dengan berkata, “Saya minta maaf jika ada berbuat salah kepada rakan artis atau netizen. Saya harap segala kecama itu bolehlah dihentikan kerana ia hanya melukakan perasaan. Kami bukannya sempurna dan kami juga sedang belajar untuk menjadi orang yang lebih baik.”
So guys, apa-apa pun kita tunggukan single terbaru Selamat Tinggal Sayang hari ini daripada Haqiem okay. Semalam dah dengar versi akustik di Hot FM Facebook Live, jadi hari ini kita dengarkan versi penuh ya. Pada jam 3 petang pula, klip video juga akan dimuat naik di YouTube.
Support je, jangan kecam lebih-lebih.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang pernah melihatnya dalam rancangan temu bual dan dalam drama mingguan.
Tapi korang betul-betul kenal ke dengan Ain Edruce? Jom sempena Birthday Ain pada hari ini, kita tengok 5 perkara tentang dirinya.
01
Ain mengakui yang dia memang petah dan suka bercakap. Disebabkan itulah, Ain memilih bidang pengacaraan sebagai karier.
“I nampak je macam selalu main-main semasa mengacara tapi sebenarnya setiap kali mengendalikan segmen, I’ll take my job seriously kerana ia adalah sumber rezeki saya. Walaupun pekerjaan itu memerlukan korang untuk membodohkan diri di khalayak ramai, ia masih sumber rezeki seseorang.
02
Ramai yang selalu tertanya-tanya selebriti berusia 27 tahun ini berasal dari mana. Sarawak lah, Singapore lah. Sebenarnya Ain dilahirkan dengan nama Nurul Ain bintu Edruce di Terengganu.
03
Ain belum rasa dirinya memerlukan PA atau personal assistant. Jadualnya memang semakin padat tapi dia percaya dirinya masih mampu uruskan kariernya sendiri.
04
Ain tak suka bermuka-muka, sebab itu Ain yang penulis kenal adalah seorang yang sempoi dan kadangkala terlepas juga benda-benda opps! Hehe.
Baginya, seseorang perlu menjadi diri sendiri walaupun berperwatakan buruk. “Kan better kalau seseorang berubah untuk menjadi lebih baik daripada hidup berpura-pure.”
05
Ain pada mulanya mengambil jurusan muzik, namun dia merasakan tak perlu pun untuk hanya stuck di dalam satu bidang saja. Dia ingin menjadi versatil sebagai penghibur dalam bidang lakonan, pengacaraan, muzik dan banyak lagi lah. Aminnn.. Happy Birthday Ain Edruce!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak diikutkan, SEMUA orang di dunia ini pasti memiliki sekurang-kurang sepasang seluar jeans.
Jeans adalah antara item fesyen paling asas dan tidak memerlukan seseorang untuk menjadi fesyenista untuk menggayakannya. Jeans juga adalah antara pakaian yang mudah untuk ‘masuk’ dengan apa-apa jenis pakaian lain seperti baju-T, blaus, sneakers, kasut tumit tinggi dan pelbagai lagi.
Tapi korang tau tak, walaupun jeans itu basic namun ia tetap terbahagi kepada beberapa jenis stail. Dan setiap stail itu pula mempunyai maksud berkaitan dengan personaliti masing-masing.
Cer tengok, sama ada personaliti korang sama tak dengan lifestyle harian?
Foto: MONKI Spring Summer 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama menjadi wakil universiti sebagai seorang atlet sukan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.
Bagi Ummu Nusrah Omar, pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM yang kini menuntut pada tahun akhir mengakui bahawa tugas yang digalas sebagai atlet sukan Petanque yang banyak menghabiskan masa untuk menyertai kejohanan terbuka SUKIPT dan sebagainya. Secara tak langsung, ia sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya pada akademik.
Bukan saja itu, pada semester yang lepas juga Ummu merupakan mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Enambelas (Exco Sukan). Dengan segala tanggungjawab yang diberi, gadis ini tetap berusaha untuk mengulangkaji pelajaran.
“Alhamdulilah, saya mampu menguruskan masa dengan sebaiknya dan mengekalkan keputusan Dekan setiap semester. Program yang saya ambil di UPM iaitu Bahasa dan Linguistik Melayu merupakan program yang mencabar dan tidak seperti yang dijangka,”
“Saya memerlukan kefahaman yang tinggi untuk setiap subjek dan memerlukan masa yang sebaiknya untuk dibahagikan seperti masa untuk menyiapkan tugasan individu dan berkumpulan, masa untuk program kolej, berlatih untuk kejohanan Petanque yang terdekat dan masa sendiri untuk belajar,” jelas pelajar ini.
Cari tip belajar yang sesuai
Jadi, apa yang dilakukan oleh Ummu sehingga dia boleh mendapat keputusan Dekan pada setiap semester? Dia mengakui bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kejayaan. Namun baginya, ini 10 tip yang dilakukan dan dilihat sesuai dengan semua lapisan umur yang bergelar pelajar.
1. Salin kata kunci sahaja semasa kuliah
2. Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, pensyarah/guru, kawan dan orang sekeliling
3. Baca berulang kali : Sekurang-kurangnya 4 atau 5 kali
4. Teknik menghafal dan tulis semula ayat yang penting
5. Bangun awal (3 pagi atau 4 pagi) : Lakukan solat sunat dahulu dan mula ulang kaji
6. Bijak membahagikan masa dengan sebaiknya
7. Sentiasa reward untuk diri : Makanan atau barangan
8. Ulang kaji hanya 2 jam atau 3 jam : Seeloknya malam atau pagi
9. Fokus semua bab apabila peperiksaan
10. Amalkan makanan sunnah : Madu, kismis hitam, kekacang, kurma
“Saya juga merupakan seorang yang berdikari dan sentiasa mencabar diri untuk melakukan apa jua yang saya suka untuk mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kemahiran insaniah sebagai seorang pelajar yang berwawasan tinggi,” tambahnya lagi.
Oleh sebab itu, keseimbangan sukan dan akademik banyak membantu Ummu Nusrah telah pun membuktikan walaupun sentiasa aktif dalam apa juga program di kolej, dia masih tetap berada di landasan yang benar dengan mendisiplinkan diri untuk merancang pengurusan masa dengan baik.
Kalau gadis ini boleh buat, kenapa pula korang tak boleh kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...