Biar berbeza pendapat tentang politik tetapi boleh dikatakan semua rakyat Malaysia akan bersatu apabila bercerita tentang sukan, kebudayaaan dan juga makanan.
Lihat sahajalah bila ada perlawanan bola sepak, tak kira apa pegangan agama, parti mana dianggotai, semuanya datang dengan satu matlamat yang sama iaitu memberikan sokongan buat negara tercinta, Malaysia.

Bola sepak, hoki, badminton, gimrama mungkin antara sukan yang diketahui rakyat Malaysia dan ramai memberikan sokongan padu setiap kali perlawanan berlangsung.

Tapi bila menyebut tentang e-sports, mungkin ramai yang tidak pasti kerana sukan ini kurang popular dan jarang dilaporkan media. Tapi bagi kaki gammer khususnya permainan Dota pasti sukar dilupakan malah sudah ada kejohanan mengenainya dipertandingkan di peringkat antarbangsa iaitu The International (Dota2).

Kaki Gamer E-Sports Pasti Suka, Syed Saddiq Kata PH Akan Bina E-Stadium Jika Menang Pilihanraya

Kaki Gamer E-Sports Pasti Suka, Syed Saddiq Kata PH Akan Bina E-Stadium Jika Menang Pilihanraya

Ads

Kesempatan bertemu Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddid Syed Abdul Rahman dalam debat Apa Harapan Anak Muda: BN atau Pakatan Harapan anjuran Sinar Harian petang tadi bersama Exco Pemuda Umno Malaysia, Rahman Hussin di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Remaja berkesempatan berbicara soal kepentingan e-sports ini bersama dirinya.

Kata Syed Saddiq, antara manifesto yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan ialah mereka akan memberi tumpuan kepada e-sports ini malah akan membina E-Stadium jika terpilih memenangi pilihanraya.

Ads

“Sukan adalah penyatuan pada rakyat Malaysia. Dari pebagai peringkat semuanya akan menyokong tentang sukan. Sebab itulah, bukan saja pembangunan sukan sedia ada diteruskan tetapi kita juga akan mengangkat e-sports ini sebagai sukan baru diminati anak muda.

“Akan ada stadium dibina bagi memudahkan anak muda bermain dengan sukan ini dengan segala insfrastruktur lengkap,” katanya yang mengangkat atlet adalah satu kerjaya paling dicari hari ini. Malah kata Syed Saddiq, sukan juga khususnya e-sports ini boleh menjana ekonomi anak muda kerana ia mampu memberikan pendapatan baik seperti mana dinikmati oleh ahli-ahli sukan negara.

Ads

“Jika dahulu bila sebut tentang sukan, orang tua-tua akan kata jadi atlet bukan pilihan tetapi hari ini, kita boleh tahu melalui sukanlah, anak muda boleh menjana ekonomi mereka melaluinya,” katanya dalam masa yang sama menyokong baik Malaysia Fit anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

“Mana program yang baik kita akan sokong tetapi masa yang sama juga kita tak mahu sukan dilihat perkara bermusim. Semua orang bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja,belia dan dewasa menyukai sukan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan mana-mana stadium yang rosak akan diperbaiki dan dibaik pulih kerana menurutnya sukan adalah milik orang ramai kerana melalui sukan penyatuan dapat dilakukan.

Kalau betul janji ini terlaksana, bolehlah jaguh-jaguh Dota ini tampil dan menjadi sumber pendapatan untuk mereka.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI