Laman media sosial Instagram kini bukan lagi dianggap sebagai platform untuk penggunanya berkongsi momen-momen peribadi yang berlaku di dalam hidup mereka. Ia kini turut menjadi platform untuk pelbagai fungsi seperti perniagaan, promosi, seni fotografi, lakaran komik dan pelbagai lagi.
Antara yang sentiasa mendapat perhatian ramai ialah akaun-akaun Instagram famous atau dikenali instafamous. Dan di Malaysia, instafamous hijabi sentiasa mendapat perhatian ramai sehinggakan mereka kini digelar sebagai influencer dan key opinion leader (KOL).
Apa sahaja yang mereka lakukan akan mendapat perhatian yang tinggi. Ini dapat dilihat dengan jumlah follower, like, komen dan juga post reach yang dicapai menerusi posting mereka. Jadi tidak hairanlah mereka kini dianggap sebagai antara figura penting menentukan trend terkini sama ada dari segi fesyen, gaya, personaliti, mekap, makanan dan juga hiburan. Dan mereka juga sering menjadi duta pelbagai produk serta sering muncul di pelbagai acara yang serba glamor.
Hijabi instafamous muda yang Remaja paparkan kali ini bukan sahaja cantik tetapi mempunyai aura dan sangat opinionated. Jom saksikan 10 top instafamous hijabi pilihan Remaja!
Siapa yang tengah seronok layan drama “My Name is Loh Kiwan” ?
Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul I Met Loh Kiwan ini mula ditayangkan pada 1 Mac lalu Di Netflix dan menerima pelbagai reaksi daripada penonton.
Memainkan watak utama wanita dalam siri Netflix tersebut, pasti ada sesetengah penonton yang tertanya-tanya soal pelakon wanita yang memegang watak sebagai Marie dalam “My Name is Loh Kiwan” ini.
Mari kita kenali dengan dekat pelakon muda berbakat yang mempunyai potensi besar ini.
Mulakan Kerjaya Pada 2018
Dilahirkan pada tahun 1996, pelakon Choi Sung-eun telah memulakan kerjaya lakonannya pada 2018 di bawah agensi Ace Factory. Sebelum ini, dia bersekolah di Sekolah Tinggi Seni Kaywon di bawah Jabatan Teater dan Filem, sebelum diterima masuk di Jabatan Pemangkuan Universiti Seni Kebangsaan Korea pada 2015.
Berbakat dalam Berbagai Genre
Pelakon yang hobinya melukis dan bermain gitar ini telah menunjukkan kebolehannya dalam pelbagai genre, daripada drama, thriller, hingga fantasi. Kebolehannya menyesuaikan diri dengan pelbagai watak menjadikan dia seorang pelakon yang dinanti-nantikan untuk memegang watak pada masa hadapan.
Ads
Lulusan Universiti Kebangsaan Seoul
Choi Sung-eun bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga bijak. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Seoul, salah satu universiti paling berprestij di Korea Selatan, dalam jurusan Teater dan Filem.
Muncul Dalam Naskhah Hebat
Untuk pengetahuan, Choi Sung-eun juga pernah muncul dalam beberapa naskhah lain seperti “Start Up” iaitu filem debutnya, “Beyond Evil”, “Ten Months” dan “The Dog Days”. Namun, dia kali pertama memegang watak utama dalam “The Sound of Magic”, yang turut dibintangi Ji Chang-wook dan Hwang In-yeop.
Ads
Anugerah Pelakon Baharu Terbaik
Selain itu, dia juga berjaya memperoleh anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Festival Filem Chunsa 2020 melalui penampilannya dalam filem “Start Up”. Wataknya dalam siri terkenal seperti “Beyond Evil” dan “SF8”, telah berjaya membuatkannya tercalon untuk Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang yang berprestij pada 2021 dan 2022.
Selepas penampilannya dalam pelbagai naskhah, Choi Sung-eun telah berjaya meraih perhatian netizen dek bakat lakonannya yang cemerlang, serta visualnya yang mirip artis Korea lain seperti Han Hyo-joo, Lee Yeon-hee dan Sulli.
Ads
Choi Sung-eun Bergandingan Bersama Song Joong-ki
Dalam naskhah ini, Choi Sung-eun memegang watak sebagai Marie, seorang wanita Korea warganegara Belgium. Tidak seperti Loh Ki-wan yang datang ke Belgium untuk hidup, Marie, yang hilang keinginan untuk hidup, secara tidak sengaja jatuh cinta dengan lelaki itu selepas pertemuan pertama dengannya.
Filem My Name is Loh Kiwan ini adalah sebuah naskah menyentuh hati tentang cinta, persahabatan dan perjuangan untuk mencari kebahagiaan di tengah-tengah ketidakpastian. Filem ini juga membangkitkan isu penting seperti perkauman, xenofobia dan trauma masa lalu.
Filem arahan Kim Hee-jin ini mengisahkan mengenai perjuangan pelarian dari Korea Utara, Loh Kiwan yang lari ke Belgium untuk mendapatkan perlindungan dan memulakan kehidupan baharu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehangatan musim terbaru program realiti mencari jodoh di platform Netflix, Single’s Inferno baru-baru ini kembali bagi musim keduanya.
Setelah mendapat sambutan hangat dek kontroversi pemilihan baju berjenama tiruan oleh salah seorang pesertanya pada musim pertama, Single’s Inferno terus relevan dalam kalangan pelanggan Netflix.
Bukan saja barisan peserta musim kedua ini mempunyai tahap kecantikan luaran yang – well – luar biasa dari segi standard kecantikan di Korea Selatan. Malah latar belakang pesertanya pada kali ini juga menunjukkan produksi Single’s Inferno kini lebih inklusif dan bervariasi.
Salah seorang pesertanya yang mewakili kelebihan inklusiviti itu ialah Nadine Lee yang tular di media sosial sebagai ‘fan favourite’ pada musim ini.
Ini kerana Nadine tampil berbeza sebagai seorang warga campuran Korea Selatan-Amerika berusia 22 tahun.
Tambah menarik apabila Nadine bukan sekadar fashionable tetapi juga memiliki daya pemikiran yang tajam setelah peminat mendapat tahu Nadine merupakan seorang pelajar tahun ketiga jurusan perubatan neurosains di Universiti Harvard!
Khabarnya, Nadine juga mengambil minor dalam jurusan sains komputer.
Menerusi satu hantaran video oleh warganet, kecemerlangan Nadine terbukti apabila ia menunjukkan surat penerimaan kemasukan ke beberapa lagi institusi selain Universiti Harvard yang berstatus Ivy League termasuklah Yale, Princeton serta West Point yang merupakan sebuah akademi ketenteraan Amerika Syarikat di New York dan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado.
Sebaik sahaja Nadine menamatkan penggambaran di Korea Selatan untuk Single’s Inferno 2, dia meneruskan kerjanya di makmal yang terletak di Hospital Kanak-Kanak Boston.
Kini, Nadine dilaporkan ingin meneruskan pengajian di peringkat seterusnya dan mengejar impian menjadi seorang pakar bedah.
Sejak mengecapi populariti menerusi Single’s inferno 2, ramai pengikut Nadine juga mendapat tahu betapa cergasnya gadis ini menerusi sukan lacrosse di samping sukan bola sepak.
Tidak mustahil satu hari nant, Nadine akan berkhidmat sebagai seorang pakar bedah untuk jabatan ketenteraan Amerika Syarikat memandangkan minatnya terletak di sana.
Single’s Inferno 2 kini distrim di platform Netflix Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekiranya pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena majalah Harper’s Bazaar China yang habis terjual disebabkan pemilihan Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink sebagai penghias wajah hadapan (cover) bagi isu April 2021.
Pemilihan Lisa itu cukup tepat memandangkan bintang kelahiran Thailand itu kini sedang popular di China menerusi rancangan realiti Youth With You musim ketiga.
Pada cover tersebut, Lisa mencuri perhatian dalam persalinan bralette, jaket kulit dan topi dari jenama Celine – salah satu jenama yang mengambil Lisa sebagai duta globalnya.
Namun, seminggu setelah cover tersebut dimuat naik, Lisa terpalit dengan kontroversi akibatnya.
Menurut portal hiburan K-pop iaitu Koreaboo, Bazaar China memadamkan kesemua foto dan video promosi yang menampilkan Lisa platform media sosialnya kerana isu politik membabitkan pembuatan kain kapas (cotton) di daerah Xinjiang.
Untuk pengetahuan, beberapa syarikat jenama fesyen seperti Adidas, Nike dan H&M telah memboikot pembuatan kain kapas Xinjiang yang didakwa terpalit dengan isu pemaksaan buruh.
Daerah itu juga dikatakan mengamalkan diskriminasi terhadap etnik minoriti. Lalu, syarikat-syarikat ini enggan menggunakan kapas yang dihasilkan dari sana.
Disebabkan pemilihan Lisa yang merupakan duta adidas sebagai covergirl, Bazaar China memadamkan foto Lisa sebagai tanda sokongan terhadap boikot China ke atas adidas.
Terdahulu, dua selebriti popular K-pop yang berasal dari China telah memberikan sokongan terhadap pendirian China. Ini melibatkan bekas ahli GOT7, Jackson Wang yang menarik diri daripada kerjasama dengan adidas. Bekas ahli f(x) iaitu Victoria juga menarik diri daripada menjadi model H&M.
Bazaar China mahupun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment setakat ini masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.
Malang juga nasib Lisa kan, penat-penat menyertai penggambaran cover majalah tetapi akhirnya perlu akur dengan kontroversi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...