Kematian bintang Kpop terkenal Jonghyun  dari kumpulan SHINee   dua hari lalu membuatkan peminatnya terus menangis. Terlalu banyak spekulasi  timbul termasuk mencari punca kenapa vokalis kacak dan terkenal ini mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan cara sadis iaitu bunuh diri.

Menulis nota terakhir berbunyi “Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.

Bunuh diri mungkin cara terakhir manusia mengakhiri hidupnya. Tetapi perbuatan ini dilarang sama sekali dalam ajaran Islam. Sesiapa yang bunuh diri akan dihina di akhirat kelak.

Kenali 7 Jenis Kemurungan Di Dunia,  Penyakit Ini Boleh Dirawat
Kematiannya diratapi peminat setianya

Ada tujuh jenis kemurungan yang boleh membawa seseorang melakukan tindakan nekad dan akhir iaitu bunuh diri. Tetapi ada juga kemurungan yang boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan.

Menurut  Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, Dr Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berkata, terdapat tujuh jenis kemurungan.
Kenali 7 Jenis Kemurungan Di Dunia,  Penyakit Ini Boleh Dirawat
Dr Yusni Yusuff

Unipolar – Ia dikenali sebagai unipolar kemurungan. Biasanya pesakit akan mengalami tanda-tanda yang boleh mempengaruhi keupayaannya seperti  bekerja, tidur, makan dan sebagainya.  Masalah ini boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan.

Bipolar – Bipolar kemurungan merupakan gangguan mood  secara berpanjangan kepada pengidapnya. Ia dapat dicirikan dengan rasa gembira keterlaluan, mudah marah, hyperaktif dan lain lagi. Ia menunjukkan bahawa dua episod yang berlainan iaitu berkitar dari semasa ke semasa.

 Dysthymia ( Kemurungan Berpanjangan) – Dysthymia merupakan masalah yang kurang serius pengidapnya mengalami secara berpanjangan. Ada kalanya mencecah lebih setahun. Bukan itu sahaja, individu yang mengalami dysthymia juga berkemungkinan mengalami kemurungan unipolar  pada masa yang sama.

Ads
 Kemurungan Selepas Bersalin (Post Partum Blue) – Jenis kemurungan ini biasanya terjadi selepas bersalin. Ibu akan mengalami post partum blue, biasanya selepas kelahiran anak pertama kerana belum bersedia. Gejala ini kurang serius dan berlaku dalam jangka pendek. Namun, jenis kemurungan akan menjadi serius jika tidak ditangani dengan baik.
Kemurungan psikotik (mendengar suara halus) – Kemurungan psikotik biasanya terjadi kepada individu yang menghadapi dysthymia. Pengidapnya sering percaya perkara yang tak benar, khayal, mendengar suara yang tidak wujud dan sebagainya. hakikatnya ia bercanggah dengan realiti kehidupan.
Gangguan Afektif (Bermusim) – Jenis kemurungan ini biasanya dikaitakan dengan musim. Sangat jarang berlaku di Malaysia kerana iklimnya hanya Khatulistiwa. Biasanya banyak terjadi di negara yang mempunyai banyak iklim.
Kemurungan remaja – Hakikatnya, kemurungan tidak mengenal siapa, remaja juga boleh mengalaminya. Walaubagaimanapun, tanda-tanda kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa. Kemurungan remaja adalah sering dikaitkan dengan perubahan fizikal, tekanan daripada rakan sebaya dan pencapaian akademik.

Dalam kes kematian Jonghyun SHINee, vokalis utama  ini khabarnya tidak dapat menerima hakikat  di saat dia sudah berusaha sehabis mungkin, tetapi masih ramai netizen yang menyalahkan dirinya dengan pelbagai cercaan.

Kenali 7 Jenis Kemurungan Di Dunia,  Penyakit Ini Boleh Dirawat
Junghyun memilih membunuh diri sekalis mengecewakan peminatnya

Merujuk kepada keadaan sebegini, Dr Yusni berkata, satu hakikat yang harus difahami, kemurungan  sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan bunuh diri. Kecuali jika benar seorang individu itu sudah ada niat untuk melakukannya.

“Dalam kes bunuh diri, ada tiga sebab.  Niat bunuh diri ini berbeza dengan kemurungan (yang boleh dirawat) tetapi ada ketikanya jika pesakit gagal mengawalnya, masalah bunuh diri boleh terjadi.

Kedua, “tyring to help”. Biasanya individu yang cuba membunuh diri tidak mengetahui punca mengapa mereka memilih untuk bunuh diri. Mereka cuba meminta pertolongan tetapi buntu dan ia boleh menjadi punca kepada kejadian bunuh diri.

Ads

Ketiganya, impulsive. Biasanya individu ini tiada niat tetapi tanpa tak sengaja telah terbunuh. Dalam erti kata lain, sebagai contohnya, dia cuba mengerat nadi ditangannya dengan niat untuk menarik perhatian tetapi secara tidak sengaja telah terbunuh dengan perbuatannya.

Tetapi hanya bila kita mengetahui niat atau niat itu telah diceritakan kepada rakan rapatnya, barulah kita tahu mengapa seorang individu itu membunuh diri.

Kata Dr Yusni lagi, masalah kemurungan boleh dirawat. Jangan pernah putus asa selain sokongan orang sekeliling boleh menyelamatkan nyawa sendiri.

Ads

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI