Tular di media sosial tentang kes Cikgu Azizan yang bakal dihadapkan ke mahkamah pada esok hari atas tuduhan mengenakan disiplin tegas terhadap seorang pelajarnya.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga guru ini dihadapkan ke mahkamah?
Berikut adalah kronologi kes Cikgu Azizan yang dikongsi oleh pendidik2U:
31 Oktober
Sebutan kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.
Cikgu Azizan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik saja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500.
Semasa proses ikat jamin, dia telah ditempatkan di lokap mahkamah bersama pesalah-pesalah jenayah lain yang terlibat dalam kes dadah dan lain-lain.
Dalam lokap tersebut ada lebih kurang 13 orang pesalah dan tangan Cikgu Azizan digari bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.
Ads
Dakwaan ke atasnya dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid dengan kesalahan:
1. Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi pelajar lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan ini dilakukan sejak 2016.
2. Buli.
3. Memukul murid lain.
4. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
27 November 2017
Dokumen pertuduhan telah diserah kepada Cikgu Azizan.
Ads
19 Disember 2017
Perbicaraan akan bermula.
Nasib Cikgu Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan esok (19 Disember). Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A atas tuntutan saman yang dilakukan sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut.
#PrayForCikguAzizan
Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro kira-kira 200 orang guru dijangka memberi sokongan kepada Cikgu Azizan. Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkata, mereka akan menyediakan bantuan guaman untuk Cikgu Azizan dan berusaha membantunya sebaik mungkin.
Pihak NUTP juga turut memohon semua guru untuk memberi sokongan moral dengan menghadirkan diri ke mahkamah esok.
Ads
Jika didapati bersalah, Cikgu Azizan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Hanya kerana ketegasan seorang guru dalam mendidik pelajarnya, dia bakal menerima hukuman penjara jika disabitkan kesalahan. Kalau dulu isu seperti merotan pelajar tidak pernah dipersoalkan asal dengan tujuan mendidik, tapi kini bila cikgu sentuh sikit anak-anak, ada juga segelintir ibu bapa yang dah mula tak senang duduk dan viralkan di media sosial.
Bukankah ada pepatah yang mengatakan sayang anak tangan-tangankan? Tidaklah sampai nak mencederakan, cuma tak mahu terlalu dimanjakan.
Persoalannya, memang anak-anak zaman sekarang ni tidak boleh dijentik sedikit ke? Kalau nak menyebelahi anak sekali pun, biarlah berpada-pada.
Dah terang lagi bersuluh, si anak tu sebelum ini banyak melakukan kesalahan disiplin. Jadi, masih nak salahkan guru yang tugasnya hanya mahu mendidik?
Kes ini juga menimbulkan kembali persoalan sama ada larangan hukuman rotan di sekolah perlu dikaji semula kerana ini juga adalah antara punca kenapa ibu bapa berani mengambil tindakan terhadap guru.
Apa-apa pun kami doakan agar segala urusan dipermudahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas berjaya mengumpul sejumlah besar dana untuk membawa pulang jenazah Mohammad Farhan Fudhailini yang maut ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Dis lalu, tengah malam tadi, 12.20 malam jenazah remaja ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.
Suasana sebak jelas kelihatan saat jenazah Mohammad Farhan Fudhail diletakkan di liang lahat. Bukan saja diiringi ratusan kenalannya saat menghantar buat kali terakhir, ibu arwah, Furhzanatul Natasha Mohd Sazali, 30-an, yang bekerja sebagai jururawat di Australia turut ada sama.
Terdahulu, jenazah dibawa pulang dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Brisbane dan terus dibawa ke Masjid Tok Sira, di sini, untuk disolatkan.
Media sebelum ini melaporkan Mohammad Farhan Fudhail meninggal dunia selepas terlanggar tiang semasa bermain papan selaju bersama rakannya.
Arwah difahamkan ke negara itu bersama beberapa ahli keluarga lain untuk bertemu ibu mereka yang bermastautin di sana sejak kira-kira 10 tahun lalu. Malah arwah bersama adiknya, Farranazatul Fiqa, 15 turut berada sama bercuti ketika kejadian tidak terduga itu terjadi.
REMAJA sebelum ini pernah menyiarkan kisah Mohammad Farhan yang memerlukan sejumlah dana untuk membawa pulang jenazahnya selepas kemalangan terjadi kerana kos pengebumian di Australia lebih tinggi berbanding jika jenazah dibawa pulang. Malah Kementerian Luar Negeri melalui Wisma Putra turut memudahkan urusan membawa pulang jenazah remaja ini ke tanahair.
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan individu menggunakan media sosial sebagai medium untuk mereka menunjukkan gaya hidup dan aktiviti harian kepada pengikut dan rakan-rakan di alam maya. Sudah tentu kita akan tunjukkan perkara yang indah-indah sahaja kan?
Ini yang dilakukan oleh seorang model dari Dubai yang merakamkan foto di seat Business Class dan dimuat naik di media sosial.
Walau bagaimanapun, perbuatannya itu telah ‘ditangkap’ kerana seorang penumpang kemudian menyebarkan gambarnya yang hanya duduk di kerusi penumpang kelas ekonomi. Jelas sekali ia menunjukkan gaya hidup yang sebenarnya tidaklah berapa nak mewah sangat. Hiks!
Model yang dikenali sebagai Oceane El Himer itu mempertahankan dirinya dan meninggalkan komen di Snapchat.
“Saya tidak malu untuk travel dengan memilih seat di kelas ekonomi. Saya mengambil beberapa penerbangan untuk tiba di selatan, termasuk di satu kelas ekonomi. Saya bukanlah jenis wanita yang suka memaparkan kemewahan. Ya, saya travel dengan menaiki pesawat ekonomi dan business class. Jadi? Dimana salahnya? Saya tidak faham. Banyak lagi perkara penting yang berlaku dalam hidup yang perlu difikirkan,”
Oceane juga turut menutup ruangan komen di hantara foto kontroversi ini dan terbaru, dia memuat naik foto dengan menunjukkan jari tengah ketika duduk di kerusi pesawat business class.
Walau bagaimanapun, netizen turut meninggalkan komen sarkastik di hantaran Instragramnya.
Aduh, kelakar pula boleh bergaduh dengan netizen dek kerana foto ‘show-off’nya itu. Rasanya bukan hanya individu yang dikenali sahaja berperangai seperti ini kan?
Orang biasa pun ada saja yang ‘feeling-feeling’ mewah tapi sebenarnya… Hiks!
Apa-apa pun ia adalah hak individu tersebut. Tapi, janganlah sampai kantoi pula. Tak pasal-pasal kan dah malu. Hehe!
Remaja sebayanya mungkin sibuk berhias mencantikkan diri dan sibuk dengan gajet terkini. Tapi berbeza dengan Nor Farisya Azhar, di usia 18 tahun gadis ini sibuk di kandang lembu milik bapanya.
Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga. Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.
“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.
“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.
Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.
Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.
“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.
“Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).
“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.
Moga Nor Farisya terus berjaya di masa akan datang dengan ternakan lembunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...