Setelah hampir dua tahun peminat novel Gantung nukilan Nadia Khan menunggu siaran siri Gantung The Series yang menjalani penggambaran pada tahun 2016, mungkin sekarang penantian itu akan berakhir.
Mungkin.
Sejak awal minggu ini, kecoh sebentar peminat novel Gantung di Malaysia apabila ada ura-ura mengatakan siri itu sudah boleh ditonton dan dimuat turun secara haram dari media sosial seperti Facebook. Ada juga yang mendakwa kesemua 16 episod telah disebarkan melalui aplikasi Telegram.
Secara logiknya, memanglah perbuatan tersebut dikira salah dari segi hak cipta dan penyiaran. Kalau didapati bersalah kerana mengedarkan sesebuah karya bersiri, filem, penulisan mahupun lagu, seseorang itu boleh didakwa.
Namun, juga secara logiknya, peminat novel Gantung tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Ibarat menunggu kenderaan Uber yang sudah lima kali berjanji “5 more minutes” tapi masih belum menunjukkan bayang, inikan lagi menunggu berita Gantung The Series boleh ditonton secara sah dan ‘halal’.
Ray pun mesti selalu peduli bila Gantung the Series nak keluar di Malaysia.
Buat pengetahuan korang, siri ini sudahpun ditonton oleh peminat di Indonesia sejak akhir Disember lalu melalui aplikasi Tribe. They really had their Christmas wishes came true.
Di Malaysia, kita juga mempunyai aplikasi Tribe di bawah kendalian Astro Malaysia. Ia menawarkan servis online video streaming dan telah mengecapi lebih sejuta muat turun oleh penggunanya setakat akhir tahun lepas. Malangnya, tiada seorang pun pengguna Tribe di Malaysia yang telah memuat turun Gantung The Series.
Ads
Well, maybe because it is still NOT in their series archive! Disebabkan penantian yang menyeksakan inilah, peminat novel Gantung bertindak keluar dari kotak peraturan dan berkongsi 16 buah episod Gantung The Series secara haram.
Nadia Khan & Para Pelakon Turut Promosikan
Pada bulan Januari lalu, salah seorang pelakon Gantung The Series iaitu Hafreez Adam yang membawakan Troll pernah meminta peminat novel Gantung untuk tidak berkongsi mana-mana episod yang telah ditayangkan melalui Tribe Indonesia kepada peminat di Malaysia.
Menurut Hafreez, perbuatan itu boleh menjejaskan peluang Gantung The Series 2 untuk direalisasikan.
Cliffhanger yang diperkatakan oleh penonton. Tapi dalam episod mana eh?
Ads
Namun selepas melihat komen dan respon peminat novel Gantung yang telah menontonnya secara haram di Malaysia, Hafreez berkata melalui akaun Twitter-nya; “Siapa yang dah tengok Gantung The Series tu, mohon bila keluar dekat TV nanti, tengok lagi ye. Sebab itu cara nak dapatkan second season. By the way, how was it?”
Sentimen sama diluahkan oleh penulis, Nadia Khan yang berkata, “Kepada yang belum menonton Gantung The Series dan sabar menanti tarikh tayangan di TV Malaysia, The Musketeers mengucapkan:
“Kepada yang dah menonton Gantung The Series di Malaysia, The Musketeers faham..penantian itu satu penyeksaan. Tapi ni pesanan khas dari diorang:
Ads
Bagi mereka berdua, apa yang penting selepas (atau jika) ia ditayangkan di Malaysia melalui saluran televisyen, apps,online television atau apa sajalah platform yang ada, mereka berharap peminat dapat memberikan sokongan padu pada masa itu dengan menonton semula.
Pelakon watak KJ, Brandon Salim juga tak terkecuali untuk menyatakan sokongan terima kasih kepada peminat novel Gantung di Malaysia setelah #Gantungtheseries bertukar tular minggu ini. Begitu juga dengan pemegang watak Ray, Ikmal Amry yang selalu retweet semula respon peminat terhadap wataknya itu.
Hhm, buat masa sekarang ada di antara kami di REMAJA yang sudahpun half way menonton Gantung The Series, guilty as charged! Namun besar harapan kami untuk melihat siri ini ditayangkan secara proper.
Bukan hanya demi mendapatkan musim kedua Gantung The Series tetapi kami percaya ia wajar diberikan peluang untuk ditonton dan dinilai oleh masyarakat massa yang tidak pernah membaca novel tersebut terlebih dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagai kena tema dengan sambutan Hari Wanita : WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN, beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF itu menjadi milik pertama mereka dan menjadi pemain sulung Malaysia muncul selaku juara wanita dalam kejohanan itu.
Sumber Gambar : The Star
Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland dengan menumpaskan gandingan adik beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 dalam final sulung Jelajah Dunia mereka di St Jakobshalle, Basel semalam.
Untuk info, kali terakhir pemain Malaysia menjuarai Terbuka Switzwerland ialah Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2009.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan beregu Badminton ini kerana membanggakan nama Malaysia. Semoga ramai lagi wanita diluar sana semangat berjuang dalam apa jua yang dilalui tanpa mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 107 tengah hari semalam.
Menurut Sinar Harian, berdasarkan peta taburan IPU sebanyak 66 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya tiga stesen mencatatkan bacaan baik iaitu di Sandakan dan Tawau, Sabah dengan bacaan IPU 27 dan 38.
Gambar hiasan
Manakala, Kota Tinggi Johor juga mencatatkan bacaan IPU rendah iaitu 43.
Untuk pengetahuan korang, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Gambar hiasan
Pagi ini juga bandar Shah Alam masih dilihat masih berjerebu. Kesan jerebu ini boleh menyebabkan korang sukar untuk bernafas, gatal-gatal tekak, gatal mata dan bahagian kulit, malah boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian saluran pernafasan.
Oleh itu, korang dinasihatkan untuk melakukan beberapa amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan akibat jerebu.
Antaranya adalah seperti:-
• Kurangkan aktiviti luar
• Jangan merokok
• Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Gambar hiasan
• Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
• Dapatkan nasihat perubatan
• Guna topeng muka (mask) apabila tahap kualiti udara tidak sihat
• Pastikan persekitaran dalam rumah sentiasa bersih
Secara kesimpulannya, elakkan berada di luar rumah/bangunan sekiranya korang tidak mempunyai apa-apa urusan penting okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu lagi kes kematian telah dilaporkan sebentar tadi dan ini menjadikan keseluruhan kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 15 orang.
Menteri Hal Ehwal Agama sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan melibatkan prosedur menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang beragama Islam dan bukan Islam. Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, jenazah hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Hal ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Hasrul Rizwan yang telah berkongsi cara pengurusan jenazah yang ditayamumkan.
Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yg mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak nahare ni. pic.twitter.com/gH9ra1lkFy
Walau bagaimanapun, terdapat satu video menunjukkan bagaimana tayammun dilakukan ke atas kematian seorang lelaki akibat COVID-19 di Amerika Syarikat.
Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat kita semua dan tolonglah patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan agar rakyat Malaysia dapat menghentikan penularan wabak COVID-19.
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...