Eww! Serius tak boleh brain bagaimana pekerja di restoran Raj’s Banana Leaf boleh tergamak untuk membasuh talam hidangan dengan air yang kotor.
Restoran yang terletak di Bangsar itu bertukar viral atas sebab yang salah setelah sebuah video yang menunjukkan perbuatan jijik itu tersebar semalam. Difahamkan, insiden itu melibatkan pekerja baru mereka dan pihak Raj’s Banana leaf telahpun mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas kejadian tersebut.
Bagaimanapun hari ini, restoran tersebut telah diarahkan untuk ditutup serta merta oleh bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Sekitar jam 9.20 pagi tadi, seramai 10 pegawai daripada jabatan tersebut tiba untuk memeriksa premis tersebut. Raj’s Banana Leaf yang bertindak untuk tidak beroperasi pada hari ini diwakili oleh pekerjanya bagi tujuan pemeriksaan tersebut.
Hasil siasatan dan selepas meneliti video pekerja yang membasuh talam di dalam lopak air tersebut, arahan agar premis itu ditutup untuk sementara waktu telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Mungkin ada baiknya kejadian ini terjadi. Ia agar premis seumpamanya yang lain akan lebih mementingkan isu kebersihan dan kualiti makanan serta minuman yang dihidangkan kepada pelanggan.
“Takut, Macam Pemujaan” Teaser Klip Video Blackpink Dipuji Cantik, Cuma..
Akhirnya Blinks, it is out!
Klip teaser untuk single utama Blackpink bagi era baru ini telahpun dilancarkan pada hari ini.
Seperti yang dijangkakan, peminat kumpulan sensasi K-pop itu tidak menunggu lama untuk mengerumuni bahagian komen single How You Like That dan memuji visualnya. Iyalah, dengan bajet dan kreativiti yang ada daripada syarikat label YG Entertainment, nothing is impossible.
Namun, ada juga netizen yang beranggapan video tersebut mempunyai elemen keagamaan.
Uh, betul ke?
Klip teaser berdurasi 19 saat itu sememangnya mempunyai aura seperti berada di dalam sebuah kuil dari zaman kuno. Tambahan pula dengan elemen air, tanah, angin (payung) dan api yang ditunjukkan.
Ia menyerupai 4 elemen poster teaser yang dimuat naik oleh ahli Blackpink pada minggu lalu. Jadi kami terfikir sekiranya video klip How You Like That ini mempunyai mesej tersirat?
Okay sabar Blinks, bukan kami saja yang terfikir akan hal ini.
Seorang pemilik akaun Twitter bernama @annascup berkata klip video Blackpink seperti kebiasaan akan memaparkan patung-patung popular di kalangan ‘Tuhan-Tuhan Greek’.
Dalam klip video Kill This Love sebelum ini, terdapat patung Aphrodite iaitu Goddess of Love & Beauty. Dalam klip video How You Like That pula, kita melihat satu patung bersayap yang digantung menyerupai Nike, Goddess of Victory.
Satu lagi akaun, @jendeukiebabo juga berpendapat bahawa imej ahli Blackpink kelihatan seperti ancient gods.
Hhm, apa pendapat korang?
Bagi kami, sekiranya ada mesej tersirat di dalam klip video How You Like That ini, ini bukanlah kali pertama ia berlaku untuk klip video mana-mana kumpulan dari Korea Selatan. Jadi tidak adil sekiranya hanya Blackpink yang ‘dikecam’ kerana memaparkan elemen sebegini.
Banyak saja kumpulan terdahulu yang bermain dengan imej, lirik dan konsep yang bersifatkan ketuhanan Barat. Kita saja yang sedar atau tidak sedar.
Lihat saja seperti lagu Lucifer nyanyian SHINee yang terang-terangan menerapkan elemen God of the Sun and of the Moon yang dipercayai oleh agama lain.
*
Sama ada mesej tersirat ini benar atau tidak berkaitan dengan unsur keagamaan, kita tonton sajalah klip video rasminya dalam masa beberapa hari saja dari sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Yang jelas, klip teaser 19 saat ini amat disukai oleh Blinks apabila jumlah tontonannya telah melebihi 1 juta dalam masa 2 jam saja di YouTube.
Cer tengok!
Komen ‘Body Shaming’ Bukan Boleh Dibawa Main, Mark Adam Mohon Maaf
Baru konsert pertama, nampaknya pentas Big Stage musim kedua sudahpun panas.
Tatkala persembahan para peserta pertandingan nyanyian di kalangan selebriti remaja, Big Stage yang berlangsung semalam dipuji oleh netizen, itu semua seakan dibayangi oleh insiden yang dicetuskan oleh salah seorang panel program tersebut.
Penyanyi Mark Adam semalam duduk di kerusi panel sebaris dengan Datuk Seri Situ Nurhaliza dan Cakra Khan.
Namun disebabkan satu patah ayat yang keluar dari mulutnya, netizen semalam dan hari ini tidak teragak-agak untuk mengecamnya.
Apa yang terjadi adalah Mark Adam bergurau mengenai saiz dan figura pengacara Big Stage, Sherry Al-Hadad dengan berkata, “This opportunity is very big, even the host is big.”
Mark, Mark..
BACA: Sekali Lagi Alif Satar Trending, Kali Ini Sebab Apa?
Walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menjatuhkan air muka Sherry, tetapi komen body shaming seperti itu di atas pentas rancangan siaran langsung bukanlah sesuatu yang boleh dibawa bergurau.
Nampaknya, penyanyi itu juga sedar dan kesal dengan kenyataannya itu, lalu membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram-nya.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage Saya ni kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah – dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.
Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tak professional dan saya akan pastikan benda ini tak lagi berlaku lagi.
Maafkan saya. Saya betul-betul menyesal. I’m sorry guys.
Diharap Mark Adam ataupun sesiapa tidak lagi mengulanginya.
We felt it. Sama ada kita kurus, besar, cerah, gelap or whatever it is, rupa paras fizikal bukanlah sesuatu yang wajar diulas secara terbuka.
*
Sementara itu, selebriti seperti Alif Satar, Achey dan Sharifah Amani memuji tindakan Mark yang man up dan meminta maaf tersebut. Paling penting, Sherry sendiri tidak berdendam dengannya.
Katanya, “Assalamualaikum semua. Mark sudah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia (atau) saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan.”
BACA: Kamu Mangsa Body Shaming? Hafal 7 Reply Paling Win Oleh Selebriti Wanita Ini
“Dah Kenapa Ketuk Kepala Myammar Tu”, Pegawai Imigresen Ditahan Kerja Selepas Video Tersebar
Hari ini tersebar satu video seorang pegawai Imigresen mengetuk kepala seorang lelaki Bangladesh mengggunakan pasport. Malah dalam video itu juga menyaksikan pegawai berkenaan mengangkat dan seakan menghentak tangan lelaki berkenaan di kaunter sambil rakan-rakan sekerja hanya diam memerhati.
Ternyata tindakan ini membawa padah apabila video itu diviralkan dan mendapat respon dari Menteri Dalam Negeri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan satu kenyataan akan menyiasat hal ini dengan lebih mendalam.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan menyiasat mengenai insiden seorang pegawai imigresen yang mengasari seorang pendatang asing tanpa izin.
Muhyiddin berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan insiden berkenaan.
“Saya kena siasat dahulu, tak ada laporan,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.
Sebelum ini, tular video seorang pegawai imigresen mengasari seorang pendatang asing tanpa izin yang difahamkan berlaku di Johor.
Dalam video berkenaan, pegawai berkenaan memukul kepala pendatang asing berkenaan menggunakan buku kecil dan mengetuk tangannya di salah sebuah kaunter imigresen.
Mengulas isu sama, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu kenyataan pula berkata, pengurusan tertinggi imigresen telah mengambil tindakan serta merta dengan menahan kerja pegawai terbabit.
“Perlakuan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam. Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian,” katanya.
Beliau menegaskan tindakan serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan.
“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) pindaan 2002,” katanya.
Hari ini tular di media sosial video tindakan seorang pegawai Imigresen yang bertindak kasar terhadap seorang lelaki dipercayai warga Myanmar di Pejabat Imigresen di Wisma Persekutuan Johor Bahru pagi tadi.
Kecoh pegawai Imigresen 'ketuk kepala' pelanggan
Kejadian berlaku di Johor Bahru. Pegawai berkenaan juga telah dikenakan tindakan tahan kerja akibat perbuatannya itu. #mstaronline
Posted by mStar Online on Tuesday, 29 May 2018