Baca headline di atas pun sudah boleh buat darah kita mendidih. Apatah lagi kita masih lagi berada di bulan Syawal, bulan yang meraikan kemenangan dan penuh kemaafan.

Tatkala kita masih lagi meraikan Aidilfitri lain pula yang dihadapi oleh seorang ibu di Bandar Jengka apabila dia ditumbuk dan ditendang oleh anaknya sendiri.

Anaknya yang berusia 19 tahun dikenali dengan nama Nazrul Azwan Nazri dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika ibunya, Normah Mehhad, 56, berada di tempat kerjanya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 jun yang lalu pada jam kira-kira 1 tengahari.

Apa yang menyebabkan dia melakukan sebegitu rupa terhadap ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan dan membesarkannya dengan kasih sayang?

Ads

Menurut laporan kes, si anak telah datang menemui ibunya untuk meminta wang. Dan apabila kehendaknya tidak dapat turuti oleh ibunya, dia telah bertindak menumbuk mata kiri dan menendang dada ibunya.

Remaja Berusia 19 Tahun Dipenjara 5 Bulan Kerana Tumbuk & Tendang Mak Sendiri

Akibat perbuatan tersebut Puan Normah telah mengalami bengkak mata kiri dan sakit di bahagian dada. Satu laporan polis telah dibuat dan pendakwaan kemudian dikendalikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih dari RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ads

Selepas selesai pendakwaan dan meneliti bukti kes, Majistret Noor Syafiqah Noordin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Nazrul Azwan di atas kesalahannya.

Dia dikatakan telah mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya. Dalam penghakimannya, Noor Syafiqah menegaskan walaupun Nazrul Azwan masih muda namun selepas mendapati ibunya berdepan fobia dan ketakutan hukuman perlu dijatuhkan dengan setimpal.

Ads

Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan kenyataan mangsa iaitu daripada ibunya.

Dan di mahkamah yang sama, Nazrul Azwan juga berdepan tuduhan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semoga kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kira semua.

Sumber: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI