12 tahun lamanya. Itulah tempoh masa yang kita semua perlu tunggu untuk menyaksikan filem ‘Dukun’ ditayangkan di pawagam. Kalau dibandingkan dengan usia kanak-kanak, filem tersebut kini sudah bergelar sebagai murid darjah enam!

Filem arahan pengarah hebat yang terkenal dengan filem ‘Bunohan’ dan ‘Interchange’, Dain Said menganggap filem ini sebagai sebuah karyanya cukup istimewa. Ia merupakan filem pertama arahannya yang kemudian berdepan pelbagai spekulasi dan kontroversi menyebabkan ‘Dukun’ terpaksa diperam selama 12 tahun.

Namun pada sidang media selepas tayangan eksklusif ‘Dukun’ semalam, Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menjelaskan ‘Dukun’ sebenarnya tidak pernah diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Ia sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang berlegar bertahun-tahun lamanya kononnya filem ini diharamkan atas banyak faktor; antaranya kaitan dengan sebuah kes pembunuhan berprofil tinggi dalam sejarah negara.

‘Dukun’ telah mendapat klasifikasi tayangan label P13 di mana hanya individu berusia 13 tahun ke bawah perlu mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menontonnya.

[REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise
Barisan pelakon ‘Dukun’ dan orang kuat Astro Shaw di tayangan eksklusif semalam bertempat di TGV KLCC

Benarkan filem ‘Dukun’ hanyalah sebuah filem seram tempatan yang seperti biasa kita tonton?

Ads

Itulah sangkaan penulis ketika memasuki panggung semalam. Namun ternyata jangkaan itu meleset sama sekali. Ini merupakan sebuah karya yang mempunyai banyak elemen genre psycho thriller yang kaya dengan unsur paranormal. Dan melihatkan sentuhan Dain Said, ‘Dukun’ juga sarat dengan symbolism yang memberi dimensi berbeza kepada karakternya.

Kisah ‘Dukun’ bermula dengan penangkapan seorang wanita bernama Diana Dahlan (Datin Seri Umie Aida) yang dituduh membunuh seorang lelaki bernama Datuk Jefri. Selepas dia ditangkap kita diperkenalkan pula dengan Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang mempunyai juga konflik peribadi cukup menarik.

Selepas menolak ramai peguam lain, Diana Dahlan bersetuju menerima Karim sebagai peguam belanya. Little did we know, Diana sebenarnya menyimpan rahsia besar antara dirinya dan keluarga Karim. Dan Karim pula menerima kes itu sebagai antara jalan untuk dia mencari anak gadisnya, Nadia (Elyana) yang telah hilang sejak beberapa minggu.

Ads
[REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise
Penangkapan dan kes Diana Dahlan menggemparkan seluruh negara

Sebagai seorang peguam kita ditonjolkan dengan karakter Karim yang percaya bahawa setiap orang sama ada bersalah atau tidak mempunyai hak untuk dibela. Dan dalam pada masa yang sama dia terpaksa bergelut untuk menrima tentang kebenaran yang haikat dan tersirat terbentang di depan matanya. People will do anything for the person they dearly love. Hatta terpaksa melawan prinsip kepercayaan dan logik akal dirinya sendiri.

Sisi seram filem ini muncul dalam banyak babak ketika Diana melakukan ritual ajaran ilmu hitamnya. Dan bagi penulis, sisi yang lebih menyeramkan ialah bagaimana karakter Diana yang dilakonkan dengan cukup cemerlang oleh Umie Aida tidak pernah berasa bersalah atas kematian mangsanya. Reasoning di sebalik keyakinannya itu diungkap dengan kata-kata penuh yakin dan angkuh sekaligus menunjukkan karakter dukun ini berada di luar batasan sifat norma manusia.

[REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise
Saat ketika Karim bertemu Diana Dahlan di penjara tahanan

 

Ads

Kemantapan barisan pelakon lain seperti Namron (ASP Talib), Hasnul Rahmat (Danni) dan Sofi Jikan (Fadzli) turut menjadikan ‘Dukun’ sebagai salah sebuah filem thriller seram terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.

Penantian selama 12 tahun untuk menyaksikan ‘Dukun’ ternyata cukup berbaloi. Cuma mungkin di masa akan datang kita tidak lagi perlu menunggu tempoh panjang begini untuk menyaksikan sebuah karya yang baik di layar perak. Jika korang minat filem seram yang bukanlah hanya bersifat satu dimensi yang klise, pergilah menonton filem ini di pawagam.

‘Dukun’ telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada hari ini.

Rating: 8/10

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI