Ke mana sahaja susuk badan ini pergi kehadirannya pasti akan menarik minat orang awam. Berbeza benar popularitinya sebelum dan selepas pilihanraya. Itulah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemimpin muda Pakatan Harapan yang namanya kian disebut-sebut dek kerana kelantangan serta kehebatannya berbahasa.

Bila tengok beliau berhujah ramai yang tidak menyangka jejaka yang telah dipilih oleh penduduk Muar untuk menjadi menjadi Ahli Parlimen mereka baru sahaja berusia 26 tahun.

Menjadi salah seorang pemimpin muda dan ikon generasi belia Pakatan Harapan, Syed Saddiq telah membawa nafas baru dalam dunia politik tanah air.

Sebelum PRU14baru-baru ini, REMAJA pernah menampilkan artikel tentang hasrat Syed Saddiq dan Pakatan Harapan untuk memberikan tumpuan kepada e-sport dan juga membina stadium e-sport. Ia juga merupakan antara intipati yang turut terkandung dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan.

Ads

Syed Saddiq Ingin Realisasi Manifesto Perkasa e-Sports Di Malaysia

Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sekali lagi menegaskan tentang kesungguhan beliau untuk menjadikan manifesto tersebut sebagai realiti. Selepas diberi mandat oleh rakyat dan membina ‘Malaysia Baru’, Syed Saddiq terus melaungkan hasrat anak muda yang ingin melihat e-sport terus dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Ads

Menurutnya, kerajaan akan komited untuk membantu generasi muda yang ada potensi menerusi pembangunan stadium e-sukan.

Jelasnya lagi, e-stadium yang dimaksudkan bulahlah bersifat kepada pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti. Jumlah orang muda yang menjadi pemain e-sport semakin hari semakin meningkat dan jumlahnya semakin besar terutamanya di kalangan anak muda berusia 25 tahun ke bawah.

Ads

Negara kita kini mempunyai banyak bakat-bakat muda yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai pertandingan e-sport. Malah, ia juga telah dicadangkan untuk menjadi salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 2024.

E-sport tidak lagi harus dipandang sebagai hanya hobi atau aktiviti yang membuang masa. Dengan pendedahan yang baik serta galakan daripada masyarakat dan kerajaan, bakat-bakat e-sport akan terus cemerlang mengharumkan nama negara.

Sumber: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI