Kalau ditanya pada setiap perempuan, memiliki bentuk tubuh yang seksi dan menarik pasti menjadi pilihan mereka.

Tidak kira anak dara atau ‘mak orang’, rata-rata perempuan di dunia ni obses nak dapatkan tubuh sehebat selebriti terkenal. Maka, tak hairanlah jika ada yang sanggup berhabis duit semata-mata nak nampak cantik.

Tak Ada Istilah Ubat Untuk Kurus Dan Cantik, Doktor Ini Jelas Hanya Tiga Perkara Perlu Anda Buat
Gambar hiasan

Berkongsi pengalaman sebagai seorang doktor, Rusyainie Ramli sering mendapat soalan daripada pesakit tentang ada ke ubat untuk jadi kurus? Ada ke jus yang boleh buat kita jadi cantik? Pil untuk jadi sihat ada?

Ads

Doktor pun boleh stres dengan soalan-soalan macam ni sebab apa? Ha, cuba anda fahami apa yang Dr Rusyainie Ramli ini ingin jelaskan.

Ads

Kita orang Asia. BMI mesti antara 18-23. Lebih dari itu, dah kira tembam dan berisi. Dia dah masuk kategori terlalu obes. Tapi yang paling tinggi BMI saya pernah jumpa ialah 56, umurnya baru 22 tahun.

 

Bila dapatkan rawatan di hospital, doktor-doktor akan nasihatkan kuruskan badan. Naik jelak dan muak dengar benda sama ok. Doktor ni tak ada benda lain ke nak cakap.

 

Hakikatnya…

 

Semua orang nak kurus.

 

Semua orang nak cantik.

 

Semua orang nak sihat.

 

Semua orang nak ‘kuat’.

 

Semua orang nak kaya.

 

Sunnah Rasulullah SAW yang paling susah nak buat bagi orang kita… ‘Berhenti makan sebelum kenyang’. Susah sangat.

 

Payah sekali.

 

Sukar berkali-kali.

 

Kalau poligami laju saja nafsu tu mahu.

 

Pakat berangan teringin pasang lagi satu.

 

Yang doktor tak bagi pantang lepas bersalin, habis pakat kecam caci nista.

 

Yang doktor suruh pantang sebab ada penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang, tu dah jadi pantang lepa pula.

 

Ramai kita ni melantak saja apa depan mata. Kata mereka, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.

 

Aduh.

 

Bila dah buat ‘dosa makan tak ingat dunia, sunnah nabi buat-buat lupa’, kita ingat dosa tu kita boleh ‘cuci’ dengan segala

 

JAMU

 

SUPLEMEN

 

JUS

 

AIR ALKALI

 

GELANG MAGNET

 

Senang kan. Buat dosa, lepas tu cuci. Macam ada bani jual suplemen. Tunjuk gambar dia makan penuh pinggan, sambil promosikan pil nak bersihkan usus, katanya. Saya? Tepuk dahi yang tak sakit. Garu kepala yang tak gatal.

 

Dulu masa zaman 90an tengah meletup-letup Tongkat Ali. Segala-gala la ada tongkat Pakcik Ali. Kesian Pakcik Ali sampai dah tak ada tongkat.

 

Sekarang fesyen minum jus Sunnah dan makan pil Sunnah. Tak cukup makan kurma 3 biji, kena togak jus katanya. Jintan hitam tu tak cukup makan macam tu saja, kena jadikan pil katanya. Barulah Sunnah habis. Pergi toko jamu. Berlambak-lambak jus nak cuci dosa nafsu makan.

 

Samalah dengan pesakit saya. Soalan paling biasa pesakit tanya ‘Doktor, ada tak ubat nak kurus?’

Saya stres dapat soalan ni. Sebab memang pesakit akan kecewa dukacita bila saya kata tak ada.

 

MEMANG TAK ADA.

 

Tak ada ubat nak kurus – kalau ada, saya beli dulu.

 

Tak ada jus nak cantik – kalau ada, saya dah lama rupa macam Neelofa.

 

Tak ada pil nak sihat – makan macam tu punya sedap, tanggung sendiri lah akibatnya. Merokok dah kalah cerobong asap, pakai magnet gelang pun tak guna.

 

Tak ada jamu nak kuat dan ketat – nak buat hubungan kelamin 3× sehari ke.

 

Kalau tanya mana-mana doktor sekali pun (yang tak ada kepentingan la kan), memang kami pesan senang saja:

 

1. Makan ikut pinggan yang disarankan.

 

Suku karbohidrat.

 

Suku protein.

 

Separuh sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

 

2. Bersenam.

 

3. Jaga berat badan.

 

Masa saya bagi ceramah pemakanan 2 minggu lepas dengan geng BAKAT TLDM KDSI, saya cakap. Daripada beli segala benda yang gerenti tak mujarab tu, baik gunakan duit belanja dapur tu beli makanan yang berkhasiat dan bernutrisi. Kalau dah beratus-ratus harga benda mengarut tu, makanan yang kita beli segar dari ladang tu sebenarnya kita boleh nikmati satu keluarga. Dosa makan ikut sedap rasa, suka hati tak boleh kita cuci macam tu saja. Buat dosa bertahun, ingat boleh cuci dengan duit agaknya.

 

Kalau pesakit perlukan vitamin, saya sendiri akan nasihat dan bagi preskripsi kepada pesakit dan saya akan pantau. PESAKIT TAK PERLU BAYAR SATU SEN PUN. Air liur saya membebel percuma. Kerajaan dah bayar gaji.

 

Cukup jelas dan padat jawapan yang diberikan oleh doktor ni. Rasanya dah tak perlu kot nak makan ubat kurus dan pil-pil awet muda tu ye. Amalkan saja apa yang disampaikan ini sebab ia jauh lebih menjimatkan. Hehe

Ads

 

Sumber: Rusyainie Ramli

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI