Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Ke mana sahaja kita pergi sekarang pasti isi bualannya berkisar tentang persiapan hari raya. Sama ada tentang bagaimana nak balik kampung, baju raya, kuih raya dan juga misi mengumpul duit raya!
Dan satu perkara yang sering dinantikan kita semua ialah iklan-iklan Hari Raya daripada pelbagai syarikat korporat dan juga badan kerajaan. Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya.
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari TNB, DBKL, Astro Gempak dan Traveloka. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan Raya di bawah!