1.9 juta likes untuk video 19 saat? Wow.
Pada saat ini, penulis percaya apa saja bentuk foto, video, status atau mesej yang dikongsikan oleh grup K-Pop popular, BTS di media sosial akan menerima berjuta-juta likes dan ribuan komen.
Video J.Hope melambai tangan selama 6 saat di Paris = 4.2 juta tontonan.
Selfie RM sebelum tidur = 1.4 juta likes.
OMG, apa saja yang dilakukan oleh mereka bertujuh, ia umpama satu kuasa dominasi dunia yang tak akan berhenti. #worldpeacewithBTS
Terbaru, Jungkook berkongsi video melakukan parodi kepada lagu ‘Bad Guy’ nyanyian Billie Eilish. Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan dia menyanyi dan menari mengikut ritma chorus lagu tersebut and you guessed it, ARMY sekali lagi menjadi obses.
‘Bad Guy’ merupakan single kelima Billie yang dipetik daripada album When We Fall Asleep, Where Do We Go? dan disebabkan lagu serta liriknya yang lain dari yang lain, ‘Bad Guy’ menjadi popular di kalangan pendengar remaja.
Ia menjadi bahan kepada beratus-ratus bentuk parodi dan memes, jadi Jungkook juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta video parodinya sendiri.
Dalam tempoh kurang 24 jam, video tersebut telah menerima 1.9 juta likes dan sehingga kini, 346000 komen di Twitter. Nampaknya para ARMY telah ‘berkhidmat’ dengan cemerlang, sekali lagi.
Duh? pic.twitter.com/3lGmo7GpF6
— 방탄소년단 (@BTS_twt) June 9, 2019
Disebabkan video ini juga, peminat berharap agar impian mereka untuk melihat kolaborasi BTS dan Billie Eilish akan menjadi realiti. Mengapa tidak, kolaborasi BTS dan Halsey untuk single ‘Boy With Luv’ menjadi kegilaan ramai.
Tambahan pula, Jungkook pernah berkata bahawa dia adalah peminat Billie sebelum ini. Tak mustahil mereka akan bergabung untuk single seterusnya.
Billie, *wink*.