Berita

#1 Dalam Program Ujibakat Korea, Gadis Berusia 14 Tahun Dari Filipina Ini Bukti Bakat Mengatasi Segalanya!

Share

Universe Ticket ialah program uji bakat global yang dianjurkan oleh pihak televisyen SBS. Baru-baru ini, menerusi siaran episod kedua terakhir, pemenang telah didedahkan dengan lebih awal dek kerana undian yang sangat tinggi daripada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Pecah Rekod Penyanyi K-Pop Pertama Capai 1 Billion Penstriman Muzik Global

Bagi mereka yang tidak maklum, rancangan ini menggunakan sistem kedudukan PRISM, di mana sesiapa dalam gred P akan debut

secara automatik.

Maka tidak hairanlah apabila rancangan itu akhirnya menobatkan pemenang Gred P pertama mereka menerusi episod kedua terakhir rancangan tersebut.

Lebih menerujakan lagi apabila peserta yang pertama sekali dinobatkan sebagai pemenang Gred P ialah Elisia yang berasal dari Filipina. Wow!

Walaupun baru berusia 14 tahun, dia telah menunjukkan bakat yang cukup menyerlah dari segi vokal dan ekspresi persembahan.

Si cantik yang berjaya menambat hati penonton ini juga meraih undian tertinggi dengan 553,493.4 mata, membolehkannya menduduki tempat pertama keseluruhan dengan 781,987.1 mata.

Seorang lagi peserta Filipina, Gehlee Dangca, pula berjaya memenangi tempat kedua. Dia membawa pulang 518,852.4 mata dalam undian peminat, menduduki tempat kedua dari segi undian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 758.755.5 mata.

Di tempat ketiga pula barulah dimenangi oleh warga Korea Selatan iaitu Lim Seowon. Dengan jumlah undian sebanyak 78,783.2 daripada peminat, Seowon berjaya menduduki tempat ke-8 daripada segi undian.

Namun disebabkan oleh mata tambahan daripada mentor kerana melakukan yang terbaik dalam prestasi unitnya, membolehkan dia mendapat tempat ke-3 keseluruhan dengan 328,783.2 undian.

Buat makluman kalian juga, rancangan ini meraih rating yang agak rendah di Korea Selatan dengan purata hanya 0.7% dalam jumlah penonton.

Ini bermakna sebahagian besar undian datang daripada penonton antarabangsa, membolehkan peserta antarabangsa berjaya meraih kedudukan lebih tinggi.

Nampaknya rancangan hiburan Korea tidak boleh mengabaikan kuasa penonton global yang semakin meningkat! Memang bukan beshe-beshe….

Anyway, tahniah REMAJA ucapkan kepada Elisia kerana menjadi #1!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Koreaboo, Soompi

Published by
Adriana Syaurah