Adakah ‘Raya mengejut’ bakal berlaku lagi pada tahun ini?
ARTIKEL BERKAITAN: Media Sosial ‘Kalut’ Dengan Persediaan Aidilfitri Sehari Awal- REMAJA
Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil susulan kenyataan yang keluar daripada Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Umum wakilnya, ia menjangkakan hari terakhir Ramadan berkemungkinan jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.
Menurut portal Gulf News pula, beberapa negara di benua Asia dan negara-negara serantaunya termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar sekalipun menggunakan teleskop khas.
Jelas portal tersebut lagi, beberapa negara Islam lain bagaimanapun berkemungkinan akan menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut (Khamis).
“Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya (lalu) menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.”
Hmm…buat sahajalah persiapan awal kan. Tidaklah ‘kalut’ nanti.
Yang penting bagi kita yang berada di Malaysia, sama-samalah kita menantikan pengisytiharan tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu. Selagi tiada pengumuman rasmi, jangan percayakan sumber lain ya.
BACA LAGI : Kenapa Singapura Terkecuali Hari Raya Isnin? Mufti & Menteri Agama 5 Negara Jelaskan
Sumber: Kosmo