
Isi Kandungan
ToggleJarang sekali kita dapat lihat selebriti yang kumpulkan adik-beradik mereka untuk bergambar bersama. Selalu kalau di timeline Instagram tu hanya dipenuhi gambar-gambar photoshoot atau sekadar update aktiviti sendiri di laman sosial saja.
Tapi, bila sesekali bergambar dengan kaum keluarga, barulah kita sedar yang rupa-rupanya bukan si artis tu je yang cantik, malah adik-beradik yang lain pun turut sama menawan. Pendek kata, kalau lelaki lihat kecantikan mereka ni confirm bergetar la tulang rusuk. Hiks!
Ada juga di kalangan mereka yang memang berdarah seni sebab rata-rata daripada kaum keluarga mereka juga bergelar selebriti.
Berikut merupakan senarai artis perempuan di Malaysia bersama adik-beradik mereka. Cun-cun semuanya uolls.
1. Anzalna
2. Mira Filzah
3. Elfira Loy
4. Fathia Latiff
5. Sharifah Amani
6. Nelydia Senrose
7. Emma Maembong
8. Rozita Che Wan
9. Neelofa
10. Sharifah Sakinah
Dalam ramai-ramai ni korang rasa adik siapa paling cun? Ok simpan je la jawapan tu dalam hati ya. Hehe..
BIG STAGE : Tuah Adzmi Tersingkir, Komen ‘Maskulin’ & Cabaran Lagu Siti Minggu Depan

Markah undian peminat sekali lagi menjadi faktor penentu kepada siapakah peserta yang meninggalkan program nyanyian Big Stage pada minggu ini.
Jika pada minggu lalu, Lia Aziz menjadi peserta kedua tersingkir akibat kutipan peratusan undian peminat terendah. Pada minggu ini, nasib tidak menyebelahi penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi atas faktor yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN : Undian Rendah Peminat ‘Gagalkan’ Kemaraan Lia Aziz – REMAJA
Biarpun Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafiz Mohd Adzmi mengutip markah yang lebih tinggi (62.6 markah) berbanding Megat Rahim pada tangga terakhir (54.4), namun peminat yang setia memberikan sokongan kepada Megat sehingga membantunya untuk mara ke minggu seterusnya.

Tuah, 24 telah menyampaikan lagu nyanyian asal Tajul dan Afieq Shazwan yang berjudul Malam Semakin Dingin. Biarpun telah mencuba sedaya upaya membawakan lagu tersebut, komen yang diterima daripada panel juri terutamanya juri pedas jemputan minggu ini, Datuk Syafinaz Selamat tidak begitu berpihak kepadanya.
Dalam pada itu, beberapa lagi perkara yang berlaku di Big Stage pada malam ini telah menarik perhatian penonton sehingga mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Antaranya termasuklah ketiadaan hos, Sherry Alhadad yang digantikan oleh Elly Mazlein dan ketiadaan salah seorang pesertanya, Sofia Marrieylla. Tiada alasan atau komen diberikan oleh kedua-dua pihak buat setakat ini namun ramai merasakan ia disebabkan faktor kesihatan.
Sambil itu, komen yang diberikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza peserta, Daniel Chuer pada malam ini agar tampil lebih maskulin sewaktu membuat persembahan juga telah mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet.

Ramai yang tidak begitu menyenangi apabila komen tersebut hadir daripada seorang juri sewaktu program bersiaran langsung. Begitupun, Daniel masih memperolehi markah yang tinggi daripada panel juri sehingga membolehkannya menduduki tiga tangga teratas minggu ini.
Bercakap mengenai Datuk Seri Siti, beliau juga pastinya tidak sabar menantikan konsert kelima Big Stage kelak apabila lapan peserta yang tinggal akan membawakan lagu-lagu hit nyanyian beliau. Antara lagu yang diumumkan oleh Ajai sewaktu konsert malam termasuklah Ku Milikmu, Purnama Merindu, Cindai dan Antara Permana.
Siapa yang tidak sabar menantikannya, kenalah pastikan korang menonton Big Stage pada hari Ahad hadapan hadapan.
Ihan Foto : Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekas Isteri & Anak Perempuan Fizo Omar Disahkan Positif COVID-19

Pelakon lelaki Fizo Omar sebentar tadi telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya mengatakan bahawa anak perempuanya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar telah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini seang menerima rawatan di hospital.
Jelas Fizo, mereka berada dalam keadaan stabil dan dia sudah pun menjalani ujian swab pada 2 Januari 2021 dan keputusannya adalah negatif.
Finalis Hero Remaja 2007/2008 ini juga menasihati kepada semua masyarakat supaya jangan mengambil mudah dengan virus pandemik ini dan patuhilah segala SOP yang ditetapkan kerana ia akan memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga.
Beliau juga meluahkan rasa penghargaan kepada semua yang menitipkan doa dan berharap agar Maryam dan Mawar cepat sembuh.
Rakan selebriti dan pengikutnya di IG turut mendoakan agar anak dan bekas isteri Fizo cepat sembuh.
Kes positif COVID-19 nampaknya terus menular di negara kita dan diharap agar korang semua lebih berwaspada dan mematuhi SOP dengan menjaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Remaja mendoakan agar Mawar dan Maryam baik-baik sahaja dan semoga Fizo Omar kuat menghadapi ujian ini.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Ning Baizura Tak Kisah Markah Dipotong Kerana Nyanyi Lagu Sendiri, Sahut Cabaran Minggu Ketiga Bawa Genre Rock

Penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim ke-11, Ning Baizura menyatakan bahwa beliau berpuas hati dengan persembahannya dan tidak terlalu kisah jika markah yang diberikan juri terpaksa dipotong kerana membawakan lagu sendiri.
Menurut pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu, pada persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, Ahad semalam. Ning lebih terkenang mengenai perjalanan kerjayanya sebagai anak seni selama 30 tahun ini.
Pada masa yang sama, beliau terkenang akan pengorbanan ibunya yang terpaksa berpencen awal sebagai seorang guru demi menguruskan dirinya seorang diri selepas pemergian bapa tercinta.

“Walaupun Datuk Syafinaz minta untuk ‘control’ tapi saya berpuas hati dengan persembahan tadi dan tak kisah dengan pemarkahan sebab tadi saya lebih teringat dugaan perjalanan saya dari bawah sehingga hari ini”
“Macam-macam dah jadi, pernah juga kena tipu dengan ‘manager’ sebab iyalah kita orang jalanan bukan orang kayangan. Jadi, perasaan itu banyak bermain tadi tapi saya cuba untuk ‘chill and relax’,” ujarnya ketika ditemui media selepas persembahan #GV11.
“Cuma dihujung lagu saya tidak dapat menahan sebab perasaan dah lama tak nyanyi lagu ini tetapi kena nyanyi balik itu lain macam. Alhamdulillah, saya terharu bila satu dewan ikut nyanyi sama jadi saya naik bulu roma,” jelas Ning penuh rasa syukur.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu juga teruja menantikan minggu seterusnya apabila diberikan tugas untuk membawakan lagu bergenre Rock nyanyian asal kumpulan Wings ‘Sejati’ bertemakan ‘Ceritera’ dimana setiap peserta harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
“Rasanya ini masa untuk saya tunjukkan bahawa kita boleh jadi seorang penyanyi yang versatile dan saya mahu lihat sama ada orang boleh terima atau tidak saya nyanyi lagu Sejati,” katanya.
“Ya saya sahut cabaran dan mungkin akan bawa gaya saya tersendiri tanpa merosakkan lagu tersebut. Lagu ini merupakan ‘trademark’ kumpulan Wings dan saya memang minat Awie. Jadi saya tidak akan tukar lagu walaupun diberi pilihan untuk membawakan lagu pilihan sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah Ning, beliau juga menantikan reaksi penonton kerana ini merupakan kali pertama dia bakal mempersembahkan lagu Rock.
“Dua minggu berturut-turut ini saya asyik bekerja tapi inshaAllah, minggu hadapan saya akan all-out sebab saya tiada persembahan lain. Jadi mungkin saya akan minta tip dan masukkan sedikit aura Awie pada persembahan akan datang,” ujarnya.

Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.