Tak semua orang fasih berbahasa Inggeris. Tapi, jangan pula malu untuk belajar kalau tak tahu.
Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang boleh korang download untuk belajar bahasa Inggeris. Tak perlukan wang dan lebih menjimatkan masa, semuanya hanya di hujung jari.
Berikut Remaja senaraikan beberapa aplikasi yang boleh korang rujuk.
Aplikasi ini mempunyai pelbagai feature dengan cara interaktif yang kreatif, merangkumi daripada segi pembelajaran grammar, vocabulary dan conversation.
Kalau bosan nak belajar dengan cara straight foward, aplikasi ini juga menyediakan feature games yang mudah untuk difahami.
Selain itu, korang juga boleh berbincang bersama-sama dengan pengguna Hello English yang lain untuk mengasah lagi kemahiran berbahasa Inggeris yang sudah dipelajari.
Yang paling best untuk aplikasi ini adalah bukan hanya bahasa Inggeris yang korang boleh belajar, tetapi ada juga beberapa bahasa asing seperti Mandarin, Jepun, Rusia dan banyak lagi.
Dengan aplikasi ini, korang boleh belajar dengan lebih mudah dan ia juga turut menyediakan penilaian terhadap pelajaran yang diberikan melalui aplikasi ini. Hebat kan?
Jika korang dah banyak berlatih berbahasa Inggeris, aplikasi ini pula digunakan untuk mendapatkan partner supaya korang boleh lebih kerap practice sesama sendiri. Korang juga akan mendapatkan feedback dari segi pronunciation, grammar hingga pada tahap kelancaran berkomunikasi.
Merupakan salah satu Editor’s Choice di Google Play, aplikasi ini memberikan sijil digital atas kerjasama dengan McGraw-Hill Education. Korang akan diberikan test untuk ditempatkan pada level kemampuan berbahasa Inggeris masing-masing.
Ada lebih 150 pola latihan yang boleh digunakan dalam aplikasi ini untuk melancarkan lagi bahasa Inggeris korang.
Aplikasi ini mengutamakan tentang pembelajaran bahasa Inggeris dengan cepat dan mudah. Ini adalah antara aplikasi lain yang korang boleh download
.Aplikasi ini lebih menitikberatkan tentang latihan berkomunikasi. Selain belajar grammar dan pronunciation, Mango Languages juga memberi ruang untuk korang berlatih setiap hari dengan pengguna apps yang lain. Korang boleh memilih untuk menapis rakan apps mengikut kategori usia, jantina dan negara supaya memudahkan cara berkomunikasi nanti.
Aplikasi ini mempunyai video daripada kehidupan sebenar seperti trailer filem, video muzik, ucapan yang memberikan inspirasi dan banyak lagi. Ia diolah supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran bahasa yang terbaik untuk pengguna.
FluentU juga mempunyai mod pembelajaran yang menyediakan kad imbasan dan latihan daripada video yang ditonton. Dengan car aitu, pengguna tidak akan melupakan perkataan baru selepas habis menonton.
Aplikasi ini membantu pengguna dengan berpandukan situasi biasa yang kita lalui, contohnya seperti bagaimana memulakan perbualan, situasi dalam mesyuarat dan banyak lagi. Setiap topik mempunyai kuiz, latihan dan juga praktis bagi membantu kemahiran berbahasa Inggeris.
Mendapat pengiktirafan Google pada tahu 2017, aplikasi ini dilihat sangat menarik kerana mempunyai video dan permainan berasaskan bahasa Inggeris, di mana cara ini dapat membantu penggunanya menguasai bahasa tersebut dengan pantas.
Terdapat lebih 400 ayat yang disediakan untuk membantu pengguna menguasai bahasa Inggeris. Seperti aplikasi-aplikasi lain, ia juga mempunyai permainan, video dan kamus yang sangat menarik serta mesra pengguna.
Lepas ni tak ada lagi alasan nak malu-malu kalau tak pandai speaking English. Belajar je sendiri dekat rumah dengan menggunakan aplikasi berikut.
Belajar diam-diam, nanti kalau dah pandai terus je cakap ‘omputeh’ dengan kawan-kawan yang lain. Confirm dorang terkejut. Hiks!