Setiap individu menginginkan sepasang baju tidur yang selesa kerana apabila sudah seharian penat bekerja atau melakukan kerja-kerja rumah, sudah tentu mereka inginkan tidur yang nyenyak tanpa gangguan.
Bukan hanya memilih pakaian yang selesa, kebanyakan perempuan juga gemarkan baju tidur yang cantik dan comel. Betul tak?
Nak tidur pun kenalah bergaya. Hiks!
Pilihan baju tidur dengan material yang sesuai adalah perlu diutamakan kerana jika tidak, korang akan berasa tidak selesa dan panas.
Jadi, sekiranya ada yang sedang mencari baju tidur, berikut senarai yang telah dikongsi oleh Iman Abdul Rahim tentang pilihan baju tidur yang korang boleh beli di Shopee.
Paling penting, harganya murah dan berbaloi!
Ads
1. Siapa yang suka warna pink, nah pilihan pyjamas untuk korang. Boleh rujuk chart untuk tahu saiz yang betul.
Tidak dinafikan masyarakat hari ini lebih gemar untuk melakukan pembelian secara dalam talian kerana ia jauh lebih mudah dapat menjimatkan masa dan ada juga barangan yang dijual dengan lebih murah.
Tidak mengira peringkat umur, dari golongan muda hinggalah individu dewasa, kami rasa kebanyakannya memang selesa untuk ‘membeli-belah’ secara online. Duduk saja-saja di rumah pun kita boleh window shopping.
Betul tak?
Antara platform jualan digital yang popular dikalangan masyarakat adalah Shopee. Pelbagai barangan yang korang boleh beli disitu, seperti barangan rumah, pakaian, minyak wangi, makanan dan macam-macam lagi.
Mahunya tak rambang mata setiap kali korang buka aplikasi Shopee tu kerana ada pelbagai barangan yang dijual daripada seller berbeza.
Untuk memudahkan urusan pencarian bagi mendapatkan barang terbaik dan menarik, berikut kami senaraikan antara perkongsian yang telah dibuat oleh Hanan Mikhael Azman tentang seller Shopee yang mempunyai ramai followers.
Bila dah ramai followers, maksudnya mesti kedai itu banyak menjual barangan yang best, rating yang tinggi dan memiliki servis yang bagus kan?
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam.
Gelaran baharu itu ke atas isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail itu diumumkan menerusi Jumaah Majlis DiRaja yang berkuatkuasa 31 Disember lalu.
“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
“Dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam atau versi Inggeris, ‘Her Highness Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam’,” titah Baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi semalam.
Terdahulu, pada 23 Mac 2021, Che’ Puan Mahkota Khaleeda menerima gelaran Che’ Puan Besar daripada Sultan Ibrahim.
Che’ Puan Mahkota Khaleeda dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 selamat diijab kabul dengan Tunku Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.
Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua puteri dan dua putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara kita sebenarnya banyak mengeluarkan jenama barangan tempatan yang berkualiti tinggi sehingga dianggap ia adalah jenama luar negara oleh masyarakat.
Malah, jenama buatan Malaysia ini juga turut terkenal di serata dunia.
Berikut adalah antara 5 jenama barangan buatan Malaysia yang terkenal di luar negara dan sering disalah anggap oleh masyarakat tempatan bahawa ia adalah jenama antarabangsa.
Kami pasti ada yang pernah menganggap Bonia merupakan jenama antarabangsa kerana barangan yang dijual adalah premium dan berkualiti tinggi. Tapi sebenarnya ia merupakan barangan buatan Malaysia yang dinamakan inspirasi daripada pereka Itali.
Kalau dengar nama Ogawa bunyinya macam datang dari Jepun kan? Hiks! Jenama Ogawa juga terkenal di peringkat antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian.
Mister Potato adalah sebahagian produk Mamee yang juga merupakan jenama dari Malaysia. Mister Potato kini boleh didapati di lebih daripada 80 buah negara termasuklah Australia, Singapura, Rusia, Belanda, Maldives dan Timur Tengah.
Dilancarkan pada tahun 1997 oleh Datuk Lewre Lew dan jenama ini juga telah mendapat tempat di seluruh dunia. Lewre sering kali menjadi jenama pilihan bagi kerabat diraja dan selebriti di Malaysia.
Satu lagi produk jenama buatan Malaysia yang mungkin ramai menganggap ia keluaran dari Jepun. Yokohama mengeluarkan produk bateri motorsikal, kereta dan serbaguna serta produk bateri Yokohama ini dieksport ke 36 buah negara luar.
Hebat bukan negara kita sebenarnya banyak menghasilkan barangan yang berkualiti dan popular di peringkat antarabangsa. Jadi, tak salahlah sekiranya kita menyokong barangan buatan Malaysia kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...