10 Basikal Termahal Dunia, Ada Mencecah Harga RM 2.13 Juta

Share

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan, dapat dilihat acara berbasikal secara berkumpulan seakan menjadi trend di negara kita. Baik pada hari biasa mahu pun hujung minggu, dilihat ramai berbasikal menuju ke beberapa destinasi pilihan. Bukan saja baik untuk kesihatan namun berbasikal juga lebih mesra alam selain menyambung silaturahim.

Dalam membeli basikal ramai pengguna memilih kerangka diperbuat daripada gentian fiber kerana ia lebih ringan dan boleh mencapai kelajuan maksimum ketika mengayuh. Tapi harga ditawarkan juga boleh tahan seperti sebuah basikal yang baru dikeluarkan oleh syarikat automotive terkemuka Jerman, Mercedes Benz dengan harga RM27,000 dan lebih penting ada lambang Petronas di basikal tersebut.

**media[]**

Ia diperbuat dari carbon fibre oleh sekumpulan jurutera yang sama mereka kereta luma Formula One Mercedes. Korang ada cadangan nak beli tak?

Dipetik dari Axello.net, kami senaraikan 10 basikal termahal dunia dan ada harga yang mencecah RM2.13 juta ringgit ya. Kalau semahal ini rasa sayang pula nak kayuhkan. Takut berenti minum cendol tepi kelapa sawit, habis basikal kena sapu, hahaha.

1.Trek Butterfly Madone (USD500,000 bersamaan RM2.13 juta)
Disebabkan ia pernah dikayuh oleh juara dunia, Lance Armstrong pada Tour De France 2009, basikal ini mencecah harga RM2.13 juta. Walau berjaya dijual sebegitu mahal tetapi penciptaan basikal ini oleh pereka Damien Hirst mendapat protes dari Organisasi Perlindungan Haiwan iaitu People For The Ethical Treatment Of Animals (PETA) yang berkata tindakannya meletakkan sayap kupu-kupu asli pada bingkai konkrit dan setiap sisi basikal sangat biadap.


2. Trek Yoshimoto Nara: USD 200,000 / RM853,000

Sekali lagi basikal yang digunakan oleh Lance Armstrong dalam satu perlumbaan Tour De France peringkat ke 18 berjaya dijual agak tinggi dalam satu jualan lelongan amal.
Kali ia melibatkan Trek Yoshimoro Nara yang mempunyai warna asas kuning terang. Artis Yoshmito Nara menghiasnya dengan tema kartun kanak-kanak dan logo Livestrong.

3. Trek Madone : USD160,000 / RM682,000

Nampaknya setiap basikal yang mendapat sentuhan juara dunia Lance Armstrong akan dibida tinggi dalam apa juga biadaan amal dibuat. Kali ini melibatkan Trek Madone yang berwarna kuning dan hitam. Ia dijual pada harga USD160,000 pada satu acara lelongan.

4. Auramania Crystal Edition Gold Bike: USD114,000 / RM486,000
Basikal ini dihasilkan oleh syarikat dari Perancis. Basikal itu dipasarkan dengan harga jualan USD114,000. Kelebihan basikal terletak pada bingkai, roda dan batang kristal berlapis emas dan kristal Swarovski. Handle dan tempat duduk diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi dan lencana kulit di bahagian depan basikal memaparkan nombor edisi terhad.

5. Trek Madone Diamond 7: USD75,000 /RM319,000
Basikal ini dilelong di Lala Armstrong Foundation pada acara tahunan di New York pada tahun 2005 dan dijual pada harga USD75,000.
Basikal ini dilengkapi dengan lambang Diamond 7 yang digabungkan dengan berlian yang luar biasa. Selain itu, terdapat plak Diamond 7 dengan emas kuning 14 karat dan emas putih bertatahkan permata kuning satu karat.

6. Chrome Hearts X Cervelo Mountain Bike: USD60,000 / RM256,000
Cervelo adalah pembuat basikal lumba terkenal dan pihak mereka telah bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal mewah Amerika, Chrome Hearts. Ciri utama basikal ini mempunyai motif Chrome Hearts berwarna perak, tempat duduk kulit, dan karya seni yang menakjubkan.
Menurut Cervelo P4 TT, basikal ini biasanya dijual dengan harga sekitar USD6,000. Tetapi edisi khas ini telah mencecah USD60,000 kerana diperbuat daripada banyak peralatan yang eksklusif dan mahal.



7. Montante Luxury Gold Collection: USD46,000 / RM196,000
Basikal wanita ini mempunyai reka bentuk dan tempat duduk disalut dengan kulit ular sawa. Bahan berharga yang terdapat di dalam basikal menaikkan harganya menjadi USD46,000. Namun pembuatan basikal ini menerima kontroversi kerana menggunakan kulit ular sawa.

8. eRockit’s Electric Assist Bicycle: USD44,000 /RM188,000
Kalau rasa penat mengayuh, boleh dapatkan eRockit’s Electric Assist Bicycle. Tapi harganya boleh beli sebiji pangsapuri di luar Kuala Lumpur, hikz. Ini kerana basikal ini mempunyai ciri tambahan iaitu motor yang dapat bertahan sehingga 10 tahun ataupun 50,000 kilometer. Basikal moden ini sesuai untuk penunggang basikal yang tidak mahu mengayuh sepanjang masa. Walaupun kebanyakan e-basikal menjual produk mereka dengan harga antara USD1,000 dan USD 5,000, namun harga untuk eRockit ini sangat mahal iaitu USD44,000.
Ianya berbentuk hibrid. Apabila korang mengayuhnya, ianya akan mengecas motor dan bateri.

9. Blade Litespeed: USD40,788 / RM183,859
Basikal inovatif ini menawarkan ekslusiviti dan kualiti yang tinggi. Basikal ini adalah hasil kerjasama antara Litespeed dan Merlin pada akhir 1980-an. Jenama basikal Eropah yang terkenal seperti Eddy Merckx telah memasarkan basikal ini.



10. ‘Bicyclettes de Luxe’ Phanuel Krencker: USD34,425 / RM146,736
Selain gentian karbon dan krom, basikal ini juga terdiri daripada bingkai khas yang dibuat oleh Cyfac. Basikal ini mempunyai penampilan berkilat dan reflektif cat krom. Ia juga dilengkapi dengan brek cakera belakang dan depan. Basikal yang menarik ini adalah gabungan reka bentuk kreatif dan bahagian luar .
Sumber : Axello.net / Rujukan OKEZONE

Published by
Almaswa Haji Che Ros