Hollywood dianggap sebagai industri filem tertua di mana studio filem dan syarikat produksi terawal muncul, ia juga merupakan tempat kelahiran pelbagai bintang popular dunia.
Walaupun era digital telah merubah beberapa langskap industri, namun industri perfileman masih lagi mempunyai tempat di hati para peminatnya yang tersendiri. Saban tahun kutipan filem mencecah taraf Box Office untuk filem-filem tertentu dan semakin bertambah kutipannya jika sesebuah filem itu mempunyai pelakon yang bertaraf A.
Sudah tentu la bayaran yang diterima oleh pelakon juga berdasarkan sambutan filem yang dilakonkan dan diterima oleh orang ramai. Disini kami senaraikan 10 artis yang dibayar dengan begitu lumayan:
10. Jackie Chan
Sudah lama berkecimpung di dunia filem, jadi tak hairan lah kalau bayarannya mencapai 40 juta Dollar
9. Adam Sandler
Sering muncul di Netflix. Bukan main-main, dirinya dibayar 41 juta Dollar untuk satu filem saja, hebat!
8.Will Smith
Ads
Ayah kepada Jaden ini bukan hanya berbakat dalam berlakon, bahkan turut berlibat dalam mengendalikan iklan. Kadar bayarannya dilaporkan sebanyak 44,5 juta Dollar.
7.Lin-Manuel Miranda
Bintang Broadway, Lin-Manuel Miranda mendapat bayaran 45,5 juta Dollar dalam filem In the Heights.
6.Akshay Kumar
Ads
Merupakan satu-satunya bintang Bollywood dalam list ini, Merekod 48,5 juta Dollar, ia juga aktif dalam iklan.
5. Vin Diesel
Walaupun filem terbaru Fast and Furious ditunda, hal itu gak membuat kewangan Vin Diesel terganggu. Bayarannya sampai 54 juta Dollar
4. Ben Affleck
Ads
Ben Affleck dibayar sebanyak 55 juta Dollar, terkini dirinya membintangi The Last Thing He Wanted di Netflix.
3.Mark Wahlberg
Bintang Deepwater Horizon, Mark Wahlberg, dibayar dengan nilai 58 juta Dollar sekali melakonkan watak. Khabarnya kini dia sedang sibuk memproduksi docuseries.
2. Ryan Reynolds
Ryan Reynold kini dikatakan menjadi anak emas Netflix, disebabkan siri Six Underground dan Red Notice. Bayarannya mencapai 71.5 juta Dollar
1. Dwayne Johnson
Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya. Beliau menerima bayaran tertinggi selama dua tahun berturut-turut sebanyak USD 87,5 juta.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang sedar selebriti dari Korea Selatan memang berbakat.
Tak kiralah sama ada berlakon, menyanyi, mengacara, modelling atau menjadi duta produk, semua mereka bolotlah! Namun, dalam diam ramai tak tahu, ada juga di kalangan mereka yang berbakat untuk berbahasa asing. Malah fasih pula tu!
Baru-baru ini, portal DC Inside dan My Celebs telah mengadakan satu polling bertajuk, “Selebriti Siapa Yang Tak Berasal Dari Luar Negeri Tapi Hebat Berbahasa Asing.”
Amboi, panjang benor nama polling-nya. Setelah menerima 6,765 penyertaan daripada netizen, hasil yang diterima amatlah mengejutkan kerana ahli grup Wanna One / NU’EST iaitu Hwang Min Hyun berada di posisi pertama dengan 31.7% undian (2,146 orang).
Min Hyun memang popular sebagai selebriti yang fasih berbahasa Jepun ketika sibuk mempromosikan album NU’EST di Jepun dahulu.
Di tempat kedua pula ialah ketua kumpulan Bangtan Boys (BTS), RM dengan 23.3% undian (1,574 orang). RM fasih berbahasa Inggeris, itupun kerana dia suka menonton siri komedi F.R.I.E.N.D.S.
Manakala, di tempat ketiga ialah pelakon, Kang Dong Won yang gigih cuba berbahasa Inggeris kerana ingin mencuba nasib sebagai pelakon di Hollywood. Dong Won juga dikabarkan akan berlakon dalam filem Hollywood pertamanya, Tsunami LA.
Jadi, di mana kedudukan selebriti seperti Rain dan BOA yang dikatakan pandai berbahasa Inggeris? Jom tengok.
04
Sung Si-kyung
Bahasa Inggeris
05
Seungri Big Bang
Bahasa Inggeris, Mandarin & Bahasa Jepun.
06
Kim Young-chul
Bahasa Inggeris
07
Ryu Jun Yeol
Bahasa Inggeris.
08
BoA
Bahasa Inggeris & Bahasa Jepun.
09
Park Seo Joon
Bahasa Inggeris & Bahasa Sepanyol.
10
Cha Eun Woo (Astro)
Bahasa Inggeris.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan saja masyarakat kita, Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia tentu saja terkenal di seluruh mata dunia dan juga menjadi tempat tumpuan para pelancong. Selain popular dengan makanan yang sedap, Kuala Lumpur juga punya port bergambar terbaik untuk korang merakam foto OOTD.
Kedatangan ambang kemerdekaan pasti dinantikan oleh semua orang. Yelah, bulan inilah kita rasa 'terlebih patriotik dan menghargaan negara Malaysia yang tercinta.
So, jom kita lihat antara beberapa port terbaikyang korang boleh pergi bagi merasai nilai 'kemerdekaan' sendiri!
Tak perlu pergi jauh-jauh, semua ada di sekitar Kuala Lumpur je!
1. DATARAN MERDEKA
Lokasi ini sememangnya popular sebagai tempat perarakan rasmi sambutan Hari Merdeka dan di dataran ini jugalah yang menjadi saksi pada 31 Ogos 1957 di mana bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Korang jangan tak tau, tiang bendera yang ada di Dataran Merdeka ini merupakan tiang bendera yang tertinggi di Malaysia tau!
Destinasi ini cukup sesuai untuk korang bersantai bersama keluarga melihat panorama sekeliling sambil menghayati bagaimana pengorbanan datuk nenek kita dan wira-wira negara dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
2. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Di depan Dataran Merdeka, terdapat sebuah struktur ikonik yang dibina pada tahun 1897 sebagai bangunan pentadbiran ketika era penjajahan British.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang menerapkan konsep seni bina Moghul dan Moor ini mempunyai nilai sejarah yang sangat bernilai untuk dihayati oleh rakyat Malaysia terutama golongan muda.
Pada waktu malam, suasana di sekeliling bangunan ini juga sangat cantik dengan limpahan lampu neon berwarna-warni.
Malah jika malam merdeka di sini juga pernah menjadi lokasi masyarakat pelbagai kaum termasuk pelancong asing untuk melihat pertunjukan bunga api sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan.
3. TUGU NEGARA
Masa kecil-kecil dulu, kita mesti selalu lihat di kaca TV dendangan lagu Negaraku berlatarbelakangkan Tugu Negara, kan?
Asyik tengok dalam TV saja, apa kata kali ini korang berkunjung ke monumen bersejarah ini bersama keluarga atau anak-anak, lokasinya pun bukan jauh sangat, dekat je dengan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Tugu Negara ini merupakan monumen ikonik negara kita yang dibina sebagai simbol penghargaan dan memorial khas untuk para pahlawan yang bertarung nyawa suatu ketika dahulu demi menggenggam sebuah kemerdekaan.
Jika ke sini mungkin korang akan lebih menghargai betapa berharganya erti sebuah kemerdekaan dan keamanan, selepas melihat betapa besar pengorbanan wira-wira negara yang sanggup gugur demi memastikan kita menikmati kebebasan seperti zaman sekarang.
4. MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN
Tak berjiwa merdeka kita sekiranya tidak kenal siapa 'Bapa Kemerdekaan' negara! Dan bagi mengenali personaliti beliau dan jasa-jasa yang disumbangkan, korang wajib melawat ke Memorial Tunku Abdul Rahman ini.
Memorial yang dibuka sejak tahun 1994 ini bertempat di sebuah kawasan yang merangkumi 3 bangunan yang tidaklah terlalu besar, namun padat dengan informasi berbentuk interaktif mengenai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Di sini terdapat juga pameran gambar-gambar lama, kenderaan beliau dari model Cadillac Fleetwood 1959 dan 'Kereta Merdeka' yang digunakan Almarhum Tunku Abdul Rahman ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957!
Jika berkunjung ke sini, korang jangan lepaskan peluang untuk melawat sekali Memorial Tun Hussien Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ketiga kerana ia terletak bersebelahan sahaja.
5. MAKAM PAHLAWAN
Makam Pahlawan adalah sebuah tempat perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara.
Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas persemadian pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka.
Kawasan makam yang unik ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu dalam dan luar. Bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah tujuh yang menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini mempunyai penjuru yang setiap satunya hampir mencecah tanah serta dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar.
Di bahagian luar pula direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada batu marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar berwarna emas.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail yang meninggal dunia pada tahun 1973 menjadi individu pertama yang dikebumikan di sini, disusuli Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Ghafar Baba dan 12 lagi pemimpin negara yang banyak berjasa.
6. MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Muzium PDRM ini hanya terletak di antara Taman Tasik Perdana dan Masjid Negara serta bersebelahan dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Muzium ini menempatkan hampir 2000 jenis artifak dan bahan bersejarah yang umumnya menceritakan zaman perkembangan dan kegemilangan pasukan 'Sang Saka Biru' dalam menumpaskan penjenayah serta pencerobohan komunis suatu ketika dahulu.
Terdapat juga koleksi senjata-senjata yang pernah digunapakai oleh penjenayah sebelum mereka ditewaskan oleh PDRM. Di bahagian luar pula dipamerkan kenderaan dan jentera lama yang pernah digunakan oleh anggota polis untuk menjalankan tugas seperti Kereta Perisai (GMC), Sankey, Ferret Scout Car, Kapal Terbang CESSNA dan juga bot marin PA4.
Pelbagai koleksi pingat keberanian pegawai polis juga boleh korang lihat di sini, yang sedikit sebanyak dapat melahirkan rasa bangga dan lebih menghargai sumbangan pasukan keselamatan dalam memelihara keamanan negara kita selama berdekad lamanya!
7. SKY BRIDGE KLCC
Sebagai anak Malaysia siapa yang tak bangga dengan Menara Berkembar KLCC yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum ini?
Masih kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia sehingga ke hari ini, boleh menjadi alasan terbesar untuk korang melihat sendiri betapa indah dan membangunnya ibu negara Malaysia dari ketinggian aras 86 menara ini.
Kalau ke sini korang berpeluang untuk melawat jambatan atau SkyBridge yang menghubungkan kedua-dua menara berkembar ini yang terletak di tingkat 41 & 42, sebelum korang teruskan pengembaraan ke dek pemerhatian atau Observation Deck yang terletak di aras 86.
Tetapi harus diingatkan ya, lawatan ke SkyBridge KLCC ini adalah terhad dan mempunyai kuota harian untuk pengunjung. Jadi pastikan korang beli tiket online siap-siap atau walk-in di kaunter namun bergantung kepada slot harian yang ditetapkan.
8. MRT STESEN MERDEKA
Kalau korang berjalan-jalan di Kuala Lumpur dengan menaiki pengangkutan awam seperti MRT, jangan lupa untuk singgah ke Stesen Merdeka kerana stesen bawah tanah ini memiliki keistimewaan yang dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan korang!
Stesen bawah tanah ini yang siap pada tahun 2017 telah diberi tema "Kemerdekaan" kerana lokasinya berhampiran lokasi bersejarah Stadium Merdeka di mana Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada British pada 31 Ogos 1957.
Tema ini dapat dilihat melalui beberapa ciri seperti sebuah dinding di aras atas yang mengandungi prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebuah lagi dinding di aras sama yang mengandungi gambaran pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman.
Di aras bawah, setiap tiang sebenarnya dihiasi dengan bendera dan jata setiap negeri di Malaysia.
Jadi kalau ke sini korang jangan lepaskan peluang untuk bergambar Instagram bagi memberi simbolik tanda kecintaan korang kepada Malaysia! SELAMAT HARI MERDEKA KE-63 MALAYSIA!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid terus mencatatkan kejayaan di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Safawi memberikan aksi terbaik ketika menentang pasukan Shandong Luneng bagi 2019 AFC Champions League bulan April tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka. Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi sebanyak 34 peratus, mengalahkan Sembilan lagi calon lain.
Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, Safawi Rasid telah menerima sebanyak 19,933 undian keseluruhan dan Abdulaziz Al Dawsari dari Kelab Al Hilal dikedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.
Penyerang berusia 23 tahun ini khabarnya dilamar kelab Liga Portugal, Portimonense SC dan akan meneruskan kariernya di Eropah.
Apa-apa pun kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Safawi Rasid atas kejayaan yang dimilikinya. Semoga terus sukses dan mengharumkan nama negara.
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...