
Boleh dikatakan apa sahaja yang ditayangkan di dalam k-drama akan menjadi ikutan masyarakat di negara kita.
Hebat penangan k-drama ni!
Tapi melihat kediaman dan susun atur bilik tidur orang Korea ini memang menarik. Simple dan manimalis.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kalau nak rumah cantik, maka perlukan perabot yang banyak dan mahal. Ishh tak perlu dengan konsep Korean ni.
1. Konsep minimalis wajib dengan dinding putih
.
2. Langsir putih dari fabrik nipis yang lutsinar untuk pencahayaan natural
.
3. Tak pakai katil tapi memilih tilam letak dekat lantai
.
4. Cermin panjang menjadikan bilik lebih terang dan lapang
.
5. Hanya guna perabot yang rendah untuk ruang
.
6. Letakkan tilam dekat dengan tingkap
.
7. Rak buku untuk deko koleksi barangan peribadi
.
8. Hiasi dengan lampu untuk aura romantik
.
9. Pilih perabot yang praktikal tanpa reka bentuk atau hiasan menarik
.
10. Jika nak cari idea, rajin-rajin la buka Pinterest. Selamat berdekorasi!
“Nak Anjurkan Debat Atau Forum Di IPTA, Silakan!” Mahasiswa Kini Bebas Di Bawah Dr. Maszlee

Nampaknya, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti kini semakin menjadi kenyataan.
Jika dahulu, amat sukar untuk mana-mana pihak untuk memasuki kawasan Institut Pengajian Tinggi bagi menganjurkan apa-apa jenis aktiviti termasuklah program berilmiah. Namun semalam, Kementerian Pendidikan menggesa semua universiti awam untuk membuka akses masuk kepada orang luar demi tujuan mengembalikan kegemilangan pengalaman belajar.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM iaitu saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selalu menggesa agar pelajar universiti diberikan semula hak dan kebebasan mereka untuk menganjurkan aktiviti. Bukanlah aktiviti yang mengancam kesejahteraan seperti demonstrasi, tetapi aktiviti yang membawa kepada kematangan pelajar berfikir seperti program debat, forum atau wacana.
Menurut laporan Utusan Online semalam, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, naib canselor dan timbalan dikehendaki untuk tidak menghalang sebarang bentuk program ilmiah yang akan dianjurkan oleh mahasiswa.
“Kalau kita hendak jadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka, kita tak boleh letakkan barrier di pintu-pintu masuk universiti, seperti yang dapat dilihat di beberapa buah kampus.
“Kita mahukan suasana universiti Malaysia serupa dengan di universiti terkemuka negara-negara maju seperti Harvard, Oxford dan Cambridge. Mulai hari ini, kita hendak universiti untuk menjadi medan masyarakat menimba ilmu, bertukar idea dan dialog,” kata beliau.
Penulis tertarik dengan penggunaan kata nama masyarakat dan bukannya pelajar saja. Ini bermakna proses pembelajaran tidak seharusnya terhenti selepas seseorang mendapatkan segulung ijazah.
So apa lagi, jom kita laungkan suara mahasiswa dan akademik!
Usah lagi ada sekatan untuk menuntut ilmu.
8 Drama Korea Sepanjang Julai Yang Peminat K-Drama Kena Tonton

Isi Kandungan
ToggleMungkin ramai peminat K-Drama yang dah ternanti-nanti drama apa yang bakal disiarkan sepanjang bulan Julai ini.
Berikut kami senaraikan antara drama-drama menarik Korea yang korang boleh tonton. Bersedialah untuk habiskan weekend korang dengan menonton episod marathon nanti.
Enjoy!
1. Designated Survivor
Tarikh tayangan: 1 Julai 2019
Park Moo-Jin merupakan seorang bekas profesor kimia yang kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Beliau tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik.
Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Hanya Park Moo-Jin pegawai kerajaan tertinggi yang masih hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi harus memegang jawatan sebagai Pdresiden selama 60 hari.
2. Watcher
Tarikh tayangan: 6 Julai 2019
Drama yang bergenre penyiasatan dan thriller ini menceritakan tentang tiga orang lelaki dan seorang wanita yang bergabung dengan unit polis anti-rasuah. Kehidupan Do Chi-Gwang, Kim Young-Koon dan Han Tae-Joo dihancurkan oleh sebuah penganiayaan yang tragis. Mereka telah pun bersama-sama polis untuk membongkar kebenaran tentang siapa dalang disebalik tragedy tersebut.
3. Hotel Del Luna
Tarikh tayangan: 13 Julai 2019
Drama yang berlatarkan sebuah hotel yang mempunyai reka hiasan lama dan menyeramkan terletak di pinggir bandar Seoul. Pelanggan hotel ini terdiri daripada hantu.
Huh, mesti seram!
4. Justice
Tarikh tayangan: 17 Julai 2019
Lee Tae Kyung merupakan seorang peguam yang telah membuat perjanjian dengan “syaitan” untuk menuntut bela ke atas kematian adik perempuannya, dan Son Hyun Joo seorang pemilik syarikat pembinaan yang menjadi jahat demi keluarganya. Kedua-dua mereka bertembung dalam satu konflik penyiasatan kes jenayah VVIP Korea Selatan selepas beberapa pelakon hilang secara misteri.
5. Class of Lies
Tarikh tayangan: 17 Julai 2019
Ki Moo-Hyeok adalah seorang peguam yang sentiasa memenangi kes. Dia hanya mementingkan soal wang dan disebabkan kes pembunuhan di sebuah sekolah menengah yang dikendalikannya, reputasinya musnah sebagai seorang peguam.
Untuk mendapatkan semula nama baiknya, dia menyelinap ke sekolah menengah tersebut dan mula bekerja sebagai guru sementara. Dia cuba untuk mendedahkan rahsia yang dimiliki pelajar.
6. Doctor Detective
Tarikh tayangan: 17 Julai
Do Joong-Eun (Park Jin-Hee) bekerja sebagai doktor perubatan perindustrian. Beliau bekerjasama dengan doktor Heo Min-Ki (Bong Tae-Gyu) untuk mendedahkan kebenaran yang berkaitan dengan kemalangan industri, penyakit dan insiden lain yang berlaku di tapak perindustrian.
7. Doctor John/Doctor Yo Han
Tarikh tayangan: 19 Julai 2019
https://www.youtube.com/watch?v=OPFny3_mGQQ
Drama ini berkisarkan tentang doktor yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan kesakitan. Setiap episod akan memaparkan kesakitan pesakit yang tidak tahu apa puncanya dan doktor-doktor inilah yang akan mencari punca dari mana datangnya sakit tersebut.
Drama ini dibintangi oleh Ji Sung, Lee Se Young, Lee Kyu Hyung
8. When The Devils Call Your Name
Tarikh tayangan: 31 Julai 2019
Ha Rib adalah seorang penulis lagu popular yang kebanyakan ciptaannya memang hit.. Lelaki ini memiliki kekayaan, prestasi dan juga memegang satu rahsia, iaitu bagaimana dia mampu menulis lagu-lagu hit, kerana disebabkan dia telah menjual jiwanya kepada syaitan.
Wah, macam best je
Sumber: kakimuvee
Ellie Suriaty Beri Tempoh Hingga April Kepada Imran Bard Mohon Maaf Secara Bersemuka

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten yang didakwa mencalarkan imejnya.
Ellie berkata, dia memberi dua pilihan kepada Imran, sama ada bersemuka dengannya atau berhadapan dengan tindakan lanjut.
Menurut Ellie, isu ini berkaitan dengan masyarakat dan kesannya adalah buruk kerana dia menerima banyak mesej negatif yang menyakitkan hati.
“Saya tidak akan senyapkan benda ini. Perkara ini ada kaitan dengan masyarakat. Bila nama pempengaruh, dia akan mempengaruhi masyarakat sama ada untuk perkara baik atau buruk.
“Dalam hal saya ini, ia lebih kepada buruk kerana saya banyak terima mesej yang menggelarkan saya sundal, rupa buruk, pelakon sendu dan pelbagai konotasi negatif lain,” katanya.
Ellie juga menambah bahawa Imran sepatutnya bertemu dengannya sebelum bulan puasa, tetapi dia mendakwa berada di kampung.
Oleh itu, Ellie memberikan tempoh sehingga Hari Raya nanti untuk Imran datang berjumpa dengannya. Jika Imran tetap berdegil, Ellie akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang, Ellie berkata bahawa maruahnya yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dengan wang ringgit.
“Selama tiga dekad saya bekerja keras untuk berada di kedudukan hari ini. Reputasi yang dibina selama ini tercalar disebabkan video yang dimuat naiknya itu.
“Berapakah nilai diri yang hendak diletakkan? Takkanlah nilai saya RM200,000, RM500,000 ataupun RM1 juta? Saya adalah anugerah Allah SWT,” ujarnya.
Ellie juga menegaskan bahawa dia ingin melihat sejauh mana tanggungjawab yang akan diambil oleh Imran berkenaan isu ini.
Selain, drama popular Nafsu itu turut menasihatkan Imran mengenai adab untuk memohon maaf, menegaskan bahawa dalam agama Islam, memohon maaf tidak seharusnya dilakukan melalui telefon, sebaliknya perlu dilakukan secara bersemuka dengan orang yang telah kita lukakan hatinya.
“Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam,” tambahnya.
Sebelum ini, Imran telah memohon maaf melalui Instagram Story (IGs) berhubung video TikTok yang dimuat naik dengan kandungan berunsur fitnah terhadap Ellie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.