Harga runcit bagi petrol nampaknya naik lagi dan menjadikan harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel). Ini berikutan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Berikutan daripada harga terkini petrol yang dilaporkan pada Jumaat lalu, mungkin ada diantara kita yang ingin mengambil inisiatif untuk menjimatkan minyak kenderaan.
Jadi apa yang korang boleh buat, cuba tip yang telah dikongsi oleh laman SafetyGear ini.
1. Biarkan enjin kereta sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tidak perlu tekan pedal minyak untuk memanaskan enjin kerana ia hanya akan membazirkan minyak sahaja.
2. Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ia mempunyai wap yang berlebihan. Jika korang mengisi minyak pada waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar daripada tangki minyak.
Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kerugian petrol ‘hilang’ ditelan angin, jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
Ads
Tapi, kalau minyak kereta dah nak habis sangat, janganlah korang tunggu pagi esoknya. Hiks!
3. Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangka dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak kereta. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4. Tayar kereta juga memainkan peranan. Pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
5. Lebih perlahan korang memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
Ads
6. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin sekiranya sedang menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.
7. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Gunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas.
8. Jika korang sudah tahu nak berhenti dimana, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur dan elakkan brek mengejut.
Ads
9. Apabila cuaca sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi), bolehlah matikan aircond kereta. Selain itu, korang juga boleh matikan aircond sekiranya sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
10. Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan korang menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Ada beberapa tip yang biasa kita dengar dan tak kurang juga tip baru yang dipelajari. Jadi, pilihan tetap ditangan korang sama ada ingin cuba tip yang dikongsikan ini atau tidak.
Kebanyakan individu yang berdiet memilih untuk tidak makan nasi dan menggantikan sumber karbohidrat dengan roti. Namun begitu, tidak semua roti yang sesuai dimakan untuk menjaga berat badan, maka korang perlu tahu jenis-jenis roti yang boleh diambil.
Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik adalah ukuran relative bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap gula dalam darah.
Untuk mudah faham, lebih tinggi nilai GI bermaksud lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.
Kalau beli roti, korang boleh semak nilai GI pada kandungan di plastik bungkusan roti, pilih nilai yang paling rendah. Antara roti yang dikatakan paling sesuai untuk berdiet adalah Canadian Purple Wheat 100% WholeGrain daripada Gardenia.
Daripada perkongsian di laman Twitter Twt_Bajet, roti gardenia berwarna ungu ini sangat sukar untuk didapati kerana mempunyai GI yang rendah, iaitu paling terbaik dimakan untuk menjaga kesihatan.
Hal ini telah diperkakui sendiri oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Azmil Azali yang turut mengulang kicau ciapan twitter tersebut dengan menjelaskan bahawa roti inilah yang dia makan setiap pagi selama tiga bulan dan berjaya menurunkan berat badan daripada 75 ke 55 kilogram.
Roti yang aku makan setiap pagi selama 3 bulan. Alhamdulilah berat aku turun dari 75kg kepada 55kg. https://t.co/rYk2JEb5yr
Tambahnya lagi, kalau makan pukul 9 pagi, boleh kenyang sampai pukul 5 ke 6 petang. Antaranya menunya adalah makan tiga keping roti bersama peanut butter dan epal, kemudian lakukan senaman high intensity interval training (HIIT) sahaja.
Azmil turut berkongsi menu dietnya untuk menurunkan berat badan.
Ha, amacam guys rasa tercabar tak? Mungkin selepas ini korang pun boleh memulakan diet dengan mengambil roti ini juga ya.
Sebut sahaja tentang lapangan terbang, mungkin ada yang begitu teruja apabila mengenangkan tempat percutian yang diidamkan, namun ada pula yang seram kerana memikirkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Biasanya, bila sebut tentang percutian menaiki pesawat, perkara yang paling dibenci adalah apabila penerbangan terpaksa ditunda. Maka, berjam-jam lamanya kita terpaksa menunggu untuk penerbangan seterusnya.
Nah, hal ini mungkin tidak menjadi masalah sekiranya lapangan terbang tersebut mempunyai banyak kemudahan untuk mengisi masa lapang. Tahukah korang ada lapangan terbang yang terdapat pawagam didalamnya?
Berikut kami senaraikan antara lima lapangan terbang yang mempunyai kemudahan pawagam.
Changi Airport – Singapura
Mempunyai dua buah pawagam, terletak di Terminal 2 dan Terminal 3 yang memaparkan pelbagai filem terbaharu secara percuma dan beroperasi 24 jam.
Minneapolis-Saint Paul International Airport in Minnesota, USA
Lapangan terbang ini mempunyai pawagam kecil berhampiran pintu C18 yang dikenali sebagai See 18 Film Screening Room beroperasi 24 jam sehari.
Indira Gandhi International – Delhi, India
Sedikit berbeza dengan pawagam yang lain, The iRido 6D Cinema Theatre di Terminal Domestik 1D mempunyai tempat duduk bergerak dan 21 kesan khas yang terdiri daripada simulasi buih dan salji.
Hong Kong International Airport – Hong Kong
UA IMAX Theatre terletak di Terminal 2 (Tingkat 6) dan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.
Portland International Airport in Oregon, USA
Pelancong yang mengunjungi Lapangan Terbang Antarabangsa Portland boleh menonton filem tempatan sementara menunggu penerbangan mereka di pawagam The Hollywood Theatre yang dibuka semula pada 8 November lalu selepas ditutup selama lebih setahun akibat pandemik COVID-19.
Terdahulu, Lapangan Terbang Incheon Korea Selatan juga pernah mempunyai pawagam tetapi kini khabarnya ia sudah pun ditutup.
Ha, menarik bukan jika semua lapangan terbang menyediakan kemudahan ini, sekurangnya sewaktu penerbangan ditunda atau transit bolehlah kita meluangkan masa dengan menonton filem yang ditayangkan.
Korang pernah berpengalaman menonton pawagam di lapangan terbang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Inilah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan pelantikan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi sebagai Menteri Besar terbaru negeri Johor Darul Takzim. Beliau nampaknya mengikut jejak keluarganya yang sebelum ini menyandang jawatan penting dalam kerajan negeri Johor darul Takzim itu.
Lelaki berusia 43 tahun ini yang menang sebagai ahli dewan undangan negeri Machap di pilihan raya negeri Johor dengan kelebihan majoriti undi 6,543 undian telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kira-kira jam tiga petang tadi.
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan graduan dalam bidang perakaunan dari University of Hertfordshire, United Kingdom, Onn Hafiz sebelum ini pernah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor serta aktif dalam Gerakan aktiviti untuk generasi muda.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, politik dan Onn Hafiz bukanlah perkara asing. Tidak keterlaluan penulis katakan yang perkara ini sudah mengalir dalam darahnya.
Beliau merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan ini menjadikannya sebagai anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Moyangnya pula merupakan presiden pertama Parti UMNO dan Menteri Besar Johor yang ketujuh, Onn Jaafar. Manakala buyutnya pula, Jaafar Muhammad merupakan Menteri Besar Kesultanan Johor Moden yang pertama.
Selamat maju jaya REMAJA kepada Datuk Onn Hafiz!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...