Harga runcit bagi petrol nampaknya naik lagi dan menjadikan harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel). Ini berikutan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Berikutan daripada harga terkini petrol yang dilaporkan pada Jumaat lalu, mungkin ada diantara kita yang ingin mengambil inisiatif untuk menjimatkan minyak kenderaan.
Jadi apa yang korang boleh buat, cuba tip yang telah dikongsi oleh laman SafetyGear ini.
1. Biarkan enjin kereta sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tidak perlu tekan pedal minyak untuk memanaskan enjin kerana ia hanya akan membazirkan minyak sahaja.
2. Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ia mempunyai wap yang berlebihan. Jika korang mengisi minyak pada waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar daripada tangki minyak.
Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kerugian petrol ‘hilang’ ditelan angin, jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
Tapi, kalau minyak kereta dah nak habis sangat, janganlah korang tunggu pagi esoknya. Hiks!
3. Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangka dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak kereta. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4. Tayar kereta juga memainkan peranan. Pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
5. Lebih perlahan korang memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
6. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin sekiranya sedang menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.
7. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Gunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas.
8. Jika korang sudah tahu nak berhenti dimana, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur dan elakkan brek mengejut.
9. Apabila cuaca sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi), bolehlah matikan aircond kereta. Selain itu, korang juga boleh matikan aircond sekiranya sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
10. Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan korang menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Ada beberapa tip yang biasa kita dengar dan tak kurang juga tip baru yang dipelajari. Jadi, pilihan tetap ditangan korang sama ada ingin cuba tip yang dikongsikan ini atau tidak.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Berita Harian, SafetyGear