Siapa sangka cerita-cerita hebat di Netflix ini rupanya adaptasi daripada novel!
Bagi penulis, tahun 2020 nyata tak mengecewakan pelanggan platform penstriman video atas talian, Netflix. Banyak drama dan cerita yang pasti buat korang kagum dan minati! Lihat 10 drama adaptasi dari novel di Netflix pilihan REMAJA ini.
1. You
Adaptasi: Novel karya Caroline Kepnes dengan judul sama
Seorang penjual buku di kota New York (merangkap pembunuh bersiri) telah jatuh cinta dengan seorang pelanggan. Namun rasa cinta itu bertukar jadi obsesi yang berbahaya.
2. Hold the Dark
Adaptasi: Novel karya William Giraldi dengan judul sama
Seorang penulis yang mengkaji kelakuan semla jadi serigala telah mengembara ke sebuah perkampungan kecil di Alaska. Penduduk kampung tersebut sedang memburu beberapa ekor serigala yang dipercayai telah membaham tiga orang kanak-kanak. Penulis itu mendapati dia terperangkap di tengah-tengah misteri yang menakutkan.
3. The Fundamentals of Caring
Adaptasi: Novel The Revised Fundamentals of Caregiving karya Jonathan Evison
Seorang penulis pencen cuba mengatasi masalah peribadinya dengan mengambil upah sebagai penjaga/pengasuh kepada seorang remaja kelainan upaya yang amat berminat dengan tempat-tempat menarik di Amerika. Jadi mereka buat ‘road trip’ dan mula memahami erti kehidupan sepanjang perjalanan itu.
4. To All the Boys I’ve Loved Before
Adaptasi: Novel karya Jenny Han dengan judul sama
Lara Jean, seorang gadis pemalu di sekolah tinggi tidak tahu mahu letak di mana mukanya apabila surat-surat cinta yang ditulisnya (tanpa niat untuk menghantar) telah dihantar kepada lima jejaka yang diminatinya dalam diam. Siapakah pengirim misteri surat-surat itu? Semuanya terjawab dalam movie ini.
5. To All the Boys: P.S. I Still Love You
Adaptasi: Novel karya Jenny Han dengan judul sama
Merupakan sekuel kepada To All the Boys I’ve Loved Before, kejutan belum habis lagi apabila salah seorang penerima surat cinta Lara Jean muncul semula dalam hidupnya.
6. The Ghost Bride
Adaptasi: Novel karya Yangsze Choo dengan judul sama
Belatarkan era 1890-an di Melaka, seorang gadis peranakan Cina ditawarkan untuk menjadi ‘pengantin hantu’ bagi sebuah keluarga kaya sebagai solusi penyelesaian masalah hutang. Si gadis telah memasuki alam kubur demi mencari jawapan kepada sebuah misteri gelap yang melingkari dua keluarga besar.
P.S: Novelnya sangat best, I tell you.
7. The Haunting of Hill House
Adaptasi: Novel karya Shirley Jackson dengan judul sama
Sebuah keluarga yang berantakan mengalami trauma selepas tinggal di sebuah rumah agam. Gangguan itu tetap menghantui mereka walaupun selepas berpindah rumah.
8. The Boy Who Harnessed the Wind
Adaptasi: Novel karya William Kamkwamba dan Bryan Mealer
Seorang kanak-kanak lelaki dari keluarga miskin merancang untuk selamatkan kampungnya daripada kemarau dengan membina kincir angin. Namun projek itu berdepan dengan halangan kerana kemelut keluarga.
9. The Last Thing He Wanted
Adaptasi: Novel karya Joan Didion dengan judul sama
Seorang wartawan berpengalaman telah terheret ke dalam sebuah dunia konspirasi dan korupsi berpusat daripada ayahnya yang sedang tenat.
10. The Willoughbys
Adaptasi: Novel karya Lois Lowry dengan judul sama
Empat beradik telah menghantar ibu bapa mereka yang mementingkan diri dan mengabaikan mereka ke sebuah percutian palsu yang direka sendiri dengan harapan mereka tak balik ke rumah lagi.
Menarik kan?
So sekarang tak payah nak baca-baca buku dan novel, mudah kita tonton je cerita ni di netflix.