Beberapa hari lalu, Apple telah pun melancarkan iOS 14 dengan memperkenalkan 10 ciri terbaharu yang bakal digunakan secara rasmi untuk iPhone 12 dan beberapa generasi iPhone terdahulu.
iPhone 6S, 6S Plus dan iPhone SE Generasi Pertama akan mendapat kemas kini sistem operasi berkenaan diikuti iPhone 7 serta iPhone 7 Plus. Pengguna peranti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X sehingga kepada iPhone SE Generasi kedua akan mendapat kemas kini berkenaan apabila ia dilancarkan secara meluas.
Namun begitu, ramai yang berpendapat sejumlah ciri baharu yang diperkenalkan oleh Apple sebenarnya telah lama wujud di dalam sistem operasi Android.
Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 14 yang dikatakan hampir sama dengan sistem Android.
Fungsi -in-picture (PIP) adalah ciri baru yang disediakan oleh Apple ke dalam versi iOS 14. Pengguna boleh membuka dua aplikasi sekaligus. Sebagai contoh, korang boleh menonton video dan menggunakan aplikasi lain pada waktu yang sama, di mana video tersebut berubah menjadi kecil dan anda boleh meleretnya ke mana-mana sudut mengikut keselesaan.
Tetapi, kalau korang pengguna Android, anda pasti sudah terbiasa dengan fungsi ini. Fungsi ini telah diperkenalkan secara terbina sejak Android Oreo yang dilancarkan hampir tiga tahun yang lalu.
Apple menambah fungsi App Library dimana ia dilihat sebagai jawapan pihak mereka untuk talam aplikasi yang ada pada peranti Android. Jika diperhati, ia dilihat menggunakan idea asas yang sama dengan talam aplikasi pada peranti Android tetapi diperkembangkan. Melalui fungsi ini, aplikasi akan dikumpulkan secara automatik mengikut kategori dalam satu folder khas. Folder khas untuk aplikasi yang baru dimuat turun, yang kerap digunakan, media sosial, penstriman dan banyak lagi.
Daripada hasil tinjauan amanz.my, didapati ciri ini mirip seperti yang disokong pada talam aplikasi Poco Launcher pada Poco F1 berasaskan Android 8.1 Oreo dua tahun yang lalu. Ciri yang sama turut boleh ditemui pada pelancar Lawnchair tetapi perlu dilakukan secara manual.
App Clips diaktifkan menerusi imbasan kod QR atau sentuhan NFC sahaja. Demo yang diperlihatkan menunjukkan App Clips digunakan untuk menyewa skuter elektrik dengan pantas tanpa pengguna perlu memasang aplikasi terlebih dahulu. Ciri App Clips adalah sama seperti Instant Apps yang diperkenalkan oleh Google pada tahun 2016 tetapi implementasinya masih belum dapat dilihat secara meluas sehingga hari ini.
Sebelum ini widget yang disokong sejak iOS 8 pada iPhone dan iPad hanya dipaparkan pada Notification Center. Kini pengguna bebas meletakkan widget di mana-mana skrin yang diingini. Akhirnya pada tahun 2020, iOS mengikuti sistem widget yang telah disokong sejak Android 1.0 lagi.
Apple juga membuat peningkatan utama pada iOS 14 dengan memperkenalkan fungsi Wind Down Mode yang direka khas untuk memastikan pengguna mendapatkan tidur yang cukup. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan waktu tidur dan bangun mengikut masa yang diinginkan dan peranti akan mengaktifkan mod ‘Do not disturb’ secara automatik.
Ia akan kembali ke mod normal pada waktu pagi ketika pengguna bangun daripada tidur. Difahamkan, terdapat juga pilihan akses pintas untuk meditasi dan bermain muzik yang santai pada fungsi ini.
fungsi ini kelihatan sama dengan fungsi Bedtime Mode menerusi tetapan Digital Wellbeing pada peranti Android sejak 2018. Yang menarik di sini ialah sebelum menggunakan nama Bedtime Mode, ia menggunakan nama Wind Down, dengan kata lain bukan sahaja ciri tetapi namanya juga dipinjam Apple dari Android, Fungsi yang disertakan Bedtime Mode juga lebih pelbagai seperti kemampuan menukar skrin ke monokrom bagi memaksa lagi anda untuk tidur.
Translate App membolehkan pengguna boleh membuat terjemahan bahasa melalui percakapan dengan mudah. Ia boleh mendengar perbualan dan terus memberikan alih bahasa secara bertulis atau sebaliknya. Ia sama seperti fungsi yang ditawarkan pada Google Translate.
Tetapi Android dilihat lebih setapak ke hadapan kerana telah menawarkan 108 bahasa. berbanding 11 bahasa sahaja di Translate App buat masa ini. Google Translate sudah wujud sejak 2006 dengan aplikasi telefon pintarnya dilancarkan pula pada tahun 2011.
Apple juga telah mengemaskini untuk paparan notifikasi panggilan masuk dengan saiz yang lebih kecil pada bahagian atas skrin. JSebelum ini, pengguna iPhone akan berhadapan dengan paparan penuh skrin, sekaligus mengganggu pengalaman penggunaan ketika melayari web.
Paparan notifikasi yang bersaiz kecil ini telah disokong pada Android sejak 2014 menerusi Android 5 Lollipop yang diberi nama Heads Up Notification.
Apabila diseru, sebuah ikon Siri beranimasi akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin yang tidak lagi menutup keseluruhan skrin. Sekiranya pertanyaan diberikan, sebuah skrin kecil pop naik akan memaparkan maklumat yang relevan sekali lagi tidak menutup keseluruhan skrin peranti.
Sekali lagi antaramuka pembantu maya yang lebih kompak ini dipinjam dari Google Assistant yang dilancarkan pada tahun 2016 bagi menggantikan Google Now menerusi Google Pixel. Ia kemudiannya diberikan kepada kesemua peranti Android 6.0 Marshmellow dan ke atas yang menyokong GMS.
Di iOS 14, Apple akhirnya membenarkan pengguna menukar aplikasi lalai (default) pelayar web dan emel. Selepas 14 iterasi perisian akhirnya ia diberikan sedangkan telah diminta oleh pengguna iOS sejak sekurang-kurangnya 12 tahun yang lalu. Di Android pengguna bebas mengubah aplikasi lalai mereka sejak Android 2.2 Froyo sedekad yang lalu.
Ia adalah ciri yang amat-amat diperlukan kerana setakat ini sebanyak 3304 emoji telah diluluskan oleh Unicode. Angka ini akan bertambah setiap tahun sehingga sukar untuk mengikuti perkembangan. Selama ini di iOS pengguna perlu melakukan carian emoji secara manual. Dengan kotak carian emoji terbina, pengguna iOS 14 dapat mencari emoji paling sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
Bagaimana pula dengan Android? Ciri ini telah disokong di papan kekunci Gboard sejak 2016 dan boleh digunakan peranti Android 4.4 dan ke atas. Gboard lebih maju boleh melakukan carian emoji dan GIF beranimasi serentak.
Walau bagaimanapun, perbandingan ini bukanlah untuk melaga-lagakan pengguna Android mahu pun iOS. Hiks! Ia adalah sebagai info yang mungkin ramai ingin tahu, lebih-lebih lagi kepada pengguna Apple yang bakal menggunakan sistem iOS 14 ini.
Apa-apa pun, sama ada menggunakan iOS atau pun Android, pilihan tetap ditangan korang.
Sumber: amanz.my