
Sejak diperkenalkan pada tahun 1985, pertandingan Pencarian DEWI REMAJA telah melahirkan ramai bakat-bakat dan penggiat industri seni tanah air.
Malah tidak keterlaluan jika REMAJA katakan bahawa DEWI REMAJA merupakan antara platform terbaik yang telah terbukti digunakan oleh selebriti popular dari dahulu hingga sekarang.
Tapi mungkin korang tak tahu sebenarnya ramai nama-nama besar dalam industri seni tanah air sebenarnya lahir dari pertandingan DEWI REMAJA.
Sejauh manakah korang mengenali bekas-bekas DEWI REMAJA ini? Jom check this out!
Aween Kongsi Pengalaman Berdepan Gangguan Pelik & Bukan-Bukan Di Media Sosial

Lumrah bagi seseorang yang semakin dikenali di laman media sosial pastinya akan muncul pelbagai jenis gangguan daripada orang yang tidak dikenali.
Gangguan itu pula boleh muncul dalam bentuk sama ada gangguan biasa yang kononnya dianggap sabagai gurauan, gangguan privasi dan paling teruk gangguan seksual.
Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Aween atau nama sebenarnya Nik Nor Farzuwin Nik Ismail juga tidak terlepas daripada mengalami gangguan di laman media sosial. Apatah lagi dirinya akan semakin dikenali selepas memasuki pertandingan ini.
Gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Kelantan ini berkongsi tentang perkara tersebut kepada REMAJA menerusi temu bual ringkas kami bersamanya menerusi panggilan telefon.
“Saya dahulu lebih banyak aktif di Facebook. Dan di laman media sosial tersebut saya dapat banyak private message yang bukan-bukan.
“Kebanyakannya daripada akaun Facebook fake yang tidak menggunakan nama sendiri. Tapi sekarang selepas saya berjaya menjadi Finalis Pencarian Dewi Remaja semakin banyak pula gangguan bukan sahaja di Facebook tetapi di Instagram,” jelasnya.
Jenis-jenis gangguan yang dialami oleh Aween juga datang dalam pelbagai bentuk dan lebih menakutkan ada yang berani menghantar foto-foto yang bukan-bukan serta mesej berbaur lucah kepadnya.
View this post on Instagram
Oh maaf sis terlebih nganga pagi pagi ni ? .
A post shared by NIK NOR FARZUWIN BT NIK ISMAIL (@aweenismail) on
“Kalau di Instagram tu memang banyak sangat direct message yang ada dalam inbox tapi saya tak buka. Sebab kalau dah nampak macam bukan-bukan memang saya akan ignore sahaja.
“Setakat ini saya ambil langkah untuk tidak mempedulikan sangat dengan gangguan online seperti ini. Mungkin ada orang anggap ia tidak berapa serius tetapi bagi saya perkara ini lambat-laun perlu diketengahkan dan diberikan perhatian”.
Jelasnya lagi dia tidak mahu perkara-perkara yang tidak penting seperti ini mengganggu konsentrasinya untuk memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan Dewi Remaja.
Pengalaman Aween bekerja sebagai seorang perunding kecantikan di Hannan Medispa Shah Alam digunakan sebaiknya untuk mempraktikkan corak dan cara berkomunkasi yang sesuai sama ada di dalam dunia sebenar atau secara talian.
Aween juga merupakan salah seorang daripada dua finalis berhijab di dalam pertandingan ini dan dia ingin membuktikan bahawa gadis sepertinya mampu menyahut cabaran melakukan pelbagai tugasan tidak kiralah sama ada yang melibatkan tugasan fizikal, mental dan juga yang meguji kekuatan jati diri.
Kepada korang yang tak tahu, Aween juga merupakan seorang pesilat yang memegang tali pinggang hitam. Jadi jangan main-main dan ganggu dia sembarangan ya! Sekali dia buka pencak silat silap haribulan boleh melintuk-riuk korang dikerjakan.
Kami di team REMAJA mengucapkan good luck and all the best kepada Aween!
Dewi Remaja 2019 Pentingkan Pengetahuan Peserta, Adakah 4 Peserta Ini Bijak?

Sekali pun tersenarai dalam Top 20 dari ratusan gadis yang hadir ke sesi uji bakat namun ia bukan jaminan untuk melangkah ke Top 12 sekaligus layak dinobatkan sebagai Dewi Remaja Edisi ke 11 selepas Raysha Rizrose memenanginya dua tahun lalu.
Dewi Remaja 2019 yang pernah terpalit dengan kontroversi ekoran penarikan crown yang diberikan kepada juara terdahulu, Haneesya Hanee menyaksikan tahun ini sekali lagi penganjuran diadakan bagi menobatkan Dewi Remaja terbaru.
Untuk tahun ini, Dewi Remaja menampilkan Amelia Henderson sebagai pengacara manakala Scha Al Yahya dan Yusri Abdul Halim terpilih sebagai juri tetap.
Manakala rakan penaja rasmi Dewi Remaja tahun ini terdiri dari redONE sebagai rakan telekomunikasi yang sudah dua tahun berturut-turut menjadi penaja dan Nuvit mewakili Y.S.P Industries selaku penaja bersama. Berbeza dengan pertandingan sebelum ini, menariknya tahun ini kesemua top 12 akan disatukan di villa, BCB Hometree Broadleaf Residence sepanjang pertandingan. Terima kasih juga kepada penaja set dekorasi bagi Dewi Remaja 2019 iaitu Dato’ Paduka Faradila Mohd Yusoff daripada FA & The Designers.
Selepas empat nama diketahui, kini senarai seterusnya diketahui.
Pramugari buktikan minat dalam dunia seni
Top 12 kali ini turut menyaksikan Nur Saidah Syahirah Kamarudin dan mesra disapa Saidah yang kini bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tanahair terpilih sebagai calon yang kelima.
Pernah melanjutkan pelajaran di peringkat asasi sains di UiTM, gadis kelahiran Selangor ini ingin aktif dalam bidang seni dan kerana itulah beliau memilih untuk memasuki pertandingan ini.
Pelajar di BPP University Birmingham UK
Tahap keyakinan tinggi dan mampu beraksi lincah di depan kamera antara asbab mengapa gadis manis, Aishah bin Azhan tersenarai di dalam Top 12. Lebih mesra disapa Ash, peserta berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor ini mampu memberikan cabaran hebat buat peserta lain.
Menyedari pendidikan amat penting, gadis ini sedang menghabiskan pengajian secara online di BPP University Birmingham United Kingdom dalam bidang perakaunan.
“Bagi saya, pendidikan amat penting kerana dengan ilmu, ia tidak pernah lapuk di telan zaman,” kata Ash lagi.
Azra minat dunia pengacaraan
Baru berusia 19 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan, Nursyaza Azra mengakui bertuah terpilih ke senarai Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2019.
Lebih mesra disapa Azra, gadis tinggi lampai ini begitu meminati dunia pengacaraan dan menjadikan artis serba boleh iaitu Johan dan Zizan sebagai idolanya. Masih menuntut di Universiti Teknologi Mara, Seremban dalam pengkhususan Pengajian Polisi ini sangat mengagumi Ketua Hakim Wanita Pertama Negara, Datuk Tengku Maimun binti Tuan Mat kerana ketokohan dan menjadikan wanita lebih dihormati dalam dunia perundangan.
Pernah sertai Pertandingan Ratu Cantik
Satu-satunya peserta dari Sabah yang terpilih menjadikan Sharlina Gilbert Mojinun wakil dari negeri di bawah bayu yang terpilih ke Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2019.
Tidak hanya cantik dan berbakat, Sharlina yang mesra disapa Shalin pernah bekerja dalam industri penerbangan dengan menjadi pramugari sebelum memilih untuk berhenti dan mencari pengalaman lain dalam hidupnya. Malah gadis ini banyak menyertai pertandingan Ratu Cantik di Sabah bagi menimba pengalaman.
Dalam usianya mencecah 23 tahun kini Sharlin bekerja sebagai Setiausaha Produksi di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.
Good luck girl’s.
Bawa Watak Alien, Shaza Bae Pegang Watak Utama Dalam Telemovie Kawanku Alin

Selepas kejayaan memegang gelaran Dewi Remaja 2019, perjalanan seni Shaza Bae dilihat semakin berkembang apabila anak muda ini sudah menerima tawaran sebagai watak utama dalam drama siaran televisyen.
Bakal membintangi telemovie Kawanku Alin, Shaza bersyukur kerana telah dipilih menjadi pelakon utama untuk drama tersebut.
“Sebelum ini saya telah dihubungi oleh pihak produksi dan telah di shortlisted untuk telemovie Kawanku Alin ini. Kemudian, tak sangka pula mereka call dan mengatakan saya berjaya untuk memegang watak utama sebagai Alin,”
“Apa yang menariknya tentang drama ini adalah saya akan membawa watak alien, dimana disebabkan ini juga saya bersetuju untuk menerima tawaran mereka. Saya ingin mencabar kebolehan dan tidak mahu dianggap pelakon ‘stereotype’ yang hanya memegang watak perempuan ayu. Watak Alin ini juga memberikan saya peluang untuk mencuba out of the box kerana dari perwatakan seorang alien yang tidak mempunyai apa-apa perasan, saya perlu menukarkan Alin kepada sikap-sikap manusia normal. Memang agak mencabar,” jelas Shaza Bae.
Shaza turut mengakui bahawa antara kekangan yang dihadapinya sekarang adalah untuk membahagikan masa ke set penggambaran, serta kerja-kerja lain yang harus ditunaikan sebagai menjadi hos TV, pensyarah di universiti, serta beberapa tugasan sampingan yang lain.
View this post on InstagramA post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on
“Alhamdulillah, walaupun jadual agak padat dan kadangkala terasa juga kepenatan tu, tapi saya bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan olehNya. Saya akan cuba menggalas setiap tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan diharap agar lakonan saya nanti akan diterima oleh peminat semua,” sambungnya lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama lakonan Shaza Bae, Kawanku Alin yang akan bersiaran pada 18 Mac 2020 (Rabu), jam 9.30 malam di saluran Astro Ria.