Blackpink in your area! Korang dah ready nak ke konsert Blackpink esok? Mesti excited gila nak tengok mereka depan mata kan?
Konsert jelajah Blackpink di Malaysia, ‘2019 World Tour [In Your Area] bakal diadakan dua hari berturut sepanjang minggu ini dan dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat di sini.
Dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose, kumpulan ini telah pun membuat kemunculan pertama pada 8 Ogos 2016 melalui Square One, iaitu album single yang dilancarkan oleh YG Entertainment.
Nak tahu apa lagi yang menarik tentang kumpulan sensasi K-Pop ini? Jom kita lihat antara perkara-perkara yang mungkin korang tak pernah tahu tentang Blackpink.
1. Maksud Blackpink
Menurut wakil YG Entertainment, Blackpink merupakan percubaan untuk bercanggah dengan persepsi umum terhadap warna pink, yang lazimnya menganggap warna tersebut membawa maksud cantik.
Blackpink bermaksud kecantikan bukan segala-galanya dan nama unik ini juga bukan saja melambangkan kecantikan malah bakat mereka juga.
2. Masa trainee yang lama
Untuk menjadi seorang idola K-Pop, mereka memerlukan waktu training sebelum debut. Anggota Blackpink menjalani masa training dari 4 hingga 6 tahun. Jennie merupakan anggota paling lama yang menjalani idol training dan diikuti Lisa, Jisoo serta Rose. Mereka dilatih secara vokal, menari, berlakon dan gaya persembahan hingga penampilan mereka dirasakan sudah sempurna.
3. Dua daripada ahli Blackpink bukan berasal dari Korea Selatan
Keempat-empat anggota kumpulan ini memiliki posisi berbeza, iaitu Jisoo sebagai visual grup, atau yang paling cantik. Jennie pula berperanan sebagai rapper, Rose sebagai main vocal dan Lisa sebagai main dancer grup.
Ads
Dua diantara mereka bukan berasal dari Korea Selatan. Rose lahir di New Zealand dan membesar di Australia. Manakala, Lisa berasal dari Thailand.
4. Fasih berbahasa Inggeris
Oleh kerana ada diantara mereka yang bukan berasal dari Korea, jadi tak hairanlah sekiranya mereka boleh menguasai lebih daripada satu bahasa.
Jennie juga pernah bersekolah di New Zealand selama 5 tahun. Ayah Lisa juga berasal daripada Swiss dan menjadikan dia sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
5. Fanclub: Blink
Nama fanclub Blackpink adalah Blink yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘black’ dan juga ‘pink’.
6. Memiliki rancangan realiti sendiri
Blackpink House merupakan rancangan realiti mereka sendiri yang mempunyai 12 episod dengan menampilkan percutian mereka di rumah Pink Princess sempena sambutan ulang tahun Blackpink.
Ads
7. Satu-satunya grup wanita dari YG Entertainment
YG Entertainment antara agensi K-Pop terbesar di Korea Selatan dan ramai selebiriti popular dihasilkan oleh agensi ini.
2NE1 merupakan kumpulan perempuan yang membuat debut di bawah agensi ini pada 2009, namun telah dibubarkan pada 2016.
Kemunculan Blackpink pada Ogos 2016 menjadikan mereka satu-satunya selebriti grup wanita daripada YG Entertainment.
8. Grup wanita yang mempunyai subscriber YouTube paling banyak di dunia
Mempunyai subscriber YouTube sebanyak 19 juta, Blackpink mengalahkan kumpulan FiftyHarmony dan juga Little Mix di peringkat antarabangsa.
Ads
Muzik video Ddu-du-ddu-du memecah rekod yang dipegang kumpulan BTS dengan memperolehi 674.4 juta tontonan setakat 21 Februari 2019.
9. Baru memiliki satu mini album
Sejak debut mereka pada Ogos 2016, Blackpink sering melancarkan digital single tanpa album seperti grup K-Pop yang lain. Pada Jun 2018, Blackpink melancarkan sebuah mini album yang mengandungi 4 buah lagu, antaranya adalah Ddu-du-ddu-du yang berjaya mengungguli carta muzik Korea dan antarabangsa.
10. Menerima banyak penghargaan
Baru membuat debut sekitar satu tahun, Blackpink sudah banyak menerima penghargaan muzik dan menjadi antara grup wanita yang paling popular di Korea Selatan.
Malah, mereka juga sudah menerima award di acara muzik Ingkigayo hanya 13 hari setelah debut. Antara penghargaan lain adalah seperti Gaon Chart Music Awards, Melon Music Awards dan banyak lagi.
Filem aksi lakonan teraju utama Hairul Azreen dan Iedil Dzuhrie, The Assistant akhirnya sudah menemui penonton di pawagam selepas penangguhan tayangannya awal tahun ini. Filem arahan Adrian Teh ini juga telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali.
The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen). Bermula episod balas dendam kerana Zafik ingin mencari pembunuh yang membunuh isteri dan anak lelakinya ketika dia berada di dalam penjara.
Apa yang boleh kami katakan, korang bakal menyaksikan sebuah filem yang lari daripada kebiasaan kerana mempunyai jalan cerita yang agak berbeza daripada filem-filem Malaysia sebelum ini. Namun begitu, sedikit kelemahan yang kami lihat adalah penonton rasanya boleh meneka sebahagian daripada plot filem ini dan ia membuatkan penonton rasa sedikit hilang teruja untuk melihat babak-babak seterusnya.
Namun, pujian perlu diberikan kepada pelakon utama filem ini kerana Iedil dan Hairul berjaya membawa watak dengan baik, lebih-lebih lagi lakonan emosi yang ditonjolkan oleh Iedil Dzhuhrie. Babak-babak aksi yang dipaparkan dalam filem ini juga boleh diberikan pujian kerana tidak terlalu keterlaluan jika kami katakan ia sebaris dengan filem aksi luar negara.
Cuma, di akhir filem ini agak meleret dan kami rasanya ia patut lebih awal dihabiskan bagi mengelakkan penonton menjadi bosan. Walau bagaimanapun, filem The Assistant masih berbaloi untuk ditonton dan pastinya ia menjanjikan satu kelainan untuk korang.
Jangan lupa saksikan The Assistant yang kini sudah pun ditayangkan di pawagam. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekiranya pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena majalah Harper’s Bazaar China yang habis terjual disebabkan pemilihan Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink sebagai penghias wajah hadapan (cover) bagi isu April 2021.
Pemilihan Lisa itu cukup tepat memandangkan bintang kelahiran Thailand itu kini sedang popular di China menerusi rancangan realiti Youth With You musim ketiga.
Pada cover tersebut, Lisa mencuri perhatian dalam persalinan bralette, jaket kulit dan topi dari jenama Celine – salah satu jenama yang mengambil Lisa sebagai duta globalnya.
Namun, seminggu setelah cover tersebut dimuat naik, Lisa terpalit dengan kontroversi akibatnya.
Menurut portal hiburan K-pop iaitu Koreaboo, Bazaar China memadamkan kesemua foto dan video promosi yang menampilkan Lisa platform media sosialnya kerana isu politik membabitkan pembuatan kain kapas (cotton) di daerah Xinjiang.
Untuk pengetahuan, beberapa syarikat jenama fesyen seperti Adidas, Nike dan H&M telah memboikot pembuatan kain kapas Xinjiang yang didakwa terpalit dengan isu pemaksaan buruh.
Daerah itu juga dikatakan mengamalkan diskriminasi terhadap etnik minoriti. Lalu, syarikat-syarikat ini enggan menggunakan kapas yang dihasilkan dari sana.
Disebabkan pemilihan Lisa yang merupakan duta adidas sebagai covergirl, Bazaar China memadamkan foto Lisa sebagai tanda sokongan terhadap boikot China ke atas adidas.
Terdahulu, dua selebriti popular K-pop yang berasal dari China telah memberikan sokongan terhadap pendirian China. Ini melibatkan bekas ahli GOT7, Jackson Wang yang menarik diri daripada kerjasama dengan adidas. Bekas ahli f(x) iaitu Victoria juga menarik diri daripada menjadi model H&M.
Bazaar China mahupun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment setakat ini masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.
Malang juga nasib Lisa kan, penat-penat menyertai penggambaran cover majalah tetapi akhirnya perlu akur dengan kontroversi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah tentu ramai yang rindu untuk pergi melancong selepas beberapa bulan sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Berita baik buat masyarakat di Sabah, beberapa sektor utama telah dibenarkan beroperasi secara berperingkat di negeri itu, namun mereka perlu mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuklah pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya.
Sektor pelancongan dalam negeri (domestik) dan semua operasi perhotelan dibenarkan beroperasi kecuali fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat dan seminar, spa, sauna, gimnasium, kolam renang, dewan makan dan buffet kekal ditutup.
Tarikan pelancong hidupan liar yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah seperti Tabin Wildlife, Danum Valley dan Maliau Basin dibenarkan beroperasi.
Pusat santuari termasuk Pusat Pemulihan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kinabatangan Wildlife Sanctuary serta KK Wetland juga dibenarkan dibuka.
Aktiviti kebudaayaan yang meliputi kegiatan seni visual, pakaian dan makanan tradisional, muzik serta tari (tidak melebihi 10 orang), penyelidikan dan Pendidikan budaya turut dibenarkan beroperasi.
Kerajaan Sabah juga telah memutuskan untuk mengizinkan lebih banyak penerbangan domestik beroperasi.
Wah, sudah tentu ini merupakan khabar baik buat si kaki travel. Apa salahnya ambil peluang ini untuk kita bercuti di dalam Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara sendiri.
Namun begitu, sebelum korang mengambil keputusan untuk melancong, pastikan keadaan sudah benar-benar selamat dan patuh pada SOP yang telah diarahkan.
Jangan pula ada yang berpusu-pusu ‘menyerang’ pusat pelancongan itu nanti.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...