Mungkin ramai antara korang dah tengok filem romantik remaja ‘To All The Boys I’ve Loved Before’ (TATBILB) yang ditayangkan eksklusif di Netflix.
Kepada yang belum tengok lagi… what are you guys doing? Sila pergi tengok filem hebat ini sekarang!
Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Jenny Han ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Lara Jean Covey. Ia berkisar tentang pengalamannya jatuh cinta buat beberapa kali dengan jejaka yang datang daripada latar belakang serta personaliti berbeza.
Pelakon utamanya iaitu Lana Condor telah menarik perhatian ramai peminat dengan kemampuannya melakonkan watak yang penuh colorful sebagai Lara Jean.
Adakah korang kenal dengan pelakon kecil molek bernama Lana Condor ini? Jom kenalinya dengan 10 perkara di bawah!
Menerusi TATBILB, Noah membawakan watak sebagai Peter, salah seorang bekas kekasih Lara Jean yang paling utama. memariknya mereka berdua merupakan kawan rapat di luar set.
Dia telah dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat dan membesar di Chicago. Lana merupakan seorang berbangsa Vietnam yang telah diambil sebagai anak angkat oleh ibunya yang berasal daripada Ireland dan bapanya, Hungary.
Membesar di dalam sebuah keluarga yang berbilang etnik menjadikan Lana sebagai seorang gadis yang berfikiran cukup terbuka. Dia dan abangnya merupakan orang Asia manakala kedua ibu bapanya dari Eropah. Dan dia membesar di Amerika Syarikat!
Berlakon di dalam filem tentang bagaimana seorang remaja membesar dengan cinta naif merupakan satu perkara yang pernah dilaluinya. Menurut Lana cinta pertamanya ialah ketika dia berusia 12 tahun.
BACA: 10 Fakta Tentang Hailey Baldwin, Tunang Justin Bieber
Lana mengakui dia memiliki celebrity crush terhadap Zac Efron. Hmmm… sebab dia dah sado ke Lana? Hiks
Selain memiliki bakat berlakon, Lana juga merupakan seorang penari balet dan pernah berlatih di sekolah balet profesional seperti Joffrey Ballet and the Alvin Ailey American Dance Theater.
Mungkin korang tak perasan sebenarnya Lana pernah muncul di dalam filem ‘X-Men: Apocalypse’ membawakan watak sebagai Jubilee. Pada tahun hadapan juga dia dijadualkan berlakon di dalam drama aksi sains fiksyen, ‘Deadly CLass’.
Sebagai kenalan Sophia Turner yang turut berlakon di dalam filem ‘X-Men’, Lana dikatakan bakal menghadiri majlis perkahwinan Sophia dan Joe Jonas.
Yes guys. Dia sudah berpunya! Teman lelaki Lana merupakan seorang pelakon bernama Anthony Dela Torre dan mereka telah menjalinkan hubungan selama 3 tahun.
Walaupun kadangkala iras mukanya nampak serius tapi sebenarnya Lana adalah seorang yang laid back dan kelakar. Lihat sahaja feed foto Instagram miliknya yang sentiasa disertakan dengan kapsyen mencuit hati.
Pada tahun depan, Lana akan muncul di dalam sebuah filem komedi remaja berjudul ‘Summer Night’ dan membawakan watak sebagai Lexi.