Perempuan boleh jadi seorang yang sangat penyayang dan kadang boleh terlihat sebagai seorang yang sangat menggerunkan juga.

Namun, jangan cepat menghukum. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi.

Wahai lelaki, percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah korang kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar mereka, barulah korang tak anggap perempuan ni sejenis yang merimaskan. Hehe

Kami nak kongsikan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Korang yang laki-laki tu take note okay?

  1. Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

Ads
  1. Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

  1. Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai..

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

  1. Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

Ads
  1. Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

  1. Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

Ads
  1. Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

  1. Air mata adalah senjata utama perempuan.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

  1. Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

  1. Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI