Demam bola sepak Piala Dunia 2018 kini sudah hampir ke kemuncaknya! Kemenangan England menewaskan Colombia semalam melengkapkan 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir. Pasukan digelar ‘Three Lions’ itu mengiringi tujuh pasukan lain ke suku akhir iaitu Perancis, Uruguay, Croatia, Russia, Belgium, Brazil dan Sweden.
Dan perlawanan pertama suku akhir akan dilangsungkan pada Jumaat ini. Jadi bagaimana dengan pasukan pilihan korang? Nampaknya edisi kali ini telah menampilkan banyak kejutan dan perlawanan hebat. Malah dengan penyingkiran nama-nama besar bola sepak seperti Argentina, Portugal, Sepanyol dan Jerman menjadikan Piala DUnia kali ini antara yang paling mengejutkan dalam sejarah.
Sementara menantikan perlawanan seterusnya mungkin korang boleh menonton filem-filem bola sepak yang terbaik pernah dihasilkan. Memaparkan pelbagai isu berlegar dengan dunia bola sepak, filem seperti ini biasanya sentiasa mendapat sambutan hebat.
Ada yang menampilkan sub-budaya bola sepak, komedi, kekeluargaan, persahabatan dan juga kisah sebalik tabir sesebuah pasukan bolasepak.
Di antara 10 buah filem pilihan REMAJA di bawah, berapa banyak yang sudah korang tengok?
1. Green Street Hooligans (2005)
Menampilkan Elijah Wood sebagai pelakon utama, filem ini membawa kita mendalami dunia hooligans bola sepak di kota London. Kisah suka-duka mereka sebagai hooligan memberikan banyak pengajaran tentang persahabatan, kesetiaan dan juga erti sebenar bola sepak.
2. The Damned United (2009)
Ads
Mungkin ada antara korang menyangka filem ini ada kaitan dengan Manchester United. Sebenarnya korang silap kerana ini merupakan filem biografi seorang pengurus bola sepak yang cukup legenda di England, Brian Clough. Ujian besar membawa kelab Leeds United yang pada masa itu sebuah kelab jagoan merupakan kisah latar yang cukup menarik untuk disaksikan.
3. Bend It Like Beckham (2002)
Suatu ketika dulu nama David Beckham menjadi pujaan jutaan peminat bola sepak terutamanya dari peminat perempuan. Filem ini juga menyaksikan lahirnya seorang bintang lakonan yang mencipta nama iaitu Kiera Knightley. ‘Bend It Like Beckham’ menampilkan kisah bola sepak wanita yang cukup menari dengan hubungan antara kaum di England.
4. Mean Machine (2001)
Dibintangi Vinnie JOnes yang juga merupakan bekas pemain bola sepak profesional di Liga Perdana Inggeris, ‘Mean Machine’ merupakan antara filem komedi bola sepak terbaik pernah dihasilkan. Ia mengisahkan Danny Meehan yang dipenjarakan dan mengetuai pasukan banduan menentang pasukan warden.
Kisah inspirasi kejayaan Liverpool menjadi Juara Liga Juara-Juara Eropah buat kali kelima ini menyingkap perjalanan seorang kanak-kanak lelaki bernama Will Brennan yang merantau dari Liverpool ke Instanbul, Turki bagi menyaksikan pasukan kesayangannya beraksi di final. Sepanjang perjalanannya seorang diri dia bertemu dengan ramai orang yang ingin membantunya.
6. Goal! (2005)
Ini merupakan sebuah kisah fiksyen tetapi ‘disulam’ bersama kisah bola sepak profesional yang sebenar. Santiago Munez seorang pemain berasal dari Mexico merantau ke United Kingdom selepas mendapat tawaran bermian bersama kelab Newcastle United. Segala kesukarannya untuk menyesuaikan diri serta mendapat kepercayaan rakan-rakan ditonjolkan di dalam filem ini.
Ads
7. The Football Factory (2004)
Sebuah lagi filem yang memaparkan gaya hidup hooligan di United Kingdom. Tommy Johnson merupakan salah seorang ahli hooligan yang menjunjung kelab Chelsea. Dia bersama rakan-rakannya iaitu Rod King, Billy Brigt, Zebedee dan Raf menghabiskan masa dengan bergaduh dan sentiasa mencari masalah. Namun selepas berlakunya satu tragedi ia mengubah haluan hidupnya.
8. The Miracle of Bern (2003)
Filem Jerman yang mendapat banyak review cukup tinggi! Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga terutamanya seorang kanak-kanak lelaki, Matthias menyaksikan kejayaan Jerman memenangi kejuaraan pertama Piala Dunia 1954 di Bern, Switzerland.
9. Pele: Birth of a Legend (2016)
Ini merupakan filem biografi mengisahkan kehidupan serta perjalanan bola sepak pemain legenda dan mungkin terbaik pernah disaksikan dalam sejarah moden iaitu Pelé. Filem ini membawa kita menyusuri penglibatan awal serta aspirasi Pelé untuk menjadi pemain profesional seawal usia 15 tahun.
10. Shaolin Soccer (2001)
REMAJA rasa tak logik kalau korang tak pernah saksikan filem komedi yang diadun bersama seni mempertahankan diri dan komedi, ‘Shaolin Soccer’. Kalau tidak silap ia telah banyak kali ditayangkan di TV terutamanya pada musim perayaan Tahun Baru Cina. Diterajui Stephen Chow selaku pelakon utama dan pengarah, filem ini mengutip sebanyak USD42.8 juta!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Chong Wei’ akan menjadi sebahagian daripada koleksi patung lilin (wax figure) di Madam Tussauds Hong Kong. Sekaligus, beliau menjadi atlet Malaysia pertama yang menerima penghargaan tersebut.
Telah banyak sumbangan yang Chong Wei telah hulurkan sebagai pemain badminton nombor satu negara.
Selain berjaya merangkul kejuaraan BWF Super Series Masters Finals sebanyak 3 tahun berturut-turut, beliau juga seorang dermawan yang berbakti semula kepada negara apabila menyumbang RM2 juta untuk pembangunan sukan badminton, tahun lalu.
Maka, tak hairanlah apabila Madame Tussauds berminat untuk menghasilkan patung lilin Chong Wei agar ramai pengunjung boleh mengambil gambar dan belajar mengenai kejayaan beliau sebagai pemain badminton unggul.
Menurut Madame Tussauds Hong Kong, Chong Wei adalah individu kedua yang diabadikan dalam muzium tersebut selepas Datuk Michelle Yeoh beberapa tahun lepas.
Lee Chong Wei semasa ditemui oleh wakil Madame Tussauds Hong Kong
Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong bermula pertengahan tahun ini, jangan lupa untuk ke Madame Tussauds dan katakan hi kepada ‘Chong Wei’!
*
Jika cawangan Hong Kong menambah jumlah patung lilinnya, jumlah patung di cawangan London Madame Tussauds pula semakin berkurangan apabila patung Putera Harry dan Meghan Markle dipindahkan.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan memakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.
Kalau korang nak tahu, riben hijau merupakan simbolik kepada kesihatan mental antarabangsa dan ia memegang peranan signifikan sebagai tanda sokongan bagi kesedaran dan penyebab kesihatan mental selain membina soladiriti untuk mereka yang terkesan dek perkara ini.
Sumber gambar: Facebook Istana Negara
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara melalui laman Instagram, @istana_negara, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan merupakan Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 setelah menerima undangan dari World Federation for Mental Health (Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia) baru-baru ini.Naungan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan ini adalah sehingga bulan Oktober 2021.
Dalam perutusannya sebagai Penaung Antarabangsa, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia untuk bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana ianya merupakan tanggungjawab semua.
Katanya, meluangkan masa dan memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan di antara kita amatlah penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.
Pelantikan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa adalah bukti usaha-usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, cara-cara perawatan dan cabaran polisi, yang mana usaha-usaha ini telah diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.
***P/S – Kesihatan mental bukanlah perkara yang remeh. Orang yang kelihatan gembira dan nampak normal pun boleh mengalami masalah mental. Kalau ada orang di sekeliling anda mengalami perkara seperti ini, bantu dan jangan meremehkan perkongsian mereka. Masalah mental boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bahkan kepada kanak-kanak.
Sumber: Instagram dan Facebook Istana Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang budak-budak 90-an, mesti ingat lagi siri-siri telenovela Sepanyol di kaca tv.
Pendek kata, memang tak pernah missed la setiap episod. Apa yang kami faham, telenovela Amerika Latin ni sarat dengan drama dan konflik keluarga atau percintaan, itu yang membuatkan peminat tegar drama ini ‘melekat’ depan tv walaupun masa itu penulis masih di zaman persekolah…hiks
Salah seorang ratu telenovela tahun 90-an yang popular ialah Thalía Sodi. Dengan wajah yang jelita, Thalía sangat terkenal selepas membintangi beberapa telenovela seperti Rosalinda, Marimar sehinggalah Maria Lost Love.
Kini, Thalía yang lahir pada 26 Ogos 1971 sudahpun menginjak usia 50 tahun namun jangan wajah beliau tak berubah pun masih maintain cantik, bergaya dan seksi.
Dengan follower sebanyak 18.4m dilaman Instagram, Thalia dilihat aktif memuat naik aktiviti hariannya. Tak nampak langsung macam makcik umur 50 tahun, tak percaya korang lihat sendiri gambar-gambar ‘Rosalinda’ ni.
20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata. Untuk pengetahuan semua,Tommy merupakan bekas suami kepada penyanyi terkemuka Mariah Carey
Thalia bersama keluarga Foto Kredit : tommymottolaSempena sambutan hari kelahirannyaThalia karpet Merah METGala 2019Sabrina Sakae Motola Sodi Anak Perempuan Thialia bersama Tommy Mottola. Cantik macam ibunya
Mengintai di Instagram Thalia, wanita cantik ini rupanya seorang yang aktif bersukan juga. Malah, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates umtuk mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Wah, serius tak dimamah usia Thalia ni. Jadi kalau korang nak cantik dan awet muda seperti beliau mungkin boleh amalkan gaya hidup sihat dan aktif sepertinya. Makin tua makin hot dan bergaya. Girl crush sangat!
Sumber Gambar : Instagram Thalia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...