
Isi Kandungan
TogglePopulariti yang dikecap oleh ahli politik sekarang ni pun tak kurang hebat sehinggakan ada yang mengalahkan selebriti Malaysia.
Pengaruh mereka bukan calang-calang dan rata-rata daripadanya mempunyai pengikut setia yang tersendiri. Walaupun berbeza fahaman, mereka adalah orang kuat yang memperjuangkan nasib negara.
Mungkin anak muda sekarang mengenali mereka setelah berpuluh tahun melibatkan diri dalam bidang politik, tetapi tak pula mereka tahu bagaimana agaknya rupa ahli-ahli politik ini sewaktu muda?
Berikut merupakan antara foto-foto ahli politik ketika pada zaman muda mereka dulu-dulu.
1. Tun Dr. Mahathir Mohamad
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
3. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
4. Nurul Izzah Anuar
5. Dr. Mohamad Khir Toyo
6. Tan Sri Haji Mohd Ali Mohd Rustam
7. Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak


8. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


9. Datuk Haji Ahmad Haji Maslan


10. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Boleh tahan manis juga ya wajah mereka masa muda-muda dulu. Hehe..
Tular Isu Boikot 112 Syarikat Menyokong Zionis, 6 Daripadanya Memang Popular Di Malaysia

Pembedilan berterusan oleh Israel ke atas bumi Palestin sejak beberapa hari lepas mendapat liputan meluas dunia.
Puluhan bedilan roket dilancarkan ke bumi Gaza. Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Begitu juga masjid, kediaman dan lain-lain lagi.

Teruskanlah berdoa agar roket-roket dilancarkan zionis Israel ini tidak mengorbankan terlalu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Mohonlah perlindungan Allah Taala agar rakyat Palestin terselamat.
Di sebalik isu pembedilan berterusan sejak tahun 2008 lagi, ada lagi isu yang perlu rakyat Malaysia tahu iaitu pemboikotan terhadap 112 syarikat besar dunia yang membantu Israel menghentam Palestin.
Pengguna Facebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai isu ini yang mungkin ramai tidak mengetahuinya:
Antara nama-nama besar yang termasuk dalam senarai 112 buah syarikat ini ialah :
1 – Airbnb
2 – Booking . Com
3 – Expedia Group Inc
4 – JC Bamford Excavator (JCB)
5 – Tripadvisor
6 – Motorola Solution
Selain 6 buah syarikat ini, kebanyakkannya merupakan syarikat popular di Israel. Tetapi 6 buah syarikat ini adalah yang kita kenali di Malaysia.
Terdapat dua lagi tambahan syarikat yang saya sudah kaji dan ada juga bukti terang mengaitkan syarikat terbabit dengan insiden Palestin – Israel ini.
1 – Puma – Penaja Israel Football Association di Tebing Barat.
2 – HP – Memang terlibat secara langsung. Mereka menyediakan tempat menyimpan data populasi dan data itu digunakan oleh Israel untuk melaksanakan apartheid.
Untuk syarikat Caterpillar and Volvo, kita masih 50/50 sebab diorang setuju dengan demolition yang dilakukan di Palestin.
Itu adalah tindakan yang tidak betul, namun mereka tiada kuasa nak monitor/policing semua pelanggan yang membeli mesin dari mereka.
Kalau inilah jihad kita dan menjadi asbab di akhirat kelak, kita boleh menjayakannya.
Sumber : middleeasteye, Facebook Najib Saahari
Neelofa dan PU Riz Bakal Didakwa Esok Di Seremban

Berita hangat tentang selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, dan suaminya PU Riz, yang baru-baru ini telah gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika merentas negeri sebelum ini dijangka akan didakwa pada hari esok, 20 Mei, 2021.
Menurut sumber Astro Awani, Ketua Polis Daerah Superintenden Mohd Fazley Abdul Rahman mengatakan kertas siasatan berkenaan kes pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) kedua-dua mereka yang telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan dikembalikan hari ini.

Menurut beliau lagi, hasil keputusan daripada kertas siasatan tersebut adalah mereka dituduh dibawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) (Pindaan) (No.12) 2021. Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei, 2021.
Dikatakan juga Neelofa dan suaminya telah didakwa atas pertuduhan gagal untuk mematuhi SOP PKPB apabila mereka berdua gagal untuk mengimbas kod melalui aplikasi MySejahtera mahupun menulisnya secara manual ketika ingin masuk ke dalam premis.
Manakala PU Riz pula bakal didakwa atas satu lagi pertuduhan dimana beliau tidak memakai pelitup muka ketika berada di kawasan awam terbuka, seperti yang telah ditetapkan dalam SOP PKPB.
Hukuman yang dikenakan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pelajar Wajar Dibenarkan Bawa Telefon Pintar Ke Sekolah, Setuju Atau Tidak Setuju?

Isi Kandungan
TogglePada masa kini, perkataan ‘tular’ seakan sudah menjadi satu perkara harian yang sentiasa disuap kepada kita menerusi laman sosial media. Setiap hari ada sahaja kisah yang sama ada positif atau negatif menjadi tumpuan ramai. Pelbagai isu yang kadangkala penting dan kadangkala juga remeh menjadi bualan ramai dek kerana tular.
Segenap generasi masyarakat tidak terlepas dari perkara tular. Sama ada tua atau muda masing-masing mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu yang diperkatakan dalam lingkungan kelompok masing-masing.
Begitu juga dengan golongan guru dan pelajar. Mereka merupakan antara kumpulan yang sentiasa menggunakan akses Internet secara harian bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga di rumah. Malah, pelbagai sistem secara online telah diperkenalkan bagi memudahkan guru dan pelajar.
Dua hari lepas, isu tentang penggunaa telefon pintar di kalangan guru di sekolah telah diperkatakan dengan hangat. Mungkin ia berpunca daripada sebuah video yang tular baru-baru ini di mana seorang guru telah ‘naik angin’ ketika mesyuarat dan ia dirakam dan disebarkan dengan tidak bertanggungjawab.
Dan isu ini juga mungkin menjadi semakin hangat selepas berlakunya tragedi seorang pelajar yang meninggal dunia akibat cubaan membunuh diri selepas dia dituduh mecuri telefon pintar gurunya. Kedua-dua kejadian ini mendapat perhatian meluas dan tular di kalangan pengguna laman media sosial.
Jelas Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P.Kamalanatahan menerusi laman Facebooknya, kementeriannya sedar persekitaran hari ini yang sentiasaan memerlulan pengintegrasian dengan menghubungkan teknologi sedia, ada. “Guru sememangnya dibenarkan membawa telefon pintar mereka ke dalam kawasan sekolah tetapi penggunaan atas urusan peribadi adalah tidak patut dan tidak boleh menggangu proses pengajaran”.
Bagaimana pula kesannya kepada pelajar? Buat masa sekarang apa yang Remaja ketahui pelajar memang tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah. Ramai sedia maklum pelajar sekolah menengah terutamanya rata-rata memiliki telefon pintar sendiri. Ia bukan lagi satu perkara menghairankan apatah lagi dengan pelbagai jenis telefon pintar mampu milik dan pelan data dari syarikat telekomunikasi yang agak murah.
Patutkah pelajar dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah? Adakah ia lebih banyak memberi kesan baik atau buruk kepada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri?
Kebaikan
– ibu bapa boleh sentiasa berhubung dengan pelajar dan mengetahui di manakah mereka berada dengan menggunakan pelbagai jenis apps pengesan GPS
– amat berguna bila berlakunya kecemasan tidak kiralah yang berlaku di dalam atau di luar sekolah ketika perjalanan pergi atau pulang
– jika pelajar dalam bahaya mereka boleh menggunakan telefon pintar untuk menghubungi ibu bapa mereka atau pihak berkuasa. Atau untuk kes kecemasan yang berlaku pada mereka atau rakan-rakan boleh hubungi pihak medik dengan pantas
– pelajar boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain dengan lebih cepat terutama melibatkan perkongsian maklumat berkaitan pelajaran
– mengajar pelajar agar lebih cerdas dan celik IT agar serta sentiasa up to date dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat
Keburukan
– sudah jadi lumrah pelajar yang masih remaja mereka akan jadi mudah leka dengan teknologi. Jadi gangguan seperti bunyi telefon berdering dari panggilan, mesej dan notifications boleh menggangu tumpuan mereka dan orang lain
– walaupun telefon pintar sudah set dengan mode silent, ia masih boleh beri gangguan terutamanya jika ia berada di tangan mereka
– penggunaan telefon pintar di sekolah di kalangan pelajar juga boleh mengundang perkongsian perkara-perkara negatif antara mereka. Contoh; gosip liar, foto dan video lucah
– ia juga boleh menjadi alat untuk menyebarkan maklumat tidak tepat di kalangan pelajar yang mungkin boleh membawa keburukan kepada mereka dan sekolah
– salah satu perkara yang semakin serius berlaku di kalangan remaja ialah cyber bullying. Ini bukan sahaja memberi kesan psikologi tidak baik kepada mangsa tetapi boleh mewujudkan generasi yang tidak ada rasa empati dan tidak berperi kemanusiaan.
– telefon pintar juga boleh menjadi alat untuk pelajar menipu ketika mengambil ujian atau peperiksaan
Pendapat penulis, penggunaan telefon pintar di kalangan pelajar sangat penting untuk mereka lebih berdaya saing, kreatif dan memupuk jiwa inovasi. Namun, penggunaannya di sekolah tidak patut dibenarkan. Ia sebenarnya mengundang lebih banyak keburukan berbanding keburukan.
Apalah sangat tempoh selama setengah hari di sekolah tanpa menggunakan telefon pintar. Dan mungkin penggunaan harian mereka di rumah dan di waktu lapang harus diberi perhatian.
Ibu bapa, keluarga dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memantau penggunaan telefon pintar di kalangan remaja. Dan kamu semua sebagai remaja, be smart. Don’t let smartphone dictate your life entirely.