10 Fungsi Yang iOS 13 Tiada, Tapi Ada Pada Android

Share

Sebelum ini kami ada menyenaraikan fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada iOS 13 seperti yang telah diperkatakan pada acara WWDC 2019 yang lepas.

Baca artikel: 16 Fungsi Menarik iOS 13 Yang Pengguna Apple Kena Tahu

Namun begitu, menurut portal amanz.my, selepas seminggu menggunakan iOS 13 Beta, mereka menyedari sistem operasi yang digunakan pada iPhone dan iPod ini masih mempunyai beberapa kekurangan berbanding Android.

Wah, biar betul?

Jom kita lihat perkongsian mereka tentang 13 fungsi yang pengguna mahukan tetapi tiada pada iOS 13 Beta.

1. Tiada sokong split-view

Sokongan ini telah melancarkan dua aplikasi serentak pada Android sejak diperkenalkan pada Samsung Galaxy Note 2 hampir 7 tahun yang lalu. Pada peranti iOS, hanya iPad menyokong multi window mode yang diberi nama split-view sejak iOS 11 lagi. Sokongan yang sama tidak ada secara natif pada iPhone. Dengan skrin iPhone XS Max sebesar 6.5″, fungsi ini sepatutnya disokong kerana ruang paparan yang besar.

Sebagai perbandingan Note 2 hanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan telah diperkenalkan hampir 7 tahun yang lalu. Setelah melihat betapa bergunanya Split-View pada iPadOS, kenapa ia tidak disokong pada iPhone milik peribadi?

2. Tiada Face ID pada kedudukan landskap

Kalau korang buat kerja atau menonton video menggunakan iPhone, peranti terkunci pada posisi landskap. Kalau nak unlock korang terpaksa mengembalikan iPhone XS ke posisi menegak bagi membolehkan Face ID mengimbas wajah. iOS 13 masih tiada sokongan Face ID secara landskap.

iPad Pro 11” dan 12.9” boleh melakukan unlock tanpa mengira orientasi peranti. Jadi kenapa iPhone X, XR, XS dan XS digunakan pada iPad Pro. Sistem imbasan wajah 3D pada Huawei Mate 20 Pro pun boleh di unlock tanpa mengira orientasi sejak hari pertama dilancarkan.

3. Tetapan kamera masih perlu diubah dari settings

Dengan menekan ikon Bluetooth dan WiFi, pengguna boleh terus mencari aksesori atau WiFi yang digunakan dengan pantas. Namun begitu, iOS masih belum mengubah proses melakukan tetapan kamera.

Contohnya untuk mengubah mod rakaman dari 1080P 60FPS ke 4K 60FPS, ia masih perlu dilakukan pada skrin Settings. Pengguna keluar dari aplikasi kamera terlebih dahulu. Walhal, jika Android nak mengubah tetapan kamera boleh dilakukan terus daripada aplikasi kamera.

4. Tambatan dua aksesori audio Bluetooth serentak

Galaxy S10 boleh menambat dua fon kepala kepadanya serentak dan dapat membezakan kualiti audio menerusi fungsi Dual Audio kerana fungsi Bluetooth 5.0 telah disokong sejak Galaxy S8.

iOS 13 memperkenalkan sokongan tambatan dua aksesori audio nirwayar tetapi hanya untuk Apple AirPods dan Powerbeats Pro yang dilengkapi cip Apple H1. Tambatan aksesori audio lain tanpa cip ini tidak disertakan pada iOS 13.

5. Tiada sokongan FLAC

Masih tiada sokongan untuk fail FLAC (Free Lossless Audio Codec) dan hanya menyokong format ALAC (Apple Lossless Audio Code) yang memerlukan filem FLAC diubahsuai menggunakan perisian lain terlebih dahulu.

Manakala Android pula, sokongan FLAC telah diberikan secara natif sejak Android 3.1 Honeycomb dilancarkan pada 2011.

6. Masih tiada tatapan aplikasi default

Agak mengejutkan apabila verso ke-13 sistem operasi ini masih tidak membenarkan pengguna menetapkan aplikasi pilihan untuk pelayar web.

Jika dilihat pada sistem Android pula, terdapat skrin khas untuk memilih pelancar, pelayar web, pembantu maya, dompet digital dan banyak lagi. Apple masih memaksa penggunaan aplikasi mereka sebagai default walaupun korang tidak mahu menggunakan Safari sebagai pelayar web.

7. Fungsi NFC masih terhad berbanding Android

Dengan iOS 13 Apple mula membuka sistem NFC yang boleh dibaca oleh peranti. iPhone boleh membaca kad pengenalan di Jepun dan Jerman. Di United Kingdom pula sistem ini boleh membaca passport. Malah, dibeberapa bandar tertentu, sistem NFC iPhone sudah boleh digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan dan ganti kepada kad matriks universiti.

Pengguna Andorid sudah terbiasa menambat fon telinga nirwayar atau kamera digital menerusi sentuhan NFC yang pantas. Jauh lebih pantas dan mudah berbanding perlu ke skrin tetapan Bluetooth pada iOS 13 sekarang.

8. Fail tidak boleh dipindahkan dari PC ke iPhone

Pemacu mudah alih dan pemacu cakera keras akhirnya boleh dibaca oleh iPhone menerusi iOS 13. Ini memudahkan proses pemindahan dokumen dan gambar di pejabat. Apple mendengar keluhan pengguna iPad Pro yang merungut sokongan storan luaran adalah terhad pada iOS 12.

Tetapi pada masa yang sama sokongan pemindahan data dengan mudah ini tidak disertakan pada pengguna PC. Apabila iPhone dipasang pada PC, pemindahan data dari PC ke iPhone masih tidak boleh dilakukan sama sekali. Satu lagi kekurangan iOS sejak edisi pertama tidak ditambah baik oleh Apple pada iOS 13.

9. Tiada sokongan pemindahan fail ke Android menggunakan Bluetooth

Sistem perkongsian AirDrop adalah yang terbaik boleh untuk pengguna iPhone. Ia turut boleh digunakan untuk menghantar fail ke iPad, iPod dan komputer Mac yang dimiliki. Namun begitu harus diakui majoriti pengguna tidak menggunakan peranti iOS dan sebaliknya menggunakan peranti Android.

Ketika hari raya proses menghantar gambar ke sanak saudara adalah sukar kerana mereka tidak menyokong AirDrop. Penghantaran menggunakan protokol bluetooth ke peranti Android masih tidak wujud pada iOS 13.

10. Tiada sokongan landskap untuk skrin Home iPhone XS Max

iOS 13, masih tiada sokongan mod landskap untuk skrin home untuk iPhone XS Max, XS, XR dan X. Sokongan ini ditarik pada kesemua iPhone dengan Face ID sejak iOS 11 lagi.

Menggunakan skrin home dalam kedudukan landskap amat berguna ketika menonton video atau peranti diletakkan pada pendakap di dalam kereta. Ketiadaan mod landskap untuk skrin home ini adalah memandangkan mod landskap disokong pada skrin Settings dan aplikasi Mail misalnya pada iOS 13 tanpa mengira model peranti.

So, korang pengguna iOS ke Android? Cer komen sikit!

Published by
Noor Ain Norman