10 Gaya Fesyen Yang Mendominasi Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36

Share

 

Semalam, 12 buah lagu terbaik daripada tahun 2021 telahpun diumumkan sebagai barisan pencabar yang mara ke Anugerah Juara Lagu ke-36 tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Aina Abdul, Naim Daniel & Haqiem Rusli Pertaruh 2 Lagu Di Pentas AJL-36 – REMAJA

Namun, warganet terutamanya peminat hiburan dan fesyen tempatan masih belum dapat ‘move on’ daripada gaya serta stail yang ditampil oleh para penyanyi yang muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 sepanjang dua hari ia dilangsungkan.

Nampaknya, persaingan sengit di antara mereka tidak hanya terletak pada faktor kekuatan lagu serta vokal sahaja. Malah, masing-masing baik penyanyi lelaki, wanita dan band masing-masing seakan tidak mahu kalah dengan ‘persaingan’ gaya fesyen yang dipertontonkan.

Jom lihat 10 gaya yang menjadi pilihan REMAJA, secara rawak.

 

AINA ABDUL

oleh Masyadi Mansoor, Shazleen Jalal & Ezuwan Ismail

Gaun yang hangat diperkatakan sejak malam Jumaat lalu tentunya ialah persalinan serba putih yang disarungkan oleh Aina Abdul ini. Ibarat menangkis semula kata-kata nakal warganet yang menyamakannya dengan selimut katil atau duvet, sememangnya ruang katil adalah inspirasi utama di sebalik gaya Aina ini. Bagi pereka outerwear yang disarungkan Aina iaitu Masyadi Mansoor dan Shazleen Jalal, katil adalah lokasi terakhir setiap individu sebelum lena dibelai mimpi. Momen-momen terakhir sebelum mata terlelap setiap malamlah di mana bayangan ‘si dia’ akan muncul di minda. Gaya ini dilengkapkan dengan sut putih rekaan Ezuwan Ismail

di bahagian dalam.

 

AINA ABDUL

oleh Melinda Looi Couture

Tidak sah sekiranya Aina Abdul tidak tampil dengan gaya yang sama ‘memorable’ pada malam kedua pertandingan. Kali ini, Aina yang bergandingan dengan Khai Bahar menerusi penyertaan lagu popular, Nafas Cinta; pasukan glam Aina meneroka gaya bersama pereka fesyen berpengalaman Melinda Looi Couture. Ia bukan persalinan tulle kembang yang biasa kita lihat tetapi ia ibarat versi gaun tulle yang ‘diterbalikkan’ bagi memberi volume luar biasa pada bahagian bahu dan semakin menguncup pada bahagian bawah. Lapisan warna merah, merah jambu, hitam dan hijau pudina memberi gambaran segar bagi pencinta fesyen.

 

AISHA RETNO

oleh WANPA

Umpama puteri Belle daripada kisah dongeng Beauty & The Beast membuat kemunculan, gaun Wanpa buat penyanyi bervokal mega, Aisha Retno ini punya keistimewaan saat ia dipertontonkan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 36. Eksperimentasi berjaya ini amat teliti pada pandangan penulis, daripada potongan bahu seakan busana tradisional ‘Terno’ dari Filipina hingga ke potongan geometrik pada bahagian collar bone. Ciptaan Wanpa ini diserlahkan lagi oleh aksesori butiran ‘berlian’ yang disusun rapi sepanjang garisan rambut Aisha pada bahagian wajah serta sedikit pada bahagian ponytail di belakang. Subang dempak bermotif matahari melengkapkan gaya Aisha.

 

Bunga & Amsyar Lee

masing-masing oleh Firziey Couture & Behati

Satu percubaan yang mungkin akan menerima kecaman disebabkan keberanian pelantun lagu Intan Payung dalam berfesyen. Tidak semua orang dapat menerima campuran gaya moden dan tradisional sedemikian. Namun pada pandangan penulis, ia merupakan stail yang disempurnakan dengan molek sekali oleh Firziey Couture buat Bunga dan Behati buat Amsyar Lee yang menggantikan kedudukan penyanyi lagenda, Noraniza Idris. Campuran fabrik songket, quilt, lace dan kapas seakan mewujudkan satu sinergi yang ‘kena’ dengan konsep lagu ini.

 

Ernie Zakri

oleh Amazé

Berbadan dua? Tiada masalah. Seperti dijangka, gandingan Ernie Zakri

dan Amaze tidak mengecewakan. Tidak semua pereka fesyen mengerti cara terbaik untuk menggayakan wanita mengandung, tetapi Amaze bukan calang-calang pereka fesyen duo. Keadaan pelantun lagu Boneka ini yang sedang sarat mengandung langsung tidak merencatkan stailnya, malah ia lebih menyerlah in all the right angles and spots. Taruhan yang edgy ini mengikut pereka telah diilhamkan daripada gaya Noor Kumalasari di mana stail bahu boxy pada gaun hijau tropika ini amat popular pada era 80-an.

 

Misha Omar

Jujurnya, penulis masih mencari siapakah gerangan jenama atau pereka fesyen yang bertanggungjawab di atas persalinan milik penyanyi hebat, Misha Omar ini. Apapun, Misha yang mesra dengan panggilan Kak Mitch tidak kalah dalam soal stail apabila setiap pemilihan dari bahagian top berbelang, skirt midi polka dots bertekstur renyuk hinggalah ke anting-anting; semuanya terletak kemas untuk memberi fokus pada wajah serta teknik nyanyian Misha yang cemerlang seperti dijangka.

 

Naim Daniel

oleh Kit Woo

Satu lagi penyanyi yang memilih warna popular, putih sepanjang berlangsungnya acara Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 ialah Naim Daniel. Pelantun lagu Purnama ini memilih pereka fesyen yang baru saja menggondol anugerah Pereka Fesyen Lelaki Tempatan Terbaik di Kuala Lumpur Fashion Awards baru-baru ini, Kit Woo. Jaket bomber dan jogger denim serba putih ini sebenarnya merupakan salah satu busana yang ditampilkan dalam kempen fesyen Spring/Summer 2020 Kit Woo.

 

Wany Hasrita

oleh Khairi Sufi

Salah satu faktor penting yang membuatkan sesuatu gaya itu ‘menjadi’ adalah keselesaan dan penulis mendapati Wany Hasrita 100 peratus berada dalam elemennya sewaktu mempersembahkan lagu Cinta Khalayan dalam persalinan Khairi Sufi ini. Ringkas namun elegan, ronanya lembut persis penyanyi ini sendiri. Ia sekaligus menjadikan gaun biru langit ini layak dinobatkan sebagai salah satu stail terbaik di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini.

 

Floor 88

Energi yang dibawa oleh kumpulan Floor 88 sewaktu mempersembahkan lagu Chikadun merupakan cerminan kepada gaya eklektik mereka berenam. They were as colourful as the lyrical content put into this song!

Setiap ahli tampil berbeza setelah digayakan oleh Ardi Idewani Zaini yang dibantu oleh Dino Omar.

 

Sissy Imann

oleh Nana Nasri

Well, well hello sassy girl Sissy!

Penerokaan fesyen Sissy Imann telah melalui momen di mana dia dipuji dan adakalanya terpaksa mengebalkan diri daripada kata-kata kejian.

ARTIKEL BERKAITAN : “Penampilan Anak Dikecam, Akulah Penyebabnya..” – Ayah Sissy Imann Respon Komen – REMAJA

Kebelakangan ini, penulis merasakan Sissy Imann semakin selesa mencuba pelbagai genre stail. Seperti yang diperkatakan tadi, keselesaan adalah kunci utama kepada kejayaan sesuatu ‘look’ dan selebriti versatil ini IS ALL THAT sebagai pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 36 hujung minggu lalu. Sissy menyarungkan gaun bergeometri dengan percikan warna meriah rekaan Nana Nasri. REMAJA difahamkan ia diinspirasikan daripada corak badan serta ekor ikan laga liar atau Wild Betta.

*

Korang setuju dengan 10 gaya pilihan REMAJA ini?

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Stail Pilihan REMAJA Di AJL33 – Siapa Paling Lit?! – REMAJA

BACA LAGI : Solekan SUKI LOW Memang Onz Pada Minggu Ke-6 Gegar Vaganza! Jom Tiru – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ