Bersempena Hari Guru yang disambut pada setiap 16 Mei, sudah pasti bukan setakat para guru yang seronok nak meraikannya. Malah, para pelajar juga ada yang excited untuk membeli hadiah bagi menghargai jasa seorang yang bergelar pendidik.
Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok @nurashikindin yang berkongsi kisahnya membeli barang perhiasan gelang tangan untuk diberikan kepada 10 orang guru kepada anaknya sempena sambutan hari guru.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya”
Difahamkan, ia sudah menjadi rutin buat mereka sekeluarga setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa. Malah, hadiah yang diberikan agak menarik dan kadang-kadang disediakan dalam kuantiti yang banyak.
Dia juga sempat berterima kasih kepada pekerja kedai barangan perhiasan berkenaan kerana membungkuskan hadiah-hadiah tersebut dalam keadaan yang cantik.
Di dalam ruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan Ashikin kerana kesungguhan dan kesanggupan mereka sekeluarga menyediakan hadiah istimewa dan agak mahal itu buat guru-guru anaknya.
Bak kata orang, kalau ada rezeki lebih itu memang seronok untuk dikongsi gitu!
“Bapakkkkkkk, betul orang kaya ni, cikgu2 dapat cincin habib.. 😭” – @ainaa_ismail96
“bukan adik ni yang viral bagi beg smiggle dlu tu ke..🥰” – @yatieyat23
“Saya baru pesan kat anak murid saya..jangan bagi hadiah dekat saya kalau tak mampu..cukup belajar rajin2..sebab saya sekolah kampung. saya takut susahkan waris.. Lagipun dia orang dah banyak habis duit beli buku kerja..harap depa berjaya” – @asmak_84
Dalam pada itu, menurut Ashikin sebelum ini abang kepada anaknya, Hafiz Harith pernah tular memberikan hadiah barangan jenama Smiggle kepada rakan kelas dan juga barangan jenama Kate Spade kepada guru sekolah sebelum berpindah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.