Tiada apa lebih menggembirakan apabila mendapat khabar berita, orang dikasihi mulai menunjukkan reaksi positif selepas lebih seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur akibat dijangkiti COVID-19.
Bagi Chef Suhaili Mohd Noor, jika 10 hari lalu dirinya begitu risau memikirkan keadaan suami, Herwin Bachtiar, 47 yang koma terbaring kaku, buah pinggang rosak yang perlu didialisis, keadaan paru-paru dijangkiti kuman dan lain-lain masalah serta paling menyedihkan tidak boleh melawat langsung suaminya, hari ini dirinya menerima khabar berita suaminya sudah sedar,, boleh bernafas sendiri dan doktor akan mencabut tiub saluran pernafasannya dalam tempoh terdekat.
REMAJA menghubungi Chef Suhaili untuk berkongsi bagaimana dirinya dan anak-anak mengharungi kehidupan yang memeritkan apabila suaminya yang juga seorang pemandu bas kenderaan awam disahkan positif COVID-19 pada hari pertama memulakan kerjanya selepas bercuti 14 hari. Malah mereka sekeluarga tidak ada menghadiri kenduri, menyertai sebarang perhimpunan atau keluar di khalayak. Malah sama ada suaminya terkena jangkitan dari penumpang bas juga masih menjadi tanda tanya kerana suaminya sememangnya sudah demam masuk hari ke tiga pada hari dia memulakan kerjanya pada hari Ahad 15 hb Mac itu.
Chef Suhaili mendapat berita berganda hari ini apabila suaminya sudah sedar dan anak bongsunya negetif covid-19. Hanya dia dan dua lagi anaknya masih menunggu jawapan
Menurut Chef Suhaili, Doktor Liyana dari HKL ada menghubunginya tengahari tadi memaklumkan keadaan terkini suami. Malah kata doktor lagi, suaminya antara pesakit yang menunjukkan respon paling bagus berbanding pesakit di wad yang sama (ICU).
“Saya bersyukur di atas setiap doa yang diberikan orang ramai untuk penyembuhan suami. Harap esok ada berita yang lebih baik,” katanya memaklumkan memandangkan mereka sekeluarga dalam pengawasan dan kuarantin di rumah (PUI), doktor di wad akan memaklumkan keadaan suami dari masa ke semasa (setiap hari terutama bagi pesakit di dalam ICU).
“Bila baca berita ada pesakit yang meninggal dunia akibat wabak ini hati saya sebak. Ternanti-nanti bagaimana keadaan suami sejak 10 hari lalu. Alhamdulillah, suami sudah sedar. Buat masa ini ada kuman dalam darahnya dan saya meminta doa dari semua agar suami kembali pulih seperti sedia kala,” katanya yang tidak dapat menahan sebak sebaik dimaklumkan hal itu.
Kegembiraan berganda
Ads
Memandangkan mereka di bawah PUI selepas suaminya disahkan positif, kegembiraannya berganda apabila seorang anak lelakinya, Hadi Haidar, 7 tahun yang turut menjalani ujian saringan disahkan negetif keputusannya.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Cuma tinggal keputusan saya dan dua lagi anak iaitu Sofea Elisa, 12 dan Hedi Haikal, 10 tahun. Doakan agar keputusan kami juga negatif,”katanya mengharap doa dari orang ramai buatnya sekeluarga.
Mereka sekeluarga gemar melakukan aktiviti lasak dan sering bersama-sama
Tidak tahu dijangkiti COVID-19 dari mana
Jika ramai yang ingin tahu dari mereka suaminya dijangkiti, jelas Chef Suhaili, suaminya yang juga seorang pemandu bas kenderaan awam mula bertugas pada 15 hb Mac.
Ads
“Dua minggu sebelum itu, suami tidak bekerja dan hanya duduk di rumah selepas digantung kerana terlibat dengan kemalangan kenderaan dibawanya. Dua hari sebelum mula bertugas iaitu pada 13 dan 14 hb, suami mula demam.
“Hari Ahad itu, 15hb Mac suami memulakan kerja pagi. Malam itu selepas selesai tugas, dia pulang ke rumah dan saya tengok demamnya semakin teruk.
“Esoknya 16 Mac suami cuti sakit kerana demamnya semakin teruk. Ketika saya melihatnya hati saya berdebar-debar sebab demamnya lain macam. Dia juga sukar bernafas dan bila dia tarik nafas macam orang lemas (tercungap-cungap). 17 hb Mac itu kami ke klinik kesihatan dan ditanya adakah ada kontak dengan tabligh, keluar negara atau sebagainya tapi memang tiada.Demamnya on off ketika itu dan tak terlalu tinggi ketika di Klinik Kesihatan itu dan dibenarkan balik. Suami hanya dibekalkan ubat demam sahaja.
“18 hb Mac itu keadaan suami nampak macam kritikal. Dia cakap abang rasa macam nak mati. Jadi saya bawa ke hospital swasta. Mulanya disyaki tapi malam itu disahkan positif dan esoknya terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan diletakkan di wad insolasi.
Ads
“Kali terakhir saya bercakap dengan suami pada 21 hb kerana hari itulah dia dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terus tak sedarkan diri.
“Bayangkan perasaan saya. Nak jumpa atau ziarah tak boleh. Kami semua dalam PUI. Memang rasa nak menangis hari-hari tapi kami tidak putus harap, sentiasa mendoakannya dan meminta doa dari orang lain untuk kesembuhan suami.
“Jujurnya saya tidak tahu suami dijangkiti dari mana. Hendak kata dari penumpang dari bas dibawanya ada kemungkinan tapi tiada bukti kerana orang turun naik bas dan laluannya agak panjang. Masa yang sama suami baru hari pertama kerja selepas dua minggu duduk di rumah saja. Kami tak pergi kenduri kahwin pun, tak pergi perhimpunan pun tapi begitulah Allah menguji kami sekeluarga.
“Saya masih terus mengharapkan suami mampu bertarung dengan semua kesakitannya. Kita pun tidak tahu dari mana penyakit ini datang dan saya mengharapkan semua yang positif, Allah menyembuhkan mereka,” katanya berkongsi kisahnya dan mengharapkan orang ramai tidak memandang enteng soal jangan keluar rumah kerana ia boleh memberi kesan kepada orang lain seperti yang berlaku pada suaminya,” katanya mengakhiri perbualan.
Mungkin hari ini orang lain diuji dan nasib kita belum lagi. Bersamalah kita berdoa agar wabak ini segera berakhir, bagi pesakit yang positif diharapkan mereka sembuh dan dapat kembali pada keluarga. Paling penting, stay at home untuk memutuskan rantaian wabak ini dari berterusan. Walau dinyatakan akan berlaku gelombang ketiga, doakanlah agar kita bukan seorang darinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut je tentang sukan bola sepak, selalunya ia dikaitkan dengan golongan lelaki. Tapi sekarang ni bola sepak bukan saja diminati oleh kaum lelaki, malah kaum wanita turut menjadi tulang belakang kejayaan sukan ini.
Ini dibuktikan oleh pengurus pasukan bola Thailand, MADAM PANG.
Melakar sejarah tersendiri apabila menyaksikan buat pertama kali wanita mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Madam Pang diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.
Bukan biasa-biasa figura ini, ini 10 fakta tentangnya:
1. Madam Pang, atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam berusia 58 tahun dan merupakan seorang jutawan.
2. Dilahirkan di Bangkok, beliau merupakan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Muang Thai Insurance.
3. Beliau terdahulu membina kerjaya bola sepak selama 17 tahun termasuk sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.
4. Madam Pang mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Somyot Poompanmoung yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan kebangsaan.
5. Beliau juga ialah keturunan generasi kelima daripada keluarga Lamsam dan merupakan anak kepada ahli politik Parti Demokrat, Photipong Lamsam.
7. Dilahirkan dalam salah satu keluarga terkaya di Thailand, Lamsam lebih dikenali sebagai pengasas Bank Kasikorn – bank keempat terbesar di Thailand, dengan aset hampir AS$117 bilion.
8. Madam Pang adalah ahli Parti Demokrat dan penolong setiausaha agung parti itu dari 2006 hingga 2016.
9. Melangsungkan perkahwinan pertama dengan Pengerusi Sittipol Sales Co dan German Auto Co, Vachara Phanchet, namun beliau bercerai pada awal 2005 dan memiliki seorang anak perempuan, Nuanwan Phanchet.
10. Beliau kemudian berkahwin dengan Kolonel Polis, Narat Sawettananas pada 19 Januari 2014.
Pencapaiannya sebagai presiden dan pengurus bolasepak nasional Thailand bukan biasa-biasa. Malah, Madam Pang yang juga bekas pengurus pasukan bolasepak wanita Thailand yang telah berjaya membawa Thailand ke Piala Dunia Wanita FIFA sebanyak dua kali berturut-turut.
Kini, beliau difahamkan telah meletakkan jawatan Pengurus Pasukan Kebangsaan dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan liga bolasepak Thailand dan berhabisan untuk memastikan Thailand layak ke Piala Dunia FIFA 2026.
Hebat bukan figura bernama Madam Pang ini dalam sukan bola sepak Thailand!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahun ni tahun lompat! Selalunya sampai 28 Feb 2020 je kan! Tahun ni bulan ni ada sampai 29 Feb 2020! Wehuhuhu!
Mungkin ramai yang ternanti-nanti kedatangan 29 Feb ini kerana tahun ni tahun lompat! Selalunya sampai 28 Feb 2020 je kan! Tahun ni bulan ni ada sampai 29 Feb 2020! Wehuhuhu!
Ini Remaja kongsikan pula promosi makanan dan minuman yang korang boleh grab sepanjang esok hari.
McDonald’s Promosi Istimewa!
Ada hidangan RM29 sahaja dan aiskrim RM2.90 sahaja!
Promosi sehari sahaja! 29 feb 2020! Hanya dari RM2.90 sahaja!
– 2 Set Ayam Mcd + Aiskrim + 6pcs Nugget Hanya RM29! – Orea McFlury RM2.90 – Minuman McCafe terpilih Hanya RM2.90
Hanya perlu menggunakan McD App sahaja! Sementara stok masih ada!
Tarikh Promosi: 29 Feb 2020 Lokasi Promosi: McDonald’s Malaysia
Maklumat Lanjut: Klik Disini
Sama ada ais krim, minuman, atau kek, beli di kedai Baskin-Robbins, Anda akan mendapat diskaun 29%!
Nilai hebat ini hanya untuk satu hari! 2pm – 9pm pada 29 Februari!
Tarikh Promosi: 29 Februari
Masa promosi: 2pm – 9pm
Lokasi Promosi: Baskin-Robbins Malaysia
Maklumat Lanjut: Klik Disini
Starbucks Promosi Istimewa 29 Hari Bulan! Minuman ke2 Hanya RM2.90 sahaja!
Promosi ni hanya boleh dinikmati untuk sesiapa yang lahir 29 hari bulan! Tak kira lah apa-apa bulan sekali pun! Dari Jan sehingga Disember!
Macam mana nak nikmati promosi ni?!
Hanya perlu beli minuman Venti handcrafted dan dapatkan minuman ke2 hanya Rm2.90 sahaja!
Tarikh Promosi:29 Feb 2020
Lokasi Promosi: Starbucks Malaysia Kecuali Sunway Lagoon, Genting, Airport Branch
*Gambar hanyalah sekadar rujukan
*Tertakluk kepda terma & syarat
Chatto Promosi Istimewa 29 Feb 2020! Belian ke2 Hanya RM2.90!
Jadi sempena dengan hari istimewa ni, Chatto ada promosi istimewa ni!
29 Feb ni, beli minuman ke2 hanya RM2.90 sahaja!
Promosi ni diskaun sehingga 67%! Lebih separuh harga tau!
Hanya beli minuman dengan harga asal, anda boleh dapatkan minuman diskaun RM2.90!
Kalau nak beli minuman panas pun boleh tau! Sekarang ni kat Chatto dah ada minuman panas!
Tarikh Promosi: 29 Feb
Lokasi Promosi: Chatto Malaysia (kecuali Chatto Pelangi, Chatto Taman Connaught and Chatto Sunway Giza Mall)
Maklumat Lanjut: Klik Disini
The Alley PERCUMA Minuman 29 Feb 2020!
Betul di The Alley promosi boleh dapatkan minuman PERCUMA!
Bersempena dengan tahun lompat tahun ni, The Alley mengumumkan untuk meraikan sesiapa yang lahir pada 29 Feb!
Kalau anda suka minuman The Alley ni 29 Februari, anda boleh mendapatkan PERCUMA secawan minuman The Alley!
Korang yang lahir 29 Feb dapat minuman FREE dari The Alley! Hanya pergi ke The Alley terdekat sekarang!!
Tarikh Promosi: 29 Feb 2020 Lokasi Promosi: The Alley
Maklumat Lanjut: Klik Disini
Inside Scoop Promosi Makan Aiskrim PERCUMA 29 Feb 2020!
Hanya perlu ke cawangan Inside Scoop yang terdekat pada 29 Feb 2020 ni kemudian tunjukkan kad pengenalan, dan anda akan dapatkan Aiskrim Single Scoop PERCUMA!
Tapi bagi sesiapa yang lahir pada 29 Feb sahaja boleh dapatkan aiskrim PERCUMA pada 29 Feb 2020!
Memang betul-betul Free tau! Tanpa sebarang bayaran!
Tarikh Promosi: 29 Februari
Lokasi Promosi: Inside Scoop Malaysia
Maklumat Lanjut: Klik Disini
So korang dah boleh plan dah nak makan mana esok! Tapi penulis cemuru betul dengan orang lahir 29 Feb ni, banyak betul makanan free untuk dorang. Hiks
Sumber : Saving Kaki
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam air pasang yang turun naik, begitulah hubungan cinta di antara penyanyi, Zayn Malik dan teman wanita yang juga supermodel terkemuka dunia, Gigi Hadid.
Terbaru, Zayn dikatakan telah menyenaraikan rumah mewahnya di United Kingdom untuk dijual. Dengan harga semasa bernilai GBP3.5 juta (RM18.92 juta), Zayn dikatakan ingin menjual rumahnya untuk berpindah ke New York kerana ingin berada lebih dekat dengan Gigi Hadid.
Bekas ahli One Direction yang terkenal dengan lagu barunya ‘Attention’ ini telah bertekad untuk ke New York. Jelas sumber daripada The Sun UK, Zayn ingin tinggal di kota yang digelar Big Apple kerana di situlah kebahagiaannya berada.
Dia juga merasakan ini merupakan waktu yang paling tepat untuk menjual rumahnya kerana selama ini pu dia jarang berada di rumah tersebut. Malah, Zayn lebih banyak berada di rumah keluarganya di Bradford seperti ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha sebelum ini.
Dengan kerjayanya sebagai penyanyi semakin berkembang di Amerika Syarikat ia juga dilihat sebagai antara faktor mengapa Zayn ingin berpindah.
Hubungan mereka yang tidak lekang dek kontroversi dan pelbagai ‘drama’ menyaksikan pasangan ini dianggap sebagai the hottest yung couple.
Namun Zayn kini tidak mahu meletakkan sebarang label di atas hubungannya dengan Gigi tetapi ingin melihat ia sendiri mekar tanpa perlu sebarang judgement daripada mana-mana pihak.
All the best for both of we! We stan Zayn and Gigi!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...