Bagi pasangan yang ingin berkahwin, selain daripada persiapan barang hantaran, baju dan pelamin, bunga tangan antara yang sering dititik beratkan dalam acara pernikahan kerana tidak mahu mempelai tampil dengan gaya yang ‘kosong’.
Pemilihan bunga tangan juga adalah penting bagi menaikkan seri pasangan pengantin baru. Untuk menyediakan bunga tangan ini memerlukan kepakaran dan fikiran kreatif bagi menghasilkan sejambak bunga yang menawan. Bukan semua individu memiliki bakat menggubah, jadi biasanya pengantin akan mencari sama ada menerusi pakej baju perkahwinan atau mengupah kenalan yang berkebolehan.
Nah, sekarang ini semuanya sudah mudah tersedia. Bunga tangan ini juga boleh didapati di aplikasi Shopee. Tetapi, artificial flowers atau bunga kering ya. But why not kan? Cantik dan tahan lama! Harganya juga berbaloi, ada yang hanya bawah RM50. Jom kita lihat senarai bunga tangan yang dijual secara online seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter ini.
Ha, berbaloi kan? Selepas ini tak perlu lagi pening-pening nak fikir, semuanya boleh dibeli secara online. Harga pun berpatutan. Walaupun bunga kering, tapi nampak real kan?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE&feature=youtu.be
Rita Rudaini Pernah Menangis Tengah Malam Kerana Bimbang Masa Depan Anak-Anak
Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dia pernah menangis di tengah malam hanya kerana bimbang dengan masa depan kedua orang puteranya.
Perkongsian tersebut dimuat naik pelakon filem popular Mami Jarum itu di entri Instagram miliknya, baru-baru ini.
Sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata tersayangnya itu, dia sentiasa berfikir mengenai nasib dan masa depan anak-anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Sebenarnya ‘Insecure’ Dengan Lakonan Saya, Tapi…” -Nur Fazura Teruja Bakal Kembali Warnai Naskhah Tempatan
“Aku pernah menangis di tengah malam hanya kerana hanya kerana aku khuatir nasib-anak-anakku di masa hadapan,” katanya.
Justeru itu, Rita menyedari bahawa segala urusan yang difikirkan olehnya itu adalah urusan yang Maha Esa dan tugasnya hanya perlu mendoakan mereka, mendidik dan menjadi seorang ibu yang baik.
“Tugaskan hanya mendoakan, mendidik dan menjadi ibu yang terbaik buat mereka,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkesan dan mengucapkan penghargaan buat Rita kerana memuat naik hantaran tersebut.
“Ibu yang hebat. Satu malaysia tahu bagaimana kuatnya seorang Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil kak Rita dan sentiasa kuat,” tulis seorang pengikutnya.
“Terima kasih untuk mengingatkan, Rita. Betul, kita minta saja dengan Allah supaya Dia jaga urusan dunia kita dan anak-anak,” komen lagi seorang pengikut.
Seputar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Rita Rudaini
“The End..” -Rumah Tangga Sharifah Sakinah Dan Suami Sudah Berakhir?
Baru-baru ini, hantaran di laman Instagram Sharifah Sakinah telah mengejut netizen dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai status perkahwinannya yang sudah berakhir. Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu berkongsi fotonya bersama suami, Michael Hansen yang duduk bersebelahan di dalam kereta.
Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, telah menulis di ruangan kapsyen bahawa dia dan juga suaminya, Michael mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, sekali gus tidak boleh menjadi pasangan lagi.
“We have different opinions, belief systems, perspective and ideology, that’s why we can’t be partners anymore. The end” (Kami memiliki perbezaan pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, sebab itulah kami tidak boleh bersama lagi. Tamat) tulisnya.
Tambahan lagi, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu juga telah menutup ruangan komen hantaran tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Michael Hensen yang berumur 42 tahun dan Sharifah Sakinah telah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Terdahulu, pelakon sensasi ini pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada tahun 2015 dan telah berpisah pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berumur 5 tahun.
BACA LAGI: Sharifah Amani & Tiz Zaqyah Pula Bincang Isu Bayaran ‘Instagram Post’ Secara Terbuka
Pelakon ini bertindak untuk menutup ruangan komen mungkin disebabkan tidak mahu menjawab apa-apa persoalan dan inginkan ketenangan. Apa-apa pun, min doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Adakah Kamu Layak Dapatkan Peluang Kedua Dalam Hubungan? Mungkin.. Jika 5 Perkara Ini Terjadi
Sumber:(1)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Orang Datang Majlis Saya Dengan Air Mata’, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bila Pengantin Lelaki Tak Muncul
Tragedi tak jadi kahwin boleh jadi mimpi buruk kepada setiap wanita, lebih-lebih lagi dengan lelaki yang paling mereka sayang.
Bukan cerita dongeng, kisah ini memang benar berlaku dalam masyarakat kita. Lebih tragis lagi bila tiba hari pernikahan, tapi si pengantin lelaki tidak munculkan diri. Ini yang berlaku kepada Anna (bukan nama sebenar) yang turut berkongsi pengalaman dukanya kira-kira tiga tahun yang lepas.
Perkenalan yang cukup singkat, pertama kali bertemu dengan lelaki tersebut di majlis perkahwinan sepupunya menjadi bibit permulaan kisah cinta mereka. Seminggu selepas majlis, pada first date mereka, A (bukan nama sebenar) ingin berjumpa dengan ibu dan ayah Anna dan memberitahu bahawa dia ingin menjadikan Anna sebagai isteri.
Mama saya terima jika saya terima. Ok, at the same time saya beritahu dia, nak juga kenal dengan mama abah and family dia… Mak dia terus tanya saya belajar sampai mana, kerja ke tak? Dia cakap dekat mak dia. Nanti dia tak nak isteri dia kerja. So ok la kot. Mak dia boleh terima dengan kehendak anaknya. Ok, kami start moving forward terus berkenalan keluar dating same macam org lain. Sepanjang perkenalan kami, kami takde la gaduh-gaduh besar. Cuma gaduh manja je. Sampai satu masa dia kena pergi training anggota unit beruniform.
Masa inilah ramai yang mula mengatakan bahawa Anna desperate. Nak dipendekkan cerita, keluarga A menghantar rombongan meminang dan kebetulan masa tu juga si A baru habis training dan dapat posting kerja. Biasalah kalau anggota beruniform, nak kahwin pun kena buat permohonan kepada pihak atasan.
So, dia buat permohonan tarikh kahwin yang ditetapkan sendiri. Bukan dari saya. Then, dia beritahu pada keluarga saya tetapi saya tak tahu yang tarikh tersebut belum mendapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat majlis akad nikah. Tak sampai sebulan sebelum tarikh tersebut, A baru beritahu yang tarikh tu belum diluluskan lagi. Saya dah prepare apa yang patut, walaupun buat persiapan last minit. Tapi, saya tak nak salahkan A.
Mungkin dia ingat sempat lulus. Saya tunggu pihak keluarga lelaki datang berbincang elok-elok atas masalah yang kami hadapi ini tapi tu la, tak ada tindak balas daripada pihak mereka. Saya memang tak sedap hati dah. A nak balik untuk terangkan apa yang terjadi tapi tak dapat, atas kekangan kerja dan memang tak dapat cuti.
Keluarga A pun tak nak datang untuk ceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Mak dia memang tak suka saya sebab saya tak ada pekerjaan tetap. Pernah jugalah kena sindir tapi saya buat tak tahu je.
Bila menjelang hari perkahwinan kami, A ada menelefon Mama dan menyatakan memang tarikh tak lulus untuk kami akad nikah, tapi nak buat macam mana, majlis tetap diteruskan sebab kami dah jemput orang. Buatlah macam makan-makan tapi pengantin tak ada. Hehe..
Orang datang majlis saya dengan air mata bila tahu cerita sebenar. Ramai yang bagi kata-kata semangat. Pihak lelaki memang tak datang. Senyap tanpa khabar berita. Kami memang handle sendiri majlis sehingga selesai.
Tiba-tiba, 15 hari selepas itu saya dapat panggilan daripada mak lelaki tersebut yang mengatakan permohonan perkahwinan kami baru diluluskan oleh pihak atasan. Tapi, saya menolaknya dengan baik. Saya bagi tahu mak dia, carilah jodoh yang terbaik untuk anaknya. Mungkin kami memang bukan ditakdirkan bersama.
Gadis ini bangkit semula kerana dikelilingi oleh orang-orang yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya. Alhamdulillah, dia tidak mengambil masa yang lama untuk move on. Baginya, Allah tidak akan hilangkan orang yang kita sayang, malah akan menggantikan dengan yang lebih baik.
A pun ada meminta maaf kepada Anna tentang semua yang telah terjadi ini. Tiada dendam di antara mereka dan apa yang berlaku ini sedikit pun tidak membuatkan Anna berasa serik atau fobia untuk bercinta lagi. Tapi mengakui bahawa selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memilih pasangan.
Untuk wanita di luar sana, nasihatnya sebelum nak cari bakal suami, pastikan kenal terlebih dahulu dengan keluarga mereka. Bercinta dengan keluarga, barulah bercinta dengan anaknya. Hehe!
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. Tak kiralah apa yang terjadi, langsung tidak simpan dendam pada bekas pasangan. InsyaAllah kami doakan agar Anna dapat berjumpa dengan calon suami yang boleh menjaganya nanti.