10 ‘Instant Mee’ Terbaik Dunia, Buatan Tempatan Antara Yang Diiktiraf

Share

Aduhhh, rasa lapar pulak. Pekena ”instant mee’ ataupun mi segera dengan macam padu je!

Bagi orang bujang, rasanya menu utama sudah tentulah mi segera. Betul tak? Haa, jangan tipu lah kalau korang tak pernah makan mi segera langsung dalam hidup korang.

Come on, mi segera antara makanan paling popular di Malaysia kot.hehe

Foto Kredit : Pexels

Tapi korang tahu tak yang  terdapat satu produk mi segera buatan Malaysia yang berjaya tersenarai sebagai “10 Mi Segera Terbaik Dunia” oleh barisan lapan pakar pemakanan Amerika Syarikat daripada pelbagai bidang antaranya penulis makanan, penulis buku resepi, wartawan dan sebagainya.

Mi segera buatan tempatan yang dimaksudkan adalah MyKuali Penang White Curry Noodles! Fuh, cayalah.

Los Angeles Times menyatakan mi segera itu memuaskan selera

Kategori Mi Segera Berkuah Terbaik

1. MyKuali Penang White Curry Noodles (Malaysia)

Kolumnis kulinari Los Angeles Times, Lucas Kwan Peterson menyatakan mi segera itu memuaskan seleranya.

2. Sapporo Ichiban Tokyo Chicken Momosan Ramen (Jepun)

Sumber Gmbar : Twitter

Peterson memberitahu rasa mi ini antara yang terbaik dan merupakan kegemaran pemilik restoran Tin Roof dan penulis buku Cook Real Hawaii, Sheldon Simeon yang menyatakan ia luar biasa.

3. Maggi Masala 2-Minutes Noodles (India)

Foto Via India Store

“Saya telah menjadi pemuja mi Maggi Masala sepanjang hidup saya. Ia adalah jawapan kepada mi segera dan ia cukup sempurna – pedas, masin dan lazat,” kata Priya Krishna seorang wartawan kuliner New York Times.

4. Mama Instant Noodle Shrimp Creamy Tom Yum (Thailand)

Mama’s Creamy Tom Yum Noodles dipilih kerana mempunyai rasa yang tajam dan beraroma.

5. Nissin Instant Ramen Noodles With Soup Base, Black Garlic Oil, Tonkotsu Pork (Jepun)

Foto Via orientalmart.co.uk

Penulis kulinari dan The Food of Taiwan, Cathy Erway mengatakan mi segera ini datang dengan bahan tambahan untuk membuatkan hidangan menjadi lebih lazat.

Mi Segera dari negara jiran, Indonesia tidak kurang hebatnya. Bagi kategori Mi Segera Kering atau Tidak Berkuah Terbaik, Indomie Mi Goreng tersenarai bersama satu lagi produknya, Indomie Mi Goreng Ayam Panggang.

Indomie dari Indonesia tersenarai menerusi dua kategori.

Manakala dua mi segera Korea Selatan iaitu Nongshim Chapagetti Chajang Noodle turut tersenarai dalam kategori tersebut, manakala Nongshim Shin Noodle Ramyun tersenarai dalam kategori Mi Segera Pedas Terbaik.

Nongshim Shin Noodle Ramyun tersenarai dalam kategori Mi Segera Pedas Terbaik.. Foto Via nongshimusa.com

Dalam kategori sama, Tseng Noodles Scallion With Sichuan Pepper Instant Noodles (Taiwan) turut mendapat pengiktirafan.

Korang dah rasa ke MyKuali Penang White Curry Noodles tu. Ini buat penulis terus nak serbu pasar raya ni…hehehe

Sumber: Mstar

Published by
Nana