
Bila masuk bulan baru ni, semangat dia lain sikit. Sama ada korang tak sabar nak menunggu tarikh-tarikh penting yang akan datang, atau mungkin bulan baru ni ada sesuatu yang menanti korang.
Biasanya, nak celebrate birthday la yang orang paling excited kan? Walaupun umur makin meningkat, tapi setiap kali tiba hari ulangtahun kelahiran je, semuanya mesti tak sabar nak tunggu.
Happy birthday April!
Antara selebriti yang celebrate birthday pada bulan ini adalah Remy Ishak, Zizan Razak, Siwon Super Junior, Kristen Stewart dan Daesung Big Bang.

Agak-agak apa pula karakter mereka yang lahir bulan April ni?
1. Sangat aktif dan dinamik
2. Mental yang sangat kuat
3. Suka diberi perhatian
4. Pandai memujuk
5. Penyayang

6. Emosi cepat terusik
7. Kuat daya ingatan
8. Berani dan tiada perasaan takut
9. Pemurah
10. Gerak hati yang sangat kuat

Ini adalah sekadar pemerhatian dan kajian yang telah dibuat dengan melihat kepada orang sekeliling. Mungkin juga tidak sama 100 peratus, jadi tidaklah kita percaya bulat-bulat kan. Hiks!
Cik B Balas Dakwaan Tumpang Kesenangan Ibu -“Moga Saya Jadi Seorang Yang Berjaya Macam Mama”

Personaliti media sosial, Cik B tampil menjawab dakwaan dia menumpang kesenangan ibunya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, mendedahkan terdapat seorang pengguna telah meninggalkan komen berkenaan di salah satu perkongsiannya.
“Sekarang Cik B menumpang hidup dengan mak, sampai bila..orang tua tak ada kau terkapai-kapai. Duit segunung habis sekelip mata. Awak kena belajar berdikari, boleh survive tak,” komen pengguna tersebut.
BACA LAGI: “Mama Adalah Ayah, Ibu, Kakak Baik & Semua” -Cik B
Enggan berdiam diri, gadis berusia 19 tahun itu tampil menjawab komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan beruntung kerana dikurniakan ibu seperti DSV.
“Kadang saya tak faham, kenapa orang persoalkan kehidupan saya. Kebanyakannya datang daripada orang yang sebangsa dan seagama dengan saya.
“Mama bekerja keras siang dan malam untuk pastikan kami tidak hidup susah. Saya sangat bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang hebat, yang dapat penuhi keperluan dan kemahuan saya,” coret Cik B.
Dalam pada itu, Cik B turut berkesempatan memohon doa agar dia dapat menjadi seorang yang hebat seperti ibu tercintanya.
BACA LAGI: “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Pempengaruh, Jadi Belajar!” -Cik B
“Saya kagum sangat dengan mama, yang membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia satu hari nanti.
“Mungkin saya tak akan menjadi hebat seperti mama tapi harap awak semua boleh doakan saya, semoga saya jadi seorang yang berjaya macam mama,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat selain menasihati Cik B agar tidak mengendahkan komen negatif di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B
“Orang Ke 9 Jatuh Sampai Meninggal Akhirnya”, Gadis Kongsi Rasa Sedih Emaknya Jadi “Mangsa” Masalah Jalan Raya Berlubang Di Negara Ini

Kehilangan orang tersayang tanpa terduga boleh buat seseorang begitu kesunyian. Apa tah lagi jika yang meninggal itu adalah emak yang melahirkan kita.
Inilah perasaan yang dilalui oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Shnn@Cikajaii. Dia telah menulis di tweetnya betapa dirinya dalam keadaan amat sedih dan masa yang sama ingin melepaskan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.
Sebagai umat Islam, kita tahu dan faham setiap kejadian adalah ujian dari Allah untuk hambaNya. Tapi apa yang Shnn@Cikajaii ini ingin luahkan adalah berkaitan soal jalan raya di Malaysia ini yang ada ketikanya berlubang-lubang kerana tidak diturap dengan baik.
Soal jalan raya berlubang adalah rungutan yang biasa kita dengar dan jika ditampal pun boleh bergoyang kereta bila melanggarnya. Silap-silap boleh terbabas kerana mahu mengelak.
Kata Shnn@Cikajaii, arwah emaknya meninggal selepas koma lebih empat bulan selepas terlanggar lubang. Lebih sedih, emaknya adalah mangsa ke 9 dan selepas kejadian menimpa emaknya, keesokan harinya baru jalan itu diturap.
Baca luahan di twitternya.
Hubungan Shnn@cikajaii dan ibunya memang sangat rapat. Betapa gembiranya hati arwah emaknya bila tahu anak nak balik. Setiap hari telefon nak bercakap dan bercerita. Siap servis motor, tukar minyak hitam sebab nak ronda berdua. Malah maknya beriya mahu ambilnya di universiti, UTHM. Memang tak boleh nak bayangkan situasinya…
Pagi itu arwah maknya siap mesej. “Dik, mak dah nak gerak ini”. Tapi Allah memang nak mengujinya. Dia tertido dan bila terjaga, seorang lelaki menyambut panggilan telefon memaklumkan yang emaknya kemalangan. Memang panik habis time kita dapat berita beginikan.
Bayangkan dari niatnya nak pergi berjumpa anaknya, sudahnya emaknya dimasukkan ke neuro HDU kerana keadaan emaknya tidak berapa stabil selepas terlanggar lubang tersebut. Ternyata, mak adalah mangsa ke 9 terjatuh ke lubang yang sama. Ada darah beku di kepala emakny akibat terjatuh itu. Seperti biasa, bila ada kejadian berlaku, barulah jalan itu diturap semula! Memang sedih kalau jadi begini.
Bahagia je tengok emak dan ayahnya dahulu tetapi kemalangan itu benar-benar buat segalanya berubah. Alhamdulillah, ayahnya begitu penyayang,begitu juga anak-anak yang menjaga emak dengan baik semasa mendapatkan rawatan.
Kata shnn@cikajaii, ketika ini keadaan kesihatan emaknya sudah mulai merosot dan perlu dijaga 24 jam kerana perlu diberi minum susu dan ditukarkan lampin pakai buangnya mengikut jam.
Ini part paling sedih berlaku dalam kehidupannya. Memang tak sanggup nak dengar penjelasan kalau kita ditempatnyakan..
Doktor beri penjelasan mesin bantuan sokongan hayat perlu dibuka untuk mengelak emak terus diserang sawan. Malah doktor juga bertanya, kalau ada apa-apa yang berlaku, nak buat CPR pada mak tak? Selepas berbincang, kami semua tak nak mak terus terseksa. Tapi paling sedih bila doktor cakap, ini masa terbaik mengajar emak mengucap sebab mak tengah nazak!!!!
Selalukan kita jumpa dan terlanggar jalan raya yang berlubang begini. Kadang, kita pun tak tahu nak mengadu pada siapa dalam soal penurapan ini.
Tampil Dengan Selempang ‘Bride to Be’, Eyka Farhana Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Aktres popular, Eyka Farhana, mencuri perhatian warganet apabila dilihat bersama beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson dan Yaya Zahir di sebuah restoran mewah.
Menerus sebuah video di media sosial, kesemua selebriti tersebut dilihat sedang menari sambil melakukan ‘lip sync’ menggunakan lagu viral Garam Dan Madu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kemesraan Eyka Farhana & Akhyar Rashid Curi Perhatian Netizen
Apa yang menarik perhatian ramai, Eyka yang mengenakan selempang bertulisan ‘bride to be’ ketika bersama rakan-rakan selebritinya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang mula mengandaikan bahawa aktres ini bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana Ikat Tali Pertunangan Bersama Akhyar Rashid Dalam Majlis Tertutup Serba Ringkas
Selain itu, Azira Shafinaz turut berkongsi momen tersebut menerusi Instagram Story, memeriahkan lagi sesi ‘bride to be’ yang disambut bersama Eyka.
Untuk makluman, Eyka Farhana dan pasangan, Akhyar, telah selamat bertunang pada 4 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Hubungan mereka mula diketahui umum sejak 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Yaya Zahir