Siapa cakap kalau nak bergaya kena beli pakaian dan barangan yang berjenama di butik-butik terkenal sahaja?
Nak nampak cantik ni sebenarnya tak perlu keluar modal besar pun. Korang hanya perlu pandai cari tempat shopping yang murah dan berbaloi.
Salah satunya yang boleh kami cadangkan adalah mengunjungi kedai bundle. Di sana terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga jauh lebih murah.
Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.
Tak percaya?
Apa kata korang try la pergi kedai bundle dan tengok sendiri. Berikut kami senaraikan antara beberapa lokasi bundle yang popular sekitar KL dan Selangor.
1. JBR Bundle
Bertempat di Shah Alam, JBR Bundle antara tempat yang paling best untuk korang mencari barangan murah. Baju, seluar, handbag, peralatan rumah, dan macam-macam lagi la. Semuanya ada disini.
Setiap barangan dibahagikan kepada seksyen masing-masing. Jadi, ia memudahkan korang untuk mencari barangan mengikut keperluan.
2. Baden Baden Bundle Setapak
Turut mempunyai cawangan di Port Dickson, bundle ini juga menyediakan pelbagai jenis pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.
3. Triple A Bundle
Bagi korang yang sangat suka kepada jenama kasut Dr Martens, Triple A Bundle ini menjual banyak pilihan Dr Martens terpakai yang made in England, dan bukannya Thailand atau China.
4. Buntil Bundle
Terletak di Taman TTDI Jaya Shah Alam, kedai bundle ini sangat sesuai untuk korang yang suka kepada barangan vintaj seperti flannel shirt (lumberjack shirt) dan jeans selvedge.
5. Klumby, Bandar Tasik Permaisuri
Pelbagai jenama korang boleh dapatkan disini. Levis, Denime, Evisu, Ralph Lauren dan juga Schoot! Disini juga korang boleh dapatkan barangan rare.
6. Heaven Bundle
Boleh dikatakan kedai bundle ini adalah yang paling teratur dan memudahkan korang untuk mencari barang. Antara barang yang korang boleh temui disini adalah Adidas Gazelle Stripe dan Vintage Converse. Lokasinya terletak di Seksyen 13, Shah Alam.
7. Abe Bundle
Macam-macam jenis pakaian korang boleh jumpa disini. Pelbagai saiz juga untuk mereka yang berbadan gempal. Bukan hanya pakaian, kasut branded juga ada dijual disini.
8. ONO Bundle
Bagi peminat kasut Red Wing, ONO bundle mungkin menjadi pilihan korang. Confirm puas hati kalau dapat pergi sini.
9. Midam Bundle
Untuk penggemar kasut bundle, kedai ini terletak di Taman Melati, Gombak. Antara kasut terpakai yang terdapat disini adalah Converse dan juga New Balance.
10. Jalan-Jalan Japan
Pelbagai jenis pakaian dari Jepun boleh korang dapatkannya disini. Bundle ini telah pun mempunyai beberapa cawangan di sekitar KL. Harganya memang berbaloi-baloi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Happy birthday dak-dak Jun! Diam tak diam, kita dah berada di pertengahan tahun 2019. Cepatnya masa berlalu.
Terdapat beberapa selebriti yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Jun. Antaranya adalah seperti Haqiem Rusli, Aiman Tino, Tzuyu TWICE dan Hyuna.
Jom kita lihat apa sebenarnya karakter personality bulan Jun ini.
1. Berfikiran jauh dan berwawasan
2. Berperangai lemah lembut
3. Mudah berubah sikap atau mood
4. Sensitif
Haqiem Rusli lahir pada 16 Jun 1998
5. Otaknya aktif dan suka berfikir
6. Sukar melakukan sesuatu dengan segera
7. Suka menangguh-nangguh
8. Bersikap terlalu memilih
HYuna lahir pada 6 Jun 1992
9. Cepat marah tapi cepat sejuk
10. Suka bercakap dan berdebat
11. Suka buat lawak dan bergurau
12. Mudah berkawan
Aiman Tino lahir pada 27 June 1998
13. Otaknya cerdas
14. Orang yang sangat tertib
15. Cepat rasa bosan
16. Kedegilan tidak terkawa
17. Suka kepada barang berjenama
18. Kurang mempamerkan perasaan
19. Lambat nak sembuh jika hatinya terluka
20. Suka berkemas
Walau bagaimanapun, sikap-sikap ini adalah hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Tak semestinya ianya tepat 100 peratus. Cuma mungkin, ada persamaannya yang memang benar. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-35 menyaksikan 12 lagu dipertandingkan dalam majlis tertutup memenuhi prosedut operasi standard yang ditetapkan. Pertandingan yang dianjurkan saban tahun sejak 1986 ini merupakan antara pertandingan paling lama bertahan dalam sejarah penyiaran di Malaysia menggunakan konsep yang sama dengan sedikit perubahan dari tahun ke tahun.
Mula diadakan pada tahun 1986, lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francisca Peter dijulang sebagai juara sulung dan Manan Ngah merupakan komposer pertama diangkat sebagai juara. Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana penganugerahan dibezakan untuk komposer dan juga penyanyi.
Barisan komposerManan Ngah memenangi tempat pertama dan tempat kedua menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran dan juga Aku Kehilanganmu. Kedua-dua lagu itu dinyanyikan oleh Francisca Peter
Bagi edisi sulung tersebut, biarpun Francisca Peter menyanyikan lagu hanya Manan Ngah yang naik ke pentas untuk menerima hadiah kerana beliau merupakan komposer lagu tersebut, sesuai dengan pertandingan ini sebagai pertandingan yang mengangkat komposer dan penulis lirik. Namun begitu Francisca Peter tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia memenangi tempat kedua bagi kategori persembahan terbaik. Kategori persembahan terbaik untuk edisi pertama ini dimenangi oleh Alleycats yang mempersembahkan lagu Sampaikan Salam Cintaku.
Francisca Peter cantik berbaju kurung
Itulah uniknya pertandingan Juara Lagu ketika itu, tiga anugerah untuk lagu terbaik dan tiga anugerah untuk persembahan terbaik. Kategori lirik terbaik pula mula diadakan pada edisi kedua Juara Lagu 1987 menyaksikan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan diangkat sebagai pemenang sulung menerusi lirik puitisnya untuk lagu Menaruh Harapan.
Azlina Aziz dengan lagu Wajah siapa Di Hatimu hasil gubahan komposer Omar TaibKomposer Cinta Yang Terbiar nyanyian Rohana Jalil tidak berjaya memenangi sebarang tempat, walaupun begitu Rohana memenangi tempat ketiga kategori persembahan terbaik.
Namun begitu format ini diubah pada tahun 1992 yang mana menyaksikan pemenang diasingkan mengikut kategori lagu dan kemudiannya juara keseluruhan dipilih dari tiga lagu terbaik setiap kategori. Dan kini bermula tahun 2009, Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 format telah kembali seperti dahulu yang mana tiada kategori lagu diadakan dan disamping pemenang utama untuk komposer dan penulis lirik, barisan penyanyi berpeluang merebut gelaran vokal dan juga persembahan terbaik.
***P/S- Tengok penyanyi wanita dulu-dulu pertandingan pakai baju kurung je. Simple dan cantik!
Sumber gambar: YouTube TV3
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, carta yang paling dinanti-nantikan oleh universiti sedunia kembali menjadi topik perbualan. Apakah universiti dari Malaysia tersenarai?
Jawapannya adalah of course!
Semalam, carta Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020 telah menunjukkan 200 buah universiti terbaik dunia mengikut prestasi. Paling membanggakan, Universiti Malaya (UM) yang menerajui senarai universiti tempatan yang tergolong dalam carta itu menunjukkan peningkatan.
Jika pada tahun lalu, UM berada pada kedudukan 87, kali ini mereka berjaya mendaki 17 anak tangga. Wow, bukan senang okay! Pada peringkat Asia pula, Universiti Malaya kukuh pada kedudukan ke-18.
Sementara itu, terdapat 5 buah universiti tempatan yang menerima pengiktirafan sebagai universiti 5 bintang. Selain UM, turut tersenarai ialah Universiti Putra Malaysia (159), Universiti Kebangsaan Malaysia (160), Universiti Sains Malaysia (165) dan Universiti Teknologi Malaysia (217).
Congrats korang!
Ternyata universiti tempatan menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan untuk tahun ini, tambahan pula dengan saingan sengit yang diberikan oleh kebanyakan universiti di Asia terutamanya.
Bagi Timbalan Canselor Universiti Malaya iaitu Datuk Abdul Rahim Hashim pula, beliau mewakili universiti tersebut gembira dengan pengiktirafan ini dan akan memastikan graduan berkualiti terus dihasilkan sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.