Semalam, Remaja telah kongsikan artikel tentang keluhan Beto Kusyairy terhadap formula kitar semula jalan cerita yang sama dihidangkan buat penonton. Daripada artikel itu Remaja rata-rata menerima respons yang majoritinya bersetuju dengan pandangan Beto dan juga pandangan yang kami lontarkan. Selain kisah kahwin paksa dan cinta berlainan taraf ada beberapa lagi klise yang Remaja perasan terdapat dalam drama tempatan.

Jom kita tengok apakah klise yang selalu muncul dalam drama. 😀

1. Karakter lelaki kaki buli

10 Klise Paling Obvious Dalam Drama Tempatan

Karakter begini memang dah banyak sangat kita perhatikan sampaikan ada sesetengah tu semacam nak glorified buli pun ada. Mula-mula karakter lelaki macam poyo acuh tidak acuh selalu bercakap kasar dengan karakter heroin. Tapi lepas tu bertukar jadi baik hati and sebabkan dia handsome, si perempuan tu pun terima dia seadanya. Like, wadehell?!

2. Kisah cinta anak orang kaya

Kita sering disuap dengan cerita-cerita cinta anak orang kaya seolah orang yang tidak berapa kaya ini tak bercinta. Mungkin sasaran utamanya ialah mencipta fantasi kepada penonton untuk mencapai apa yang mereka tidak dapat dalam dunia sebenar. Blerghh!

Ads

3. Minum air ada payung kecil

Agak jarang scene bila dua karakter lelaki dan perempuan keluar bersama lepak di kedai biasa macam kedai mamak. Tak sah kalau mereka tak minum air warna-warni yang ada payung kecil dengan gelas berbentuk cukup fancy.

4. Babak borak dalam tempat bising

10 Klise Paling Obvious Dalam Drama Tempatan

Pernah tengok drama yang karakternya berada di tempat bising seperti kelab malam atau konsert tapi dia berborak dengan member seolah macam tak ada apa. Like tempat itu bising kut! Tapi itulah mereka mungkin ada kuasa pendengaran ajaib.

5. Pembantu rumah berkening tirus dan bermekap

Bukan calang-calang pembantu rumah ya! Walaupun Mak Jah (nama biasa karakter pembantu rumah) seharian suntuk sibuk membantu tapi dia sempat trim kening dan kenakan mekap yang boleh mengalahkan Datin!

Ads

Artikel Berkaitan: “Tak Sudah-Sudah Dengan Kisah Cinta Berlainan Taraf & Kahawin Paksa” 

6. Topi keselamatan dan pelan gulung

Kalau kisah orang kaya mesti biasanya melibatkan bisnes hartanah atau projek binaan yang bernilai jutaan ringgit. Dan scene di tapak pembinaannya mesti ada sebuah pacuan empat roda seperti Pajero, topi keselamatan warna kuning dan segulu pelan yang dibentangkan atas bonet kereta. Lepas tu buat-buat tunjuk arah bangunan diselang-selikan dengan peta.

7. Adegan orang kampung

Untuk adegan ayah dan ibu di kampung – si ayah mesti kalau tak baca surat khabar dia akan berada di kedai kopi. Manakala ibunya pula kalau tak menjahit mesti dia sedang lipat kain atau menyapu di halaman rumah dengan penyapu lidi.

Ads

8. Buka lampu dalam kereta

10 Klise Paling Obvious Dalam Drama Tempatan

Mungkin pembikin drama agak pening bagaimana nak tonjolkan babak dalam kereta tanpa lampu di dalamnya dibuka. Kalau babak disunting untuk dalam kereta sahaja itu bolehlah kita faham. Tapi untuk babak dirakam dari luar pun sampai nampak lampu terpasang macam pelik je.

9. Flashback dengan rambut palsu

Ya, mungkin tahap kesan khas atau solekan kita belum mencapai peringkat Hollywood. Itu kita akui. Tapi kalau flashback 20 tahun ke belakang dengan karakter yang dah obviouly tua cuma pakai rambut palsu sahaja, itu memang nampak kelakarlah!

10. Macam Kuala Lumpur ini kecik sangat

10 Klise Paling Obvious Dalam Drama Tempatan

Bagi orang yang tak biasa ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang pasti mereka ingat “kecik sangat ke KL”? Ini kerana dalam drama mudah je semua karakter terserempak ke mana sahaja mereka pergi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI